Puncanya aku dah komen panjang dah, tapi ter'delete' dek 'setting facebook' ni yg membuatkan aku terkeliru kejap. Lalu...hehe...akui, salah aku...ter'comment'lah perkataan 'BOD*H'.
Ustaz tersebut telah menegur aku. Sesuatu yang baik. Mungkin aku ini berniat sahaja nak dapatkan perhatian para 'pengomen' itu agar dapat 'point' yang aku nak cakap nanti (dekat bawah ini, memang 'copy paste' dari apa yang dah di'comment' dekat 'post' ustaz tu. Kembali menge'post' ke blog sebagai dokumentasi untuk aku muhasabah di masa akan datang.
Semoga bermanfaat (umum kepada semua, khusus kepada saya) akan datang.
saya tak berkata kepada ustaz, maafkan saya.
taipan saya sudah panjang sebelum ini. tetapi saya terdelete. ia satu bentuk ringkasan.
komen2 di atas amat memalukan gerakan-gerakan Islam. ada pihak yg bersifat provokatif, ada pihak yg menganggap merekalah yg benar.
memalukan. apabila menggunakan malah mengulangi ayat 'min husni Islam al-mar’i tarkuhu ma la ya’nih' dan menggunakan ayat-ayat lain, kemudian terbawa-bawa ketika berhujah hingga tidak dapat mengawal emosi, lantas, hujah2 itu ada sudut kepentingan peribadi.
memalukan. apabila memiliki semangat yg baik utk meletakkan Islam ditempat yg tertinggi dan meyakini tiada yg lebih tinggi dari Islam, tetapi semangat yg berkobar2 itu didorongi oleh nafsu tanpa mengiringi dgn ilmu dan akal yg dikurniakan oleh Allah.
memalukan. apabila memiliki ilmu yg baik dan mantap, tetapi adanya menyalah guna, ada yang tersilap guna. kemudian sudahlah tersilap guna, kemudian mempertahankan kesilapan itu.
memalukan. seharusnya gerakan-gerakan Islam yg ada ini menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. terimalah hakikat, buat masa ini, tak semua perkara sesebuah gerakan Islam itu mampu melakukan semua perkara. Perlunya gerakan-gerakan Islam itu saling bantu membantu antara satu sama lain.
memalukan. apabila matlamat umum gerakan-gerakan Islam itu adalah sama, yg diyakini oleh 'underlings' dalam sesebuah gerakan, tetapi tidak memiliki rasa hormat yg berterusan dan beradab dalam berhujah. berkata agar berlapang dada, namun diri sendiri sempit dalam penerimaan.
memalukan. andai ahli perbincangan ini mendahului provokasi dari perbincangan, lantas hilanglah Islam mereka, bertempik sorak musuh-musuh yg halus ini. memalukan. mengakui zalim itu adalah zalim, mengakui kezaliman itu bukan cara Islam tetapi tidak bersama-sama dgn gerakan-gerakan Islam lain utk menghentikan kezaliman itu.
gerakan Islam itu sifatnya sentiasa memperbaiki kelemahan dan berusaha utk menegakkan syariat Islam. sedang gerakan-gerakan Islam yg lain sedang berusaha untuk bersatu bagi membentuk satu kesatuan, berlandaskan matlamat yg sama, timbul insan-insan yg cemburu akan kesatuan itu dan merasakan ianya suatu ancaman, berusaha utk memecah belahkan 'wehdah' tersebut dan berusaha menjatuhkan individu atau gerakan Islam itu, dengan nama Islam. memalukan.
maka bertempik soraklah kegembiraan para Yahudi Zionis, para kuffar, para munafiq, para musyrikin melihat usaha-usaha perancangan yang cukup halus itu membuahkan hasil. beruntunglah para pendukung dan penggerak mereka, tanpa perlu mereka mengeluarkan peluh, sesetengah umat Islam yg terpedaya itu menjadi buah-buah catur dalam menyegerakan matlamat akhir mereka dalam menghapuskan Islam itu sendiri.
Malulah kalian para ahli perbincangan dan para pencinta Islam dan ilmu, andai dikatakan 'revert', saya pun 'revert'. tetapi saya tak menggunakan sgt ayat2 Allah utk memuaskan ketidakpuashatian saya terhadap perbincangan ilmu ini yg sudah dimasukkan emosi, kepentingan peribadi mahupun kepentingan 'sayang sgt pd gerakan anda'. saya yakin, akan ada yg akan membalas komen saya dgn menggunakan hujah2 yg amat meyakinkan utk membuatkan ianya lebih keliru.
saya amat sygkn Islam. namun, saya amat sedih apabila mereka yg bijak pandai dari australia, dari yaman, dari mesir dan sebagainya berdebat, berteori semata tetapi tak nampak usaha utk penyatuan. nampak tidak berfokus matlamat tersebut sebaliknya lebih kepada mempertahankan agenda.
dan memalukan juga, apabila menarik freshies sekadar utk perkaderan ahli utk meneruskan agenda gerakan masing2 dan mendoktrin utk menolak gerakan2 Islam yg lain. jgnlah berniat sebegitu.
**naqib saya pernah berkata, ambillah ilmu dari setiap gerakan Islam yg ada. jgn menyalah2kan gerakan-gerakan Islam yg ada, jgn membangkit2kan kelemahan mereka. andai mereka ada sedikit kelemahan, jgn dihentam kelemahan itu! jgn mewujudkan puak2 lain utk mengatasi kelemahan itu! itulah punca perpecahan!
***kemudian, andai anda yakin gerakan satu lagi itu adalah gerakan Islam, dan yg satu lagi itu adalah gerakan Islam juga, jgnlah jadi org yg meratah daging saudaranya sendiri (ya, betul, hadis itu..atau ayat itu, yg saya nak kata. yg berkaitan dgn fitnah atau mengumpat itu. saya terlupa mafhumnya). ya, saya akui kalian yg belajar di australia, di yaman, di mesir dsbg itu lebih ariff akan itu lebih dari saya. saya cuma belajar dkt UKM je pun. tak habis degree lg. namun, gerakan2 Islam dkt sini boleh co-exist bersama, sbb kami faham waqi' dan kami boleh bertolak ansur dalam menyampaikan dakwah. dan kami boleh bersatu dalam sesuatu isu. namun, knp kalian begini?
****justeru saya memohon, utk berfokus pada perbincangan.
saya tidak mahu hanya menujukan ssorg itu agar mendapat rahmat dari Allah. sebaliknya mendoakan agar semua mendapat rahmat dari Allah, mendapat redho Allah. itu yg utama pada pandangan saya.
harapan saya, semoga setiap ahli perbincangan ini, berfokus pada matlamat sebenar utk menegakkan Islam itu sendiri. perlu akui, PAS adalah gerakan Islam yg bermatlamat utk menegakkan Islam ttpi mereka tidak mampu utk bergerak bersendirian tanpa sokongan gerakan2 Islam yg lain. dakwah itu dituntut kpd semua gerakan Islam. jd kewujudan IKRAM, ISMA dsbg adalah perlu untuk memenuhi tuntutan tersebut. satu gerakan Islam sahaja tidak mampu untuk jaga satu Malaysia nie. sbb itu jgk tuntutan utk gerakan2 Islam lain utk bersatu itu perlu. bukannya menjadi pemecah belah kepada kesatuan gerakan2 Islam yg sedia ada. ajak mad'u anda utk berfikiran terbuka. bukannya taksud pd individu, pd gerakan2, pd agenda, pd nafsu. jgn sesekali timbulkan percikan utk timbulnya penyakit2 hati. kelak boleh membawa kepada futur.
salam'alaik. (^_^)
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
27 Ogos 2012
*memang sengaja tidak diletakkan 'link facebook' itu. tidak mahu kalian yang membaca untuk mengapi-apikan perbincangan itu. akan datang, Insha Allah, kita akan tahu keputusannya. Lebih baik biarlah ia berlalu.
**satu lagi, murabbiku pesan,
"Polemik jgn sampai xbuat amal Islami..ckuplah sbagai pbahasan ilmiyyah..para penzalim bgembira sbb mreka xdisentuh..para da'ie bsedih kerana kbingungan ..para mad'un terus mnerus dlm kejahilan.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan