Sabtu, 29 Disember 2012

Godaan Syaitan

Syaitan dan iblis benar-benar musuh yang nyata kepada orang Mukmin. Meskipun syaitan secara mati-matian menggoda manusia, tetapi apakah Allah membiarkan umat manusia daripada keturunan anak-anak Adam bergelumang dengan dosa akibat rayuan dan pujukan syaitan? Tentu tidak. Kerana Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Allah juga memberikan kekuatan Rabbaniah (Ketuhanan) dalam diri manusia yang secara fitrah mampu menandingi kekuatan syaitan, iaitu keikhlasan. Seperti yang dinyatakan iblis dan dinukilkan dalam al-Quran, iblis tidak mampu menggoda manusia yang ikhlas kepadaNya.

Secara fitrah, sesungguhnya Tuhan sudah membekalkan unsur-unsur kebaikan serta unsur-unsur keburukan dalam diri manusia, sehingga keputusan pilihannya bergantung pada manusia.
"Demi diri manusia dan Yang Menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (As Syam: 7-9)
Dengan kata lain, sesungguhnya malaikat berperang dengan syaitan dalam hati manusia, hasilnya bergantung pada sikap manusia itu.

Seorang tokoh sufi terkenal, Yahya bin Mu'adz ar-Razi mengingatkan kaum Muslimin, "Syaitan ini pengganggu. Ia mempunyai banyak waktu menjalankan rencananya. Sedangkan manusia selalu sibuk dan syaitan mengetahuinya. Kita tidak melihat dan melupakannya, tetapi syaitan selalu mengingatkan kita dan menggunakan kelemahan ini bagi mengalahkan kita, syaitan itu mempunyai banyak pembantu."

Dalam buku Minhajul Abidin, 1995, al-Ghazali menjelaskan syaitan (iblis) harus dihadapi oleh kaum Muslimin dengan memerangi dan mengalahkannya. Alasan memerangi syaitan ada dua sebab, iaitu:

1. Syaitan adalah musuh yang menyesatkan. Dalam dirinya tidak terdapat kebaikan dan perdamaian. Mereka puas sekiranya mampu membinasakan manusia. sebagaimana Allah menceritakan dalam Surah Yasin, ayat 60,
"Bukankah Aku memerintahkan kepadamu wahai Bani Adam, supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata kepada kamu."
2.  Sudah menjadi tabiat syaitan selalu memusuhi anak cucu Adam. Mereka selalu memerangi manusia siang dan malam, sedangkan kebanyakan manusia sering lalai dengan keadaan itu.

Bagaimanapun, sebenarnya kaum Muslimin lebih luas pandangannya berkenaan cakerawala dan segala sesuatu, kerana semuanya sudah diberitahu oleh Allah dalam al-Quran. Allah juga sudah menjelaskan iblis (syaitan) itu bersungguh-sungguh menggoda manusia. Syaitan yang dikurniakan umur yang panjang, selalu memanfaatkan umurnya dengan menggoda Bani Adam selama-lamanya. Ia tidak punya rasa letih, sedangkan manusia mempunyai jiwa yang lemah.

Sekiranya Nabi Adam dan Hawa terperosok oleh godaan syaitan, bagaimana dengan manusia biasa?

Nabi Musa pun hampir sahaja tergoda oleh pujukan syaitan.

Wajar sekiranya jin ataupun manusia bertaubat. Ini kerana Allah memerintahkan jin dan manusia supaya beribadah kepadaNya. Namun, bagaimana sekiranya iblis, makhluk yang sudah dihukum oleh Allah sebagai penghuni neraka di akhirat kelak tiba-tiba menginginkan taubat?

Pada zaman Nabi Musa, iblis mahu berjumpa utusan Allah itu, kemudian berkata, "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang sudah diutus oleh Allah dan Dia sudah berkata-kata denganmu secara langsung."

Nabi Musa menjawab, "Memang benar apa yang kamu katakan. Kamu ini siapa dan apa yang kamu mahukan dariku?"

Lalu iblis berkata, "Aku adalah iblis! Wahai Musa, aku meminta tolong engkau katakan kepada Tuhanmu seorang makhlukNya ingin bertaubat kepadaNya."

Nabi Musa pun terdiam. Benar, sekiranya dilihat daripada nada bicara dan ekspresinya, seolah-olah niat iblis memang tulus. Mendengar permintaan iblis yang mahu bertaubat kepada Allah, Nabi Musa berasa gembira. Bukankah sekiranya iblis bertaubat, kehidupan di dunia ini tidak ada lagi buruk sangka dan kemaksiatan serta dosa?

Mempercayai kata-kata iblis itu, akhirnya Nabi Musa berdoa kepada Allah dan menyampaikan apa yang diucapkan oleh iblis. Kemudian Allah pun menurunkan pesanannya kepada Musa, "Wahai Musa, katakan kepadanya sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat dia mesti terlebih dahulu sujud di kubur Adam. Sekiranya dia mahu sujud, maka aku bersedia mengampuni segala dosanya."

Selepas Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah, Musa pun segera memberitahu kepada iblis pesanan yang sudah diperintahkan oleh Allah.

Belum pun selesai Nabi Musa memberitahu segala perintah Allah, tiba-tiba dengan sombong dan bongkak iblis berkata, "Wahai Musa, aku tidak sujud kepada Adam ketika dia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud kepadanya sesudah dia mati?"

Begitulah sifat sombong dan takbur iblis yang tetap enggan bersujud kepada Adam. Walaupun dia tahu api neraka akan memakannya, tetapi dia tetap tidak mahu beriman kepada Allah. Ini kerana, sekiranya ia sujud kepada Adam, sebenarnya ia sujud kepada Allah.

Isnin, 12 November 2012

Kuasa Kepimpinan Illahiah: Muhammad Hasan Al Basri

Salam'alaik,

Sejujurnya dah lama juga tak beli buku. Buku yang mengandungi ilmu. Ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Satu buku yang dibeli semalam, Kuasa Kepimpinan Ilahiah, Muhammad Hasan Al-Basri. Keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd., tahun 2012 (baru sedar ia terbitan baru dari PTS).

Boleh dapatkan dipasaran dgn harga RM15 (semenanjung Malaysia)

Menjiwai keperibadian Ulul Azmi
Menelusuri khalifah yang disegani
Meneladani empat wanita terpuji...

Buku ini mengungkap sedikit sebanyak berkenaan 'perjalanan rohani' manusia. Yang mana ianya bermula dengan Nabi Nuh a.s. yang melambangkan 'perjalanan rohani seorang 'bayi' atau 'anak kecil', Nabi Ibrahim a.s. melambangkan 'anak remaja', Nabi Musa a.s melambangkan 'pemuda perkasa', Nabi Isa a.s. melambangkan 'orang tua yang lembut' dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. yang melambangkan kesempurnaan keperibadian menyeluruh daripada semua 'pengkhususan' watak penugasan para rasul sebelum baginda S.A.W.

Kepimpinan itu pula diteruskan pula yang diwarisi oleh Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Ali Talib yang mana mereka menggambarkan kepimpinan yang patut dihayati dan dijiwai.

Empat wanita termulia, Khadijah, Maryam, Asiah dan Fatimah az-Zahra pula adalah sebaik-baik penghuni syurga sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.

Buku ini juga mendalami perjalanan mendalami taubat seperti taubatnya Nabi Adam a.s. selepas terpedaya dengan godaan Iblis laknatullah, mempelajari dan mendalami teknologi tinggi dan perihal bersyukur seperti Nabi Sulaiman, mendalami dan merenung seni keindahan dan amalan seni Islam Nabi Daud, ilmu pengurusan dan ekonomi seperti Nabi Yusuf, keadilan dalam berdagang daripada Nabi Shuib, ilmu kedoktoran yang illahiah amalan Nabi Isa dan banyak lagi..

Selamat membaca~

12 November 2012
Presint 11, W. P. Putrajaya

Jumaat, 9 November 2012

** Asasnya Adalah Islam, Tiangnya Adalah Solat, Puncaknya Adalah Jihad **


Amal Islami tidak hanya dalam ibadat ritual sahaja (cth: solat, zakat, puasa dll) tetapi perlu difahami dalam konteks yang lebih syumul ke arah melahirkan individu muslim, keluarga, masyarakat dan negara yang tunduk kepada Allah SWT.


Wajib Sudut Prinsip
- Islam agama teori dan praktikal (deen)
- Islam nikmat paling bernilai, perlu dijaga dan dipertahankan
- Islam agama untuk semua manusia, tiada hak eksklusif


Wajib Sudut Hukum
- Tidak tertegaknya syariat Allah dan penguasaan ideologi/undang-undang ciptaan manusia mewajibkan umat Islam untuk bekerja mengembalikan ia semula
- Banyak kewajipan syariah bergantung pelaksananya kepada khalifah/imam/pemimpin. Kewajipan tersebut tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara/pemerintahan yang teguh atas dasar-dasar Islam
- Wajib ada usaha untuk mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip Islam yang sebenar.


Wajib Sudut Tuntutan/Darurah
- Cabaran dan serangan musuh Islam semakin hebat, fahaman sekulas, aties, liberal.. Adalah menyedihkan apabila musuh itu adalah orang Islam sendiri.
- Gejala maksiat, songsang syariat, hiburan...berleluasa.
- Kezaliman sistem dan pemerintahan terhadap rakyat- Banyak negara (umat) Islam dan masyarakat Islam dikuasai musuh, ditindas...tiada pembelaan sepatutnya.
- Semua itu, menuntut umat Islam mesti bekerja keras (berjihad) untuk menjelaskan kefahaman Islam sebenar dan membina kekuatan dari pelbagai sudut (politik, ekonomi, sosial...) agar dapat berdepan dengan cabaran-cabaran tersebut.


Wajib Sudut Ganjaran/Kelebihan
- Jihad amalan paling afdal dalam Islam
- Ganjaran tertinggi (syahid), kedudukan istimewa di sisi Allah
- Setiap amalan dan pengorbanan 'fi sabilillah' dikurniakan pahala berlipat kali ganda seperti sehingga 700x ganda, pahala sebulan qiyam dan puasa,...infaq..dll
- Dalil Al Quran:
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar ." (An Nisa': 95)


"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (At Taubah: 19-20)


** Asas adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad **


Wajib Secara Individu/Berkumpulan
- Wajib taklifi ke atas individu sama seperti kewajipan yang lain di akhirat, masing-masing (secara fardhi) akan dipertanggungjawabkan apa yang telah dilaksanakan.- Dari sudut pelaksanaan, wajib secara jamaie, kerana:
i. Tanggungjawab yang berat (ubah/sistem/cara hidup)
ii. Perjuangan Rasulullah SAW secara berjamaah@berkumpulan (sirah)
iii. Ketersusunan organisasi musuh dan kehebatan kakitangan mereka memerlukan kualiti tanzim haraki/gerakan secara berorganisasi
- Dalil Al Quran dan As Sunnah banyak menekankan aspek bekerja secara berkumpulan


Harakah Islamiyah
Ciri-ciri harakah Islamiyah
- Gerakan rakyat yang bukan hanya dengan kata-kata dan tulisan tetapi dengan tindakan
- Lahir atas kesedaran, kerelaan sendiri atas dasar keimanan kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripadaNya
- Gerakan berkumpulan dan bertanzim (mempunyai organisasi) supaya segala keputusan yang diambil atas jalan syura/perbincangan, ada pihak yang mengeluarkan arahan dan wajib dilaksanakan oleh ahli
- Gerakan khairriyah, dakwah, tarbiyah dan siyasah (Rujuk As Saff: 4)





Selasa, 23 Oktober 2012

Sejam Yang Berharga

Salam'alaik,

Lama tak 'update' blog ini. Hati terasa nak menconteng sedikit di sini. Mungkin nak membuka perbincangan, mungkin juga sekadar nak luahkan isi hati.

Dalam masa sejam,
Sebuah organisasi boleh menghasilkan satu perancangan gerak kerja yang teratur, tersusun lagi kemas rancangan perlaksanaannya andai kata ahli organisasi tersebut (3 Perkara):
1. Berlapang dada di antara satu sama lain (menerima segala kekurangan atau kelebihan di antara satu sama lain dalam konteks memberi kritikan mahupun menerima kritikan).
2. Memainkan peranan yang aktif bukannya pasif dalam kelompoknya (sama ada secara "de bono's Hat" mahupun jobskop amanah yang ditaklifkan kepadanya).
3. Ahli perbincangan memahami dengan jelas VMO perbincangan dan setiap ahli berusaha untuk menghayati VMO tersebut dan merealisasikannya.

Sejam je cukup sebenarnya...

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Bandar Baru Bangi, Selangor
23 Oktober 2012

*sejam... 4 poly-bag Cili Bangi boleh terjual, 6 orang pelawat dapat diterangkan mengenai Nuklear dan Radiasi, Cili Bangi, Roselle, Coklat UKM, Mikrob-mikrob dalam kehidupan, klasifikasi Zoologi dan eksperimen "Home-made bullet-proof vest" - (macam lagu Cucur Adabi. Tepung jagung tambah air, adun sebati 'goreng' dan sedia. Tepung Cucur Adabi rasanya) (^_^) **realitinya tak pakai pun tepung Adabi. 'goreng' = ....cakap je apa2 yg terlintas dalam pemikiran**

Isnin, 27 Ogos 2012

Dogma...? [3]

Salam'alaik, berikut adalah komen aku sendiri dari 'facebook' seorang ustaz yang mencetuskan perbincangan yang menarik perhatian aku untuk beberapa hari ini. Menarik. Hinggakan aku terlupa akan 'exam' hari Selasa akan datang. Namun, perbincangan yang menarik ini mengundang beberapa orang lain. Lantas berlaku perselisihan di antara 'pengomen' (if that is the exact word for it) menyebabkan perbincangan itu tersasar sedikit, tetapi masih ada kaitan, cuma ia jadi tak tentu arah bila dah melampau sangat komen-komen diorg. Dah jadi macam berdebat dengan orang-orang pro-UMNO (yg kurang ajar je. Respect pada yang masih lagi menggunakan bahasa-bahasa yg baik).

Puncanya aku dah komen panjang dah, tapi ter'delete' dek 'setting facebook' ni yg membuatkan aku terkeliru kejap. Lalu...hehe...akui, salah aku...ter'comment'lah perkataan 'BOD*H'.

Ustaz tersebut telah menegur aku. Sesuatu yang baik. Mungkin aku ini berniat sahaja nak dapatkan perhatian para 'pengomen' itu agar dapat 'point' yang aku nak cakap nanti (dekat bawah ini, memang 'copy paste' dari apa yang dah di'comment' dekat 'post' ustaz tu. Kembali menge'post' ke blog sebagai dokumentasi untuk aku muhasabah di masa akan datang.

Semoga bermanfaat (umum kepada semua, khusus kepada saya) akan datang.

saya tak berkata kepada ustaz, maafkan saya.
taipan saya sudah panjang sebelum ini. tetapi saya terdelete. ia satu bentuk ringkasan.
komen2 di atas amat memalukan gerakan-gerakan Islam. ada pihak yg bersifat provokatif, ada pihak yg menganggap merekalah yg benar.

memalukan. apabila menggunakan malah mengulangi ayat 'min husni Islam al-mar’i tarkuhu ma la ya’nih' dan menggunakan ayat-ayat lain, kemudian terbawa-bawa ketika berhujah hingga tidak dapat mengawal emosi, lantas, hujah2 itu ada sudut kepentingan peribadi.

memalukan. apabila memiliki semangat yg baik utk meletakkan Islam ditempat yg tertinggi dan meyakini tiada yg lebih tinggi dari Islam, tetapi semangat yg berkobar2 itu didorongi oleh nafsu tanpa mengiringi dgn ilmu dan akal yg dikurniakan oleh Allah.
memalukan. apabila memiliki ilmu yg baik dan mantap, tetapi adanya menyalah guna, ada yang tersilap guna. kemudian sudahlah tersilap guna, kemudian mempertahankan kesilapan itu.

memalukan. seharusnya gerakan-gerakan Islam yg ada ini menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. terimalah hakikat, buat masa ini, tak semua perkara sesebuah gerakan Islam itu mampu melakukan semua perkara. Perlunya gerakan-gerakan Islam itu saling bantu membantu antara satu sama lain.

memalukan. apabila matlamat umum gerakan-gerakan Islam itu adalah sama, yg diyakini oleh 'underlings' dalam sesebuah gerakan, tetapi tidak memiliki rasa hormat yg berterusan dan beradab dalam berhujah. berkata agar berlapang dada, namun diri sendiri sempit dalam penerimaan.

memalukan. andai ahli perbincangan ini mendahului provokasi dari perbincangan, lantas hilanglah Islam mereka, bertempik sorak musuh-musuh yg halus ini. memalukan. mengakui zalim itu adalah zalim, mengakui kezaliman itu bukan cara Islam tetapi tidak bersama-sama dgn gerakan-gerakan Islam lain utk menghentikan kezaliman itu.
gerakan Islam itu sifatnya sentiasa memperbaiki kelemahan dan berusaha utk menegakkan syariat Islam. sedang gerakan-gerakan Islam yg lain sedang berusaha untuk bersatu bagi membentuk satu kesatuan, berlandaskan matlamat yg sama, timbul insan-insan yg cemburu akan kesatuan itu dan merasakan ianya suatu ancaman, berusaha utk memecah belahkan 'wehdah' tersebut dan berusaha menjatuhkan individu atau gerakan Islam itu, dengan nama Islam. memalukan.

maka bertempik soraklah kegembiraan para Yahudi Zionis, para kuffar, para munafiq, para musyrikin melihat usaha-usaha perancangan yang cukup halus itu membuahkan hasil. beruntunglah para pendukung dan penggerak mereka, tanpa perlu mereka mengeluarkan peluh, sesetengah umat Islam yg terpedaya itu menjadi buah-buah catur dalam menyegerakan matlamat akhir mereka dalam menghapuskan Islam itu sendiri.

Malulah kalian para ahli perbincangan dan para pencinta Islam dan ilmu, andai dikatakan 'revert', saya pun 'revert'. tetapi saya tak menggunakan sgt ayat2 Allah utk memuaskan ketidakpuashatian saya terhadap perbincangan ilmu ini yg sudah dimasukkan emosi, kepentingan peribadi mahupun kepentingan 'sayang sgt pd gerakan anda'. saya yakin, akan ada yg akan membalas komen saya dgn menggunakan hujah2 yg amat meyakinkan utk membuatkan ianya lebih keliru.

saya amat sygkn Islam. namun, saya amat sedih apabila mereka yg bijak pandai dari australia, dari yaman, dari mesir dan sebagainya berdebat, berteori semata tetapi tak nampak usaha utk penyatuan. nampak tidak berfokus matlamat tersebut sebaliknya lebih kepada mempertahankan agenda.

dan memalukan juga, apabila menarik freshies sekadar utk perkaderan ahli utk meneruskan agenda gerakan masing2 dan mendoktrin utk menolak gerakan2 Islam yg lain. jgnlah berniat sebegitu.

**naqib saya pernah berkata, ambillah ilmu dari setiap gerakan Islam yg ada. jgn menyalah2kan gerakan-gerakan Islam yg ada, jgn membangkit2kan kelemahan mereka. andai mereka ada sedikit kelemahan, jgn dihentam kelemahan itu! jgn mewujudkan puak2 lain utk mengatasi kelemahan itu! itulah punca perpecahan!

***kemudian, andai anda yakin gerakan satu lagi itu adalah gerakan Islam, dan yg satu lagi itu adalah gerakan Islam juga, jgnlah jadi org yg meratah daging saudaranya sendiri (ya, betul, hadis itu..atau ayat itu, yg saya nak kata. yg berkaitan dgn fitnah atau mengumpat itu. saya terlupa mafhumnya). ya, saya akui kalian yg belajar di australia, di yaman, di mesir dsbg itu lebih ariff akan itu lebih dari saya. saya cuma belajar dkt UKM je pun. tak habis degree lg. namun, gerakan2 Islam dkt sini boleh co-exist bersama, sbb kami faham waqi' dan kami boleh bertolak ansur dalam menyampaikan dakwah. dan kami boleh bersatu dalam sesuatu isu. namun, knp kalian begini?

****justeru saya memohon, utk berfokus pada perbincangan.
saya tidak mahu hanya menujukan ssorg itu agar mendapat rahmat dari Allah. sebaliknya mendoakan agar semua mendapat rahmat dari Allah, mendapat redho Allah. itu yg utama pada pandangan saya.
harapan saya, semoga setiap ahli perbincangan ini, berfokus pada matlamat sebenar utk menegakkan Islam itu sendiri. perlu akui, PAS adalah gerakan Islam yg bermatlamat utk menegakkan Islam ttpi mereka tidak mampu utk bergerak bersendirian tanpa sokongan gerakan2 Islam yg lain. dakwah itu dituntut kpd semua gerakan Islam. jd kewujudan IKRAM, ISMA dsbg adalah perlu untuk memenuhi tuntutan tersebut. satu gerakan Islam sahaja tidak mampu untuk jaga satu Malaysia nie. sbb itu jgk tuntutan utk gerakan2 Islam lain utk bersatu itu perlu. bukannya menjadi pemecah belah kepada kesatuan gerakan2 Islam yg sedia ada. ajak mad'u anda utk berfikiran terbuka. bukannya taksud pd individu, pd gerakan2, pd agenda, pd nafsu. jgn sesekali timbulkan percikan utk timbulnya penyakit2 hati. kelak boleh membawa kepada futur.

salam'alaik. (^_^)

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya 
27 Ogos 2012

*memang sengaja tidak diletakkan 'link facebook' itu. tidak mahu kalian yang membaca untuk mengapi-apikan perbincangan itu. akan datang, Insha Allah, kita akan tahu keputusannya. Lebih baik biarlah ia berlalu.

**satu lagi, murabbiku pesan,
"Polemik jgn sampai xbuat amal Islami..ckuplah sbagai pbahasan ilmiyyah..para penzalim bgembira sbb mreka xdisentuh..para da'ie bsedih kerana kbingungan ..para mad'un terus mnerus dlm kejahilan.." 

Sabtu, 25 Ogos 2012

Dogma...? [2]

Bismillah walhamdulillah...



Andai semalam bacaan berkaitan dengan Ulama' UMNO, hari ini pula berkisar dengan ISMA pula. Asalnya seorang akhi dari Mesir (satu matrikulasi juga dulu), meng'post'kan satu gambar (muka hadapan buku) dan sedikit huraian terhadap gambar tersebut. Tulisan Hisyam Soqr, Iman dan Harakah: Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir dan Rahib.



Sedikit komen yang dibaca dari satu 'post' di 'facebook' berkenaan buku ini. Ianya dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, jamaah IKRAM.
"Semuanya ini ada susur galurnya. Pernah baca tulisan Hisyam Soqr- iman & Harakah (Pengajaran Hadis Ghulam, Sahir dan Rahib). Syeikh Hisyam Saqr ini telah mempengaruhi ribuan pemuda ikhwan termasuk di Azhar sehingga mereka dipengaruhi. Akhirnya pimpinan ikhwan mesir meminggir/memecat hisyam saqr dari tanzim. Hisyam Saqr inilah menjadi rujukan qiyadah ISMA. Ketika Syeikh Jum'ah Amin Naib Mursyid Ikhwan dijemput oleh IKRAM. Pd masa yg sama ISMA menjemput Hisyam Saqr utk menandingi Naib mursyid Ikhwan. Syeikh Hamid el liwa' yg berada di Malaysia menceritakan betapa beliau telah berjumpa dgn pemuda-pemuda yg dipengaruhi oleh Hisyam Saqr (seorang demi seorang) utk memulihkan mereka dan kembali di dalam tanzim ikhwan , sebahagiannya dapat disedarkan. (Hadis Ghulam dan Sahir ini ditafsir dgn sewenangnya utk melukiskan gambaran yg dihadapi oleh golongan seumpama mereka)."
Berkenaan dengan gerakan Islam bernama ISMA ini, ikut pengalaman, gerakan Islam ini agak serabut, tak jelas sangat gerak kerja mereka. Risau apabila para pengikutnya bertaklid semata. Tak dinafikan, ada sebahagian tenaga penggerak ISMA ini adalah baik. Tetapi kadang-kadang 'statement' dari qiyadah mereka meragukan dan selalu sangat menyelar gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang lain.

Hakikatnya sepanjang saya dikelilingi sahabat-sahabat dari gerakan Islam ini, mereka adalah baik. Dakwah yang mereka nak bawa adalah baik. Cumanya kadang-kadang ada sesetengah dari mereka yang tegar bersifat retorik. Maaf.

Hairan apabila kebanyakkan gerakan Islam lain bersatu tetapi ada pula yang mengasingkan diri mereka dari kesatuan itu. Hakikat yang perlu disedari, gerakan-gerakan Islam yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi semua tuntutan yang telah disyariatkan. Atas dasar itu, gerakan-gerakan Islam ini perlu saling bekerjasama antara mereka. Perlu untuk keselarasan pembahagian gerak kerja agar ianya berfokus. Namun apa yang mengecewakan apabila sesuatu gerakan Islam itu menjadi penambah onak dan duri kepada gerakan-gerakan Islam yang lain. Sekaligus, menjejaskan usaha gerak kerja dakwah itu dan juga gerak kerja dalam melaksanakan syariat. Andai kata mahu menjadi sekadar '3rd force' sekalipun, ia bukannya lesen untuk mengharuskan kritikan yang merugikan gerak kerja Islam itu sendiri. Segala pensyariatan yang hendak dilaksanakan  mestilah ada proses-proses penerangan dan kefahaman atas sebab apa sesuatu pensyariatan itu perlu dilaksanakan. Andai kata proses penerangan itu pun ditambah dengan serangan-serangan dari gerakan Islam itu sendiri, ia adalah sesuatu yang merugikan. Sepatutnya kita membina '1st impression' yang baik kenapa pensyariatan terbabit perlu dilaksanakan, lantas ia membuka ruang untuk penerimaan.

Satu perkara lagi yang menarik dari perbincangan yang di'share' oleh akhi Afuza tadi, mengambil masa yang lama untuk membacanya (apatah lagi untuk cuba memahaminya). Cuma mungkin ada sedikit hujah itu telah diketahui sebelum ini, maka ia memudahkan. Hakikatnya panjang lagi perkara yang hendak dicoretkan. Berhenti seketika sebelum ianya menjadi lebih panas.

Persoalan: Apa kandungan buku ini sebenarnya hingga menyebabkan ramai yang terpengaruh? Dan kenapa qiyadah ISMA merujuknya pada awalnya? Banyak kisah-kisah sejarah tidak sampai 10-60 tahun lepas tidak habis diketahui.

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
W. P. Putrajaya
25 Ogos 2012

Jumaat, 24 Ogos 2012

Dogma...?


"Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama,dll) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian."

Bismillah walhamdulillah..

Hari ini terpanggil nak tulis sesuatu dekat blog ini. Mungkin lebih kepada 'share'. Sebentar tadi baru je baca satu dokumen bertajuk 
Demokrasi, Sekular dan Islam (oleh Asyraf Muiz, mahasiswa Universiti Islam Madinah, 2012). Dapat ini pun daripada seorang adik dari matrikulasi, alhamdulillah, dia bakal ke UniSZA, Terengganu.

.....

Beberapa bulan lalu, sejak kewujudan Ulama UMNO atau dipanggil ILMU, agak selalu juga berada dalam perbincangan ilmiah mereka. Hingga satu ketika apabila ada seorang adik, juga dari matrikulasi yang agak pro kepada UFB ini dengan yakinnya mengeluarkan 'statement' yang padaku kurang matang untuk dia memahaminya dengan baik. Pujian boleh diberikan dari sudut pengetahuan dan semangatnya. Tetapi dari sudut penghayatan terhadap perkara yang diyakini itu, mungkin padaku boleh sama-sama diperbaiki lagi.

Aku kurang terkesan dengan hanya satu karangan teks sahaja. Hatta aku, mengaku dan akui, masa pengajianku di alam kampus lebih untuk menghayati karangan-karangan yang lebih kepada perbincangan agama lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan pemerintahan, pemikiran dan kuasa ekonomi. Leka dan aku berkhayal hingga aku lupa akan kursus yang aku sedang ambil di alam kampus ini. Nafsu datang dengan berbagai jenis. Sebolehnya aku mahu tinggal lama di kampus ini. Memang sesuai dengan namanya 'Perbukitan Ilmu', ianya kaya dengan pelbagai ilmu hingga aku bersifat tamak dan mengambil mudah akan kursus asalku, Sains Nuklear.

Disini, aku cuma 'copy paste' sebahagian sahaja ayat-ayat dari dokumen tadi. Aku belum mampu mengeluarkan ayat sendiri. Sila PM saya nanti andai anda bercanggah pendapat dengan petikan dokumen itu. Saya suka perbincangan. Tetapi jangan lari (ikut pengalaman, ada seorang ini, bila dia dah tak mampu nak berikan saya hujah-hujah lain, dia 'removed' saya dari 'friendlist' dan ada yang 'deactivate'. Agak kecewa dengan insan-insan begini. Mereka mengatakan mereka adalah benar, andai kata alasannya untuk memelihara akidah dan pegangan mereka, sepatutnya mereka berdepan juga untuk tegakkan bahawa mereka itulah yang benar. Saya puji insan yang cekal hatinya seperti beberapa orang insan yang pernah saya tanya. Kita sama-sama nak cari kebenarannya. Jadi kenapa perlu mengelakkan diri. Share dengan saya untuk kita sama-sama menilai.).
Sanggahan kepada dogma wahabi Arab Saudi.Sanggahan 1.Imam alNawawi telah mengatakan
وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Syarh Sahih Muslim)Wahabi menukilkan bahawa haram secara mutlak menjatuhkan pemimpin. Sedangkan ijma' menyebut قِتَال(menjatuhkan dengan senjata) dan bukannya menjatuhkan secara aman melalui pilihanraya!
 Sanggahan 2.تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْTerjemahan: Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" (sebahagian hadith yang panjang, dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, no. 1847)Status Hadith:Ketahuilah bahawa ia adalah hadith Dha'if. Didhaifkan oleh Imam al-Daraquthni, Imam Muslim sendiri, bahkan juga didhaifkan oleh ulama hadith salafi Syaikh Muqbil Hadi al-Wadi'i.Sanadnya putus dan ianya adalah tambahan lafaz (ziyadah) yang Munkar iaitu Khata' (silap).Menurut Imam al-Daraqutni sanad hadith ini Mursal (iaitu putus) kerana Abu Salam tidak pernah sama sekali mendengar dari Huzaifah.Kata Imam al-Daraquthni dalam kitabnya al-Ilzamat wa al-Tatabbu' (hal. 181):وهذا عندي مرسل، أبو سلام لم يسمع من حذيفة ولا من نظرائه الذين نزلوا العراق لأن حذيفة توفي بعد قتل عثمان (رضي الله عنه)
Terjemahan: Hadith ini disisiku adalah Mursal (iaitu putus), Abu Salam tidak pernah sama sekali mendengar dari Huzaifah dan tidak pula dari yang seangkatan dengannya yang menetap di Iraq kerana Huzaifah wafat beberapa hari selepas pembunuhan 'Uthmaan (ra)".Perlu diketahui bahawa istilah Mursal yang digunakan Imam al-Daraquthni disini bukanlah bermaksud Mursal seperti yang difahami ramai penuntut ilmu hadith masa kini yang memahami definisi Mursal dari buku-buku hadith moden karya ulama Khalaf al-Mutaakhkhirin. Ia bukanlah bermaksud isnad yang terputus pada tabi'in tetapi ia bermaksud isnad itu Munqathi (putus) tanpa mengira dimana ia putus.Para ulama hadith Salaf al-Mutaqaddimin biasa menggunakan istilah Mursal untuk apa-apa saja isnad yang putus, baik putus itu pada tabii'n atau tabi' al-tabiin atau dibawahnya lagi. Saya katakan: hadith ini adalah salah satu daripadanya, dan putusnya isnad adalah Dha'if kerana telah hilang salah satu syarat utama hadith Sahih.Bahkan selain putusnya isnad, lafaz ini juga adalah Munkar, ia adalah ziyadah (tambahan lafaz) yang menyalahi hadith lain yang disepakati Sahih, dengan kata lain lafaz tambahan ini adalah Khata' (silap).
Kata Syaikh al-Muhaddith al-Yaman, Muqbil Hadi al-Wadi'i dalam tahqiqnya atas kitab al-Ilzamat wa al-Tatabbu' (hal. 181):وفي حديث حذيفة هذا زيادة ليست في حديث حذيفة المتفق عليه وهي قوله (وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك)! فهذه الزيادة ضعيفة لأنها من هذه الطريق المنقطعة Terjemahan: Dan pada hadith Huzaifah ini terdapat ziyadah (tambahan lafaz) yang tidak terdapat pada hadith Huzaifah yang muttafaq 'alaih (disepakati al-Bukhari dan Muslim) iaitu kata-kata "walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas"! Maka ini adalah ziyadah (tambahan lafaz) yang lemah kerana ia dari jalan yang terputus ini".
Hadith mahfuz (terpelihara) yang muttafaq 'alaih (disepakati al-Bukhari dan Muslim) yang dimaksudkan ialah satu hadith panjang yang lafaznya menyebut:...فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَTerjemahan: Maka tinggalkanlah semua puak-puak tersebut yang ada walaupun kamu terpaksa menggigit akar kayu sehingga mati dalam keadaan itu" (Dikeluarkan oleh al-Bukhari (no. 3338) dan Muslim (no. 3434)).Perlu diketahui metod Imam Muslim dalam menyusun kitab Sahihnya, iaitu pada awal setiap bab beliau akan masukkan himpunan hadith-hadith yang mutunya sangat tinggi dan hadith-hadith ini dikenali sebagai hadith-hadith usul dalam sesuatu bab, kemudian beliau akan mengiringi pula dengan hadith-hadith yang isinya hampir sama dengan hadith-hadith usul tadi dengan isnad yang berbeza, hadith-hadith yang mengiringi hadith-hadith usul ini dikenali sebagai mutabaat dan syawahid.
Jaminan Sahih hanyalah untuk hadith-hadith usul, manakala hadith-hadith yang dijadikan mutabaat dan syawahid ini statusnya pelbagai, sebahagiannya Sahih dan sebahagiannya Dha'if. Dan hadith yang sedang kita bincangkan ini bukanlah termasuk hadith-hadith usul dalam Sahih Muslim, namun Imam Muslim hanya memasukkanya sebagai mutabaat dan syawahid sahaja.
Saya katakan: hadith dengan lafaz " تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ - Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" adalah salah satu contoh dari segelintir hadith-hadith mutabaat dan syawahid yang Dha'if terkandung dalam Sahih Muslim dan ia telahpun diDha'ifkan oleh Imam Muslim sendiri. Mereka yang membaca Sahih Muslim dengan kaca mata ahli hadith sahaja yang akan dapat mengecam bahawa hadith ini telah diDha'ifkan oleh Imam Muslim dengan isyarat dalam kitab Sahihnya sendiri.
Imam Muslim memasukkan hadith ini bersama-sama hadith semakna yang tiada ziyadah (tambahan lafaz) dalam satu bab, dan hadith tanpa ziyadah disebut dahulu sebelum hadith dengan ziyadah, tujuan beliau lakukan sedemikian rupa ialah sebagai isyarat untuk menjelaskan bahawa ziyadah itu lemah, dan ini adalah antara metod Imam Muslim menDhaifkan sesebuah hadith dalam kitab Sahihnya, demikian juga para huffaz hadith lain semisal al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban.

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
W. P. Putrajaya
24 Ogos 2012

Jumaat, 17 Ogos 2012

Isnin, 6 Ogos 2012

Penurunan Al Qur'an (Nuzul Quran)

Firman Allah SWT,

2:185



"Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur."
[Al Baqarah: 185]

Muqadimah


Bulan Ramadhan dikenali sebagai 'al mubarak' tetapi ia juga dikenali dengan nama 'Syahr al-Qur'an' kerana Allah SWT telah menurunkan Al Qur'an kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW semasa baginda sedang berkhulwah di gua Hira'. Malaikat Jibril a.s. mengajarkan Nabi SAW 5 ayat pertama daripada Surah Al 'Alaq:

96:1
96:2
96:3
96:4
96:5

"Bacalah dengan nama Rabb-Mu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Rabb-Mu amat pemurah. Yang mengajarkan (manusia) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Dengan penurunan ayat ini maka bermulalah tugas baginda sebagai seorang utusan Allah.

Hikmah Proses Penurunan Al Qur'an

Menurut Sheikh Muhammad 'Ali al-Sobuni, terdapat lima (5) perkara yang menjelaskan kenapa penurunan Al Qur'an berperingkat-peringkat:

1. Untuk memperkukuhkan (memantapkan) hati Nabi SAW dalam menghadapi sikap orang-orang musyrikin yang menyakitkan hati
25:32

"Dan orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan al Qur'an itu kepada Muhammad - semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al Qur'an diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu (menurut hukum tajwid)."
[Al Furqan: 32]


2. Sebagai tanda kasih sayang kepada Nabi SAW ketika turun wahyu


73:5


"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada engkau perkataan yang hebat (Al Qur'ran)"
[Al Muzammil: 5]


3. Berperingkat-peringkat dalam pensyariatan hukum


Contoh: pengharaman arak terdapat 4 tahap.

Tahap pertama
16:67

"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti."
[An Nahl: 67]


[Penerangan ayat]
- Ayat ini menerangkan bahawa dua jenis buah ini boleh dijadikan sumber rezeki yang baik dan boleh juga menjadi benda yang memabukkan (haram). Maka, orang yang berfikir tentu dapat untuk mempertimbangkan akan dua hal ini.

Tahap Kedua
2:219

"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar (segala minuman yang memabukkan) dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya." Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah, "Kelebihan (dari apa yang diperlukan)." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu memikirkan.
[Al Baqarah: 219]

Tahap Ketiga

4:43

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengerjakan solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati untuk jalan sahaja, sebelum kami mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan*, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun."
[An Nisa': 43]


*Sebahagian besar ulama menjelaskan erti menyentuh ini adalah bersentuhan kulit, dan sebahagian lain adalah bercampur sebagai suami isteri


[Penerangan ayat]
- Ayat ini diturun disebabkan oleh seorang sahabat yang mengimami solat dalam keadaan mabuk. Beliau keliru dalam membaca Surah Al Kafirun dan menyebabkan terjadi kesalahan bacaan.

Tahap Keempat
5:90
5:91

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, judi, berhala dan bertenung nasib adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan menghendaki akan menjatuhkan kami dalam permusuhan dan berbenci-bencian sesama kamu, kerana khamar dan berjudi menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan (mengerjakan) solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (dari demikian itu)?"
[Al Ma'idah: 90-91]

*Penurunan ayat ini menyempurnakan pengharaman khamar secara berperingkat-peringkat yang menjadi kebijaksanaan Islam dalam menangani penyakit-penyakit yang melanda masyarakat.

4. Mempermudahkan Hafalan dan Kefahaman Al Qur'an

62:2

"Dia yang mengutuskan seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
[Al Jumu'ah: 2]

5. Sebagai jawapan terhadap pelbagai peristiwa mahupun kes

6. Sebagai petunjuk kepada Allah yang menurunkan al Qur'an

4:82

"Patutkah (mereka berskap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al Qur'an? Kalaulah sekiranya al Qur'an itu (datangnya) dari sisi selain Allah, nescaya mereka akan dapati di dalamnya perselisihan yang banyak."
[An Nisa': 82]


Jumaat, 3 Ogos 2012

Ayat - Ayat Cinta Allah SWT


KENAPA AKU DIUJI?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Al-Baqarah: 214)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11)

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Taha: 131)

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); (Al-Fajr: 14-17)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar: 49)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al- Baqarah :153)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45)


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al- Baqarah:155)


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Imran: 200)


(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Nahl: 96)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
(Al-Kahf: 17)


Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
(At-Taubah: 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
(Yusuf: 12)

Rabu, 1 Ogos 2012

Surah At Taubah - Pengampunan





Muqadimah


Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat. Ianya termasuk dalam kategori surah-surah Madaniyah. Dinamakan sebagai At Taubah kerana perkataan 'at taubah'  yang bermaksud pengampunan berulang kali disebut dalam surah ini. Ia juga dinamakan sebagai 'bara'ah' yang bermaksud 'melepaskan diri daripada tanggungjawab' kerana pencabulan perjanjian damai oleh Musyrikin Mekah di antara mereka dengan umat Islam di Madinah.

Surah ini menerangkan pengisytiharan perang dari Allah SWT dan Rasulullah SAW kepada Musyrikin Mekah yang mana berita pencabulan itu disampaikan oleh Saidina Ali r.a kepada Rasulullah SAW pada musim haji iaitu 10 Zulhijjah. Tempoh 4 bulan diberikan (disebut sebagai bulan Haram berperang) selepas dari itu, jika mereka tidak bertaubat dan menerima Islam maka mereka akan dimusnahkan melainkan mereka yang tidak melanggar perjanjian damai (Perjanjian Hudaibiyyah) dan mereka yang memohon perlindungan.



Refleksi Diri


Surah At Taubah ini merupakan satu-satunya surah yang tidak dimulakan dengan 'basmallah' kerana ianya bernafas perdamaian dan kasih kepada Allah SWT sedangkan surah ini pula merupakan pengisytiharan perang terhadap kaum musyrikin Mekah. Surah ini banyak menerangkan tentang adab-adab ketika berperang, yang mana ia secara tak langsung menonjolkan keindahan Islam itu sendiri. Dalam surah ini juga diterangkan tentang rahsia orang-orang munafiq.

Diceritakan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Zawawi bin Nik Salleh, Ahli Majlis Ulama', dalam kuliah berkenaan Adabul Ikhtilaf semasa Ijtima' GAMIS yang lepas, bahawasanya semasa tentera-tentera Islam masuk ke satu negeri di India, penduduk-penduduknya lari kerana desas-desus bahawa mereka akan dimusnahkan. Lalu mereka melarikan diri di sebuah bukit. Selepas meyakini negeri mereka telah dimasuki tentera-tentera Islam, lalu mereka kehairanan kerana tidak melihat sebarang asap hasil dari kemusnahan yang dilakukan oleh tentera-tentera Islam. Kemudian mereka kembali ke negeri mereka dan apa yang menghairankan, mereka disambut oleh tentera-tentera Islam dengan 'salam', penuh kesejahteraan.

Di negeri lain pula, apabila tentera-tentera Islam memasuki ke dalam negeri itu, apa yang dilakukan oleh penduduk negeri itu setelah mengetahui bagaimana peribadi tentera-tentera Islam adalah dengan menyambut mereka dengan kanak-kanak dan anak-anak gadis. Kanak-kanak ini diarahkan untuk melambung-lambung duit-duit emas kepada tentera-tentera Islam. Ironinya tentera-tentera Islam ini tidak mengendahkannya, sebaliknya menundukkan muka mereka. Tidak seperti tentera-tentera musuh yang lain yang berebut-rebut mengutip duit tersebut. Dan apabila tentera-tentera Islam ini tiba di barisan anak-anak gadis, mereka menundukkan pandangan mereka hingga menuju ke pusat bandar.

Adapun kita pada hari ini, ketika peperangan mahupun tidak, seringkali mengambil kesempatan dunia ini dengan rakusnya. Kemudian lebih ironinya lagi, apabila masyarakat Islam itu berpecah-pecah dan membentuk kumpulan-kumpulan tertentu. Berpecah mengikut ideologi yang berbeza, hasil ketidakpuashatian terhadap sesuatu yang telah wujud. Disebutkan dahulu berkenaan 'perpecahan atau perbezaan pendapat itu adalah satu rahmat kepada umat Muhammad'. Persoalannya, jika perpecahan itu adalah rahmat, adakah persatuan itu suatu laknat?

Janganlah terpedaya wahai sahabatku terhadap hadis palsu itu. Seharusnya gerakan-gerakan Islam yang sedia ada ini perlu meletakkan taat setia kepada kepimpinan Islam yang sedia ada, yang ditubuhkan dahulu. Seandainya berlaku kekurangan terhadap kesatuan itu, maka kukuhkannya bukan membentuk persatuan baru. Jika perpecahan itu terus berlaku tanpa berasa satu keinginan untuk bersatu, maka ke mana hendak diletakkan taat setia dan 'baiah' kepada pimpinan Islam itu? Adakah kepada musyrikin atau munafiq yang menguasai kita sekarang?

...........

Hari ini selepas bersahur, adikku Abdul Hakim Fiqri duduk dihadapan TV memasang mp3 bacaan ayat Al Quran agar didengari oleh kami. Sedang diri ini membantu ayahnya tentang perincian-perincian yang ada di 'group facebook' Generasi Hj A Rahim & Hjh Yang, diri ini terkesima akan satu ayat yang kedengaran dari 'kotak bercahaya' itu,



قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


yang bermaksud,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). 
[At Taubah: 24]


Muhasabah kepada diri ini.. Ya Allah, bimbinglah jalan hidupku dan adikku serta keluargaku dan sahabat-sahabatku.

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
1 Ogos 2012
13 Ramadhan 1433
Presint 11, W. P. Putrajaya

Stand Up!! - Muadz



"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! Say it together
None enters paradise, save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Rabu, 25 Julai 2012

Hati Ini Takut, Adakah Pemiliknya Seorang Yang Penakut?

"Ya Allah...kuatkanlah imanku dan hatiku berdepan dengannya walaupun bermesej sahaja.
Aku malu............."

Kama Din: klau reti jg hati is indicator utk layak kawen, xder la org kawen yg cerai berai fattah......

Abdul Fattah Abd Hafidz: masalahnya a Kama Din.. ini soal saya tak reti jaga hati ppuan la. saya buat sorg ppuan kecik hati sbb cara saya komen poster dia buat. takde kaitan pun nak kahwin. dan nampak sangat saya tak layak kahwin (kalau nak dikaitkan).

perkara yg saya komen tu betul, Insha Allah. tp mungkin pd lelaki ia biasa je ayat dan intonasinya. tapi ppuan pandang ia lain.

*ana amat sedih a Din sbb ana mcm ni..

Kama Din: ‎Abdul Fattah Abd Hafidz..ana nk share smtg..ana pun dulu tegur sorg pempuan, classmate..ana tegur dgn statement brgurau jer, pasal pakai baju muslimah..first2 die komen elok jek, tetibe die komen smula dgn statement yg agak mnmpakkn kemarahannye..mula2 ana rase sgt bersalah..ana mesj mohon maaf pd die dn inform yg statemnt ana tue juz bergurau..pastu ana terfikir smula, knape bodoh sgt aku nie, merayu2 mohon maaf padahal ape yg aku nyatakn adalah kebenaran..kalau betul pun die tersinggung, jgn blame sgt pd diri sbb apa yg kt smpaikan itu adalh kebenaran, dan sememgnye die pahit..wanita tue sempoi, boleh buat brgurau laa..tp bile soal cam nie, nape nk amek serious sgt..tue la die..tersentak sbb mgkin sebelom nie tiade yg tegur die..jadikan nie suatu pengajarn dan pengalamn dlm berdakwah fattah, kite x perform, nk org suke jer apa yg kt nyatakn..yg pentg, kt ikhlas dgn cara dan tahap kefahamn yg kt ade about dakwah..teruskn dan jgn serik utk berdakwah....la tahzan fattah

Norhinas Ibrahim: eh,, jangn la gitu.. yg post pasal Abdul Fattah Abd Hafidz tegur tu ea. jangan kecil hati. ambil ianya sebagai cabaran dan peluang. sabar ye.

..........

"Hai Tuhanku, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu. Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya dan seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui. Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

..........

Assalamualaikum wbt...

Perenggan pertama adalah komen dari 'facebook'ku berkenaan 'status' di atas.
Perenggan kedua adalah zikir al ma'thurat yang biasa diamalkan setiap pagi dan petang.

Mungkin seminggu telah berlalu. Tetapi mungkin ia berbekas pada jasad ini. Untuk beberapa ketika aku cuba mengkaitkan bagaimana hasil tindakan seseorang itu dipacu oleh imannya. Mungkin pada pandangan sahabat-sahabat ia adalah 'simple' tetapi pada aku tidak. Kita boleh dengan mudahnya berkata-kata dari sudut teori, tetapi secara praktikalnya agak susah. Dan perlu diakui, realiti kehidupan kita bukannya sentiasa tenang. Kadang kala langit nampak cerah dan dengan yakinnya kita mengatakan perjalanan bahtera kita akan selamat dari segala petaka. Hakikatnya dalam ketenangan itu juga sebenarnya kita akan menjadi semakin leka dan lalai dalam mengukuhkan kekuatan bahtera tersebut akan ribut yang bakal melanda.

Aku akui, sejak memilih jalan ini sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini, aku amat sukar hendak memahami apa yang cuba disampaikan dari kuliah Tasawwur Tarbiyyah Islamiyyah. Apabila diminta terangkan, mungkin aku antara yang mengelak untuk menerangkannya kerana aku takut jika tersalah memberikan ilmu itu kepada mereka yang aku diamanahkan. Pernah dahulu suatu ketika apabila aku diminta untuk mengetuai usrah dan diminta untuk membawa tajuk berkenaan dengan tafsir Al Fatihah. Aku tidak bersedia dan terus membawa kepada bagaimana hendak menguruskan organisasi itu.

Haha... Takutnya aku hendak menyampaikan sesuatu yang belum aku bersedia untuk menerangkannya. Takut jika apa yang aku katakan itu salah lagi menyimpang. Tapi ia hakikatnya semasa aku dalam perjalanan pulang, menjadi satu cabaran kepadaku untuk menguasainya. Realitinya pula, aku mengambil masa dua tahun untuk bersedia menyampaikannya. Dan satu perkara yang menjadi panduan aku akhirnya adalah kata-kata yang diucapkan oleh sahabatku, Siti Radhiah apabila kami ber'meeting' untuk menetapkan bagaimana cara terbaik untuk menterjemahkan kefahaman berdasarkan kuliah terbabit. "Lontarkan dahulu apa yang kita faham, kemudian berbincang bersama. Memang sukar untuk kita faham, tetapi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) memang akan membantu kefahaman kita akhirnya."

Ramadhan adalah bulan penuh hikmah. Penuh dengan barakah. Perbanyakkan bacaan Al Quran. Andai anak kecil gembira tika si ibu memberikannya susu, andai sang ikan gembira berenang-renang dikala air sungainya jernih lagi bersih, maka apakah pula yang mampu menggembirakan hati kita jika tidak peringatan-peringatan dan nasihat-nasihat yang datangnya dari Maha Pencipta sendiri kepada hamba-hambaNya. Bertaqwalah, bersyukurlah. Dan apabila diseru, maka sahutlah panggilanNya.

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
5 Ramadhan 1433 bersamaan 25 Julai 2012

p/s: Tarikh kalendar Hijr dekat handphone macam mana nak betulkan ye? Handphone ni dia set 6 Ramadhan 1433.

Rabu, 18 Julai 2012

[Peace Excerpt]

Assalamualaikum wbt..

Semalam semasa di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Sahabatku, Haziq Asyraf, mengambil sebiji batu yang membentuk jeram-jeram di sungai terbabit. Lalu ditunjukkan kepadaku hidupan Allah SWT yang hidup dicelah-celah batu, mencari rezeki kurniaan Allah SWT. Ia membuatkan aku terfikir betapa hebatnya suatu ciptaan itu. Ianya berserta hikmah yang mungkin tidak tergambar oleh kata-kata, tidak terucap oleh pandangan mata. Akal manusia itu terlalu 'limited'. Ianya seperti setitik dakwat pen di helaian kertas. Tompokannya kecil di kertas yang lebarnya berkaki-kaki. Bak kata seorang sahabatku dari UPM, dakwat tadi itu pun kita cuma dapat lihat apa yang kita nampak di muka kertas itu, tetapi, muka belakang helaian itu belum tentu tercakup oleh kelebihan manusia yang tidak diberi kepada makhluk Allah SWT yang lain, akal.

Itu kisah semalam, hari ini pula mungkin ia sedikit sebanyak mengajarkan aku erti hikmah kejadian seorang wanita. Jujur, aku tidak akan dapat memahami wanita itu dan apatah lagi masyarakat seperti Imam Syafie. Dan Imam Syafie pun perlu berkahwin dengan berpuluh-puluh wanita agar dapat diungkap rahsia kejadian Allah SWT ini.

Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam. Fitrah tulang rusuk manusia itu bengkok, bukannya lurus. Andai hendak meluruskan sesuatu yang bengkok, maka ianya perlu dibelai perlahan-lahan dan ianya juga adalah satu proses yang lama. Andai di'express'kan tulang itu menjadi lurus, patah dan pecahlah tulang itu berserpihan.

Sungguh, aku memiliki sejarah itu. Hakikatnya, ia memberi kesan atau luka yang hebat kepadaku. 'Fragment-fragment' serpihan itu tertusuk dihatiku. Salah aku. Akui.. Salah aku. Aku berusaha untuk tidak beremosi dan sentiasa gembira dengan tiap tindak tandukku. Rasional dalam memberikan hujah. Tidak meleret-leret. Dan aku didik juga untuk menjaga ikhtilat. Pernah dahulu aku kemukakan persoalan, 'antara ikhtilat vs ukhuwah: adakah di'liberal'kan hubungan antara lelaki dan perempuan'.


Salah aku. Salah aku.....

Tetapi, aku bersyukur. Akibat salahku dalam hubungan dengan wanita semasa di Kolej Matrikulasi Melaka, aku dipertemukan dengan jalan juang ini. Telah aku berbaiah untuk mengikat hati aku dengan jalan ini demi mengelakkan wanita itu dan wanita-wanita lain yang belum sah kepadaku. Jalan ini 'zaujah' aku.

Realitinya, aku berdepan lagi dengan ujian. Salah aku kerana salah membuat percaturan. Salah aku. Aku setiap kali itu gagal menjaga hubunganku dengan manusia yang bernama 'wanita', dalam bergerak kerja hinggalah ke perkara yang melibatkan integriti atau amanah.

Hari ini, ironinya wanita yang menjadi antara faktor aku berjumpa dan mengikat janji setia akan jalan ini telah mengikat janji setianya pada jalan ini juga. Aku mengharapkan agar ia lebih baik dari sebelum ini, perhubunganku dengan manusia ini.

Aku terlalu 'careless'. Risiko liabiliti bak kata pensyarahku. Aku tidak mengambil faktor respon aku terhadap sesuatu yang dibuat olehnya itu bahawa hakikatnya dia merupakan seorang manusia bergelar 'wanita'. Salah aku. Aku tidak menunjukkan rasa penghargaan, walhal sebenarnya aku gembira dengan usahanya, aku cuai.

RECONCILIATION. Itu harapanku. Jujur. Aku sedih. Apabila setiap bait kata-kataku merupakan panahan-panahan berbisa kepada hawa. Aku jujur ingin katakan, aku tak reti memujuk tanpa melibatkan emosi dan perasaan aku. Jujur. Denganmu wahai kaum hawa, aku tak nak campurkan emosi dan perasaan aku. Aku tak akan campurkan dan aku akui, aku akan terus sakiti kalian. Aku belum mampu untuk memastikan kalian tidak berasa sakit dengan kata-kataku. Aku tidak tahu berkata-kata manis seperti lelaki-lelaki lain. Dan itu juga benteng aku untuk mengelakkan daripada kalian, wahai muslimat. Maafkan aku di atas kekurangan aku ini.

Maafkan aku sahabat. Wallahualam..

"Aku sedih...aku belum mampu berjiwa murabbi.."

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
18 Julai 2012

Khamis, 28 Jun 2012

Traveler of Time

Assalamualaikum wrb...

Muqadimah

Lama rasanya tak menaip dekat blog ni (rasanya kerap sangat cakap benda ini). Disebabkan ke'sibuk'an dan urusan lain lagi mungkin penyebab malas atau takde masa nak menaip. Irregular.. Itu yang mampu aku katakan (kejap saya kejap aku..). Akui...nak capai ke sepuluh per sepuluh Muwasofat Tarbiyah itu memang payah (dalam kes ini.. munadzomun fo syu'unihi iaitu urusan yang teratur, masih lagi kurang berjaya dalam diriku). Tetapi ia tidak bermakna usaha itu tiada sebaliknya sebagai seorang muslim, perlu kita lebih berusaha untuk memperbaiki diri kita and constantly applied what we learn in our daily practises.
Agaknya bila dah kerja dan kahwin macam mana pulak ye...?
(^^,)

Pada 1 Jun lepas, sejujurnya, aku (with Syahid, Mikael, Arrahum dan Taufiq - ini baru satu kereta, ada lagi 2 kereta tapi tak perlu kut semua) pergi ke satu program dekat Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kami sampai lewat sikit, kesian dekat Syahid yang nak sangat pergi kuliah UAI masa tu dek singgah menziarah rumah Aizat dan keluarganya yang spoting.

Habis sahaja berprogram di sana, kami sempat berjalan-jalan ke gerai-gerai (booth) yang dibuka sekitar stadium itu. Sampai di suatu sudut, agak (memang pun) penuh dengan gerai-gerai yang menjual buku-buku rujukan, haraki, perbincangan, soal jawab berkenaan dengan agama. "Wow!" bisikku dalam hati. Berbekalkan duit RM100+, aku membeli dua buah buku sahaja, kerana RM100 tu nak bayar hutang, lebihan dalam RM30 untuk perjalanan seterusnya. Pendek cerita beli dua buah pun sebab satu buku tu nak bagi dekat seorang muslimat semasa bergerak kerja dalam Fiesta Inspirasi Islam (takde apa2 ye. Sebab bagi dia pinjam satu buku, kebetulan dia kata nak beli buku tu jugak. Cari dekat Kedai Buku Syabab dekat PKNS Bangi, tak jumpa. Dah alang-alang jumpa dekat sana, beli je la untuk dia). Dan satu lagi buku sebagai 'cenderamata' di sana (based on experience jalan2 sebelum ni, cenderamata seperti key-chain dll cepat sangat rosak, baik beli buku atau penanda buku - 2 in 1 benefit..and maybe 3).

Isi Penting

Dari buku karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, 'Sehingga Para Pemuda Mengerti' (terjemah bahasa melayunya), yang diterjemahkan oleh para Al Ghuraba' dari Jundi Resources, amat menitik beratkan soal merealisaikan slogan yang sering kali kedengaran pada mulut para ahli harakah iaitu;
"Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, al Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah cita tertinggi kami."
 Slogan ini pada hakikatnya berat, ia mungkin tidak akan berinteraksi dengan hati oleh si penyebutnya dan apatah lagi sekiranya ia tidak meninggalkan kesan ke dalam jiwa si penyebutnya. Contoh terbaik mereka yang merealisasikan kata-kata atau slogan ini tidak lain adalah para ashab madrasah Rasulullah SAW (para sahabat). Apabila kesatuan diantara kata-kata dari mulut ini diterjemahkan dengan tindakan, sepadu dengan realiti kehidupannya, dengan izin Allah, akan tertegakknya kesatuan dan daulah Islamiyah (bak kata penulis...ia bukanlah perkara yang sukar bagi Allah SWT).


Mari kita soroti setiap satunya....


1.0 Syiar Pertama: Allah Matlamat Kami

1.1 Mengikhlaskan bagi Allah di dalam setiap percakapan dan perbuatan, setiap ibadah dan juga jihad

1.2 Beri'tikad di dalam lubuk hati bahawa syariat Allah itulah petunjuk, penyelamat, sempurna lagi kekal abadi

1.3 Berserah, penyerahan yang cukup sempurna kepada setiap arahan yang diperintahkan Allah SWT dan setiap larangan yang ditegahNya

1.4 Meyakini dari dasar hatimu bahawa Allah SWT adalah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan

1.5 Menjadikan redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai target dan matlamat hidup



2.0 Syiar Kedua: Rasulullah Ikutan Kami

2.1 Tauladan ibadat Rasulullah SAW

2.2 Tauladan sifat zuhud Rasulullah SAW
- Baginda ingin mengajarkan generasi Islam dengan sifat zuhudnya ini makna kasih sayang, pengorbanan dan mengutamakan orang lain
- Baginda ingin menjadi contoh kepada generasi Islam dengan hidup yang sederhana dan berpada-pada
- Baginda ingin memahamkan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati, golongan munafik, missionari dan musuh Islam yang lain, bahawa baginda tidak pernah berniat untuk mengumpulkan harta duniawi lebih daripada dakwah

2.3 Tauladan sifat tawadu' Rasulullah SAW

2.4 Tauladan sikap pemaaf Rasulullah SAW

2.5 Tauladan kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW

2.6 Tauladan sifat keberanian Rasulullah SAW

2.7 Tauladan kepintaran baginda SAW dalam politik dan menguruskan perkara

2.8 Tauladan keteguhan baginda SAW dalam berprinsip

2.9 Tauladan kefasihan lidah dan adab-adab berbicara Nabi SAW



3.0 Syiar Ketiga: Al Quran Perlembagaan Kami


3.1 Ciri-ciri dan keistimewaan Al Quran sebagai perlembagaan umat Islam
- Rabbaniyah (Ketuhanan)
- Alamiyyah (Menyeluruh kepada seluruh alam)
- Syumul (Merangkumi setiap aspek kehidupan)
- Ata' wa tajaddud (Memberi manfaat dan kontemporari)
- Adlu mutlak (Keadilan yang mutlak)


4.0 Syiar Keempat: Jihad Jalan Kami


4.1 Untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi dan menghapuskan segala thagut yang menghadang di tengah-tengah jalan dakwah

4.2 Pada pandangan Islam ada beberapa jenis jihad iaitu:
- Jihad harta benda
- Jihad menyampaikan dakwah
- Jihad mengajar (ilmu dan hukum hakam Islam)
- Jihad politik
- Jihad berperang



5.0 Syiar Kelima: Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami




Semoga perkongsian dalam coretan yang sedikit ini memberi manfaat.
Assalamualaikum..