Rabu, 18 Julai 2012

[Peace Excerpt]

Assalamualaikum wbt..

Semalam semasa di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Sahabatku, Haziq Asyraf, mengambil sebiji batu yang membentuk jeram-jeram di sungai terbabit. Lalu ditunjukkan kepadaku hidupan Allah SWT yang hidup dicelah-celah batu, mencari rezeki kurniaan Allah SWT. Ia membuatkan aku terfikir betapa hebatnya suatu ciptaan itu. Ianya berserta hikmah yang mungkin tidak tergambar oleh kata-kata, tidak terucap oleh pandangan mata. Akal manusia itu terlalu 'limited'. Ianya seperti setitik dakwat pen di helaian kertas. Tompokannya kecil di kertas yang lebarnya berkaki-kaki. Bak kata seorang sahabatku dari UPM, dakwat tadi itu pun kita cuma dapat lihat apa yang kita nampak di muka kertas itu, tetapi, muka belakang helaian itu belum tentu tercakup oleh kelebihan manusia yang tidak diberi kepada makhluk Allah SWT yang lain, akal.

Itu kisah semalam, hari ini pula mungkin ia sedikit sebanyak mengajarkan aku erti hikmah kejadian seorang wanita. Jujur, aku tidak akan dapat memahami wanita itu dan apatah lagi masyarakat seperti Imam Syafie. Dan Imam Syafie pun perlu berkahwin dengan berpuluh-puluh wanita agar dapat diungkap rahsia kejadian Allah SWT ini.

Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam. Fitrah tulang rusuk manusia itu bengkok, bukannya lurus. Andai hendak meluruskan sesuatu yang bengkok, maka ianya perlu dibelai perlahan-lahan dan ianya juga adalah satu proses yang lama. Andai di'express'kan tulang itu menjadi lurus, patah dan pecahlah tulang itu berserpihan.

Sungguh, aku memiliki sejarah itu. Hakikatnya, ia memberi kesan atau luka yang hebat kepadaku. 'Fragment-fragment' serpihan itu tertusuk dihatiku. Salah aku. Akui.. Salah aku. Aku berusaha untuk tidak beremosi dan sentiasa gembira dengan tiap tindak tandukku. Rasional dalam memberikan hujah. Tidak meleret-leret. Dan aku didik juga untuk menjaga ikhtilat. Pernah dahulu aku kemukakan persoalan, 'antara ikhtilat vs ukhuwah: adakah di'liberal'kan hubungan antara lelaki dan perempuan'.


Salah aku. Salah aku.....

Tetapi, aku bersyukur. Akibat salahku dalam hubungan dengan wanita semasa di Kolej Matrikulasi Melaka, aku dipertemukan dengan jalan juang ini. Telah aku berbaiah untuk mengikat hati aku dengan jalan ini demi mengelakkan wanita itu dan wanita-wanita lain yang belum sah kepadaku. Jalan ini 'zaujah' aku.

Realitinya, aku berdepan lagi dengan ujian. Salah aku kerana salah membuat percaturan. Salah aku. Aku setiap kali itu gagal menjaga hubunganku dengan manusia yang bernama 'wanita', dalam bergerak kerja hinggalah ke perkara yang melibatkan integriti atau amanah.

Hari ini, ironinya wanita yang menjadi antara faktor aku berjumpa dan mengikat janji setia akan jalan ini telah mengikat janji setianya pada jalan ini juga. Aku mengharapkan agar ia lebih baik dari sebelum ini, perhubunganku dengan manusia ini.

Aku terlalu 'careless'. Risiko liabiliti bak kata pensyarahku. Aku tidak mengambil faktor respon aku terhadap sesuatu yang dibuat olehnya itu bahawa hakikatnya dia merupakan seorang manusia bergelar 'wanita'. Salah aku. Aku tidak menunjukkan rasa penghargaan, walhal sebenarnya aku gembira dengan usahanya, aku cuai.

RECONCILIATION. Itu harapanku. Jujur. Aku sedih. Apabila setiap bait kata-kataku merupakan panahan-panahan berbisa kepada hawa. Aku jujur ingin katakan, aku tak reti memujuk tanpa melibatkan emosi dan perasaan aku. Jujur. Denganmu wahai kaum hawa, aku tak nak campurkan emosi dan perasaan aku. Aku tak akan campurkan dan aku akui, aku akan terus sakiti kalian. Aku belum mampu untuk memastikan kalian tidak berasa sakit dengan kata-kataku. Aku tidak tahu berkata-kata manis seperti lelaki-lelaki lain. Dan itu juga benteng aku untuk mengelakkan daripada kalian, wahai muslimat. Maafkan aku di atas kekurangan aku ini.

Maafkan aku sahabat. Wallahualam..

"Aku sedih...aku belum mampu berjiwa murabbi.."

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
18 Julai 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan