Sedikit komen yang dibaca dari satu 'post' di 'facebook' berkenaan buku ini. Ianya dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, jamaah IKRAM.
"Semuanya ini ada susur galurnya. Pernah baca tulisan Hisyam Soqr- iman & Harakah (Pengajaran Hadis Ghulam, Sahir dan Rahib). Syeikh Hisyam Saqr ini telah mempengaruhi ribuan pemuda ikhwan termasuk di Azhar sehingga mereka dipengaruhi. Akhirnya pimpinan ikhwan mesir meminggir/memecat hisyam saqr dari tanzim. Hisyam Saqr inilah menjadi rujukan qiyadah ISMA. Ketika Syeikh Jum'ah Amin Naib Mursyid Ikhwan dijemput oleh IKRAM. Pd masa yg sama ISMA menjemput Hisyam Saqr utk menandingi Naib mursyid Ikhwan. Syeikh Hamid el liwa' yg berada di Malaysia menceritakan betapa beliau telah berjumpa dgn pemuda-pemuda yg dipengaruhi oleh Hisyam Saqr (seorang demi seorang) utk memulihkan mereka dan kembali di dalam tanzim ikhwan , sebahagiannya dapat disedarkan. (Hadis Ghulam dan Sahir ini ditafsir dgn sewenangnya utk melukiskan gambaran yg dihadapi oleh golongan seumpama mereka)."Berkenaan dengan gerakan Islam bernama ISMA ini, ikut pengalaman, gerakan Islam ini agak serabut, tak jelas sangat gerak kerja mereka. Risau apabila para pengikutnya bertaklid semata. Tak dinafikan, ada sebahagian tenaga penggerak ISMA ini adalah baik. Tetapi kadang-kadang 'statement' dari qiyadah mereka meragukan dan selalu sangat menyelar gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang lain.
Hakikatnya sepanjang saya dikelilingi sahabat-sahabat dari gerakan Islam ini, mereka adalah baik. Dakwah yang mereka nak bawa adalah baik. Cumanya kadang-kadang ada sesetengah dari mereka yang tegar bersifat retorik. Maaf.
Hairan apabila kebanyakkan gerakan Islam lain bersatu tetapi ada pula yang mengasingkan diri mereka dari kesatuan itu. Hakikat yang perlu disedari, gerakan-gerakan Islam yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi semua tuntutan yang telah disyariatkan. Atas dasar itu, gerakan-gerakan Islam ini perlu saling bekerjasama antara mereka. Perlu untuk keselarasan pembahagian gerak kerja agar ianya berfokus. Namun apa yang mengecewakan apabila sesuatu gerakan Islam itu menjadi penambah onak dan duri kepada gerakan-gerakan Islam yang lain. Sekaligus, menjejaskan usaha gerak kerja dakwah itu dan juga gerak kerja dalam melaksanakan syariat. Andai kata mahu menjadi sekadar '3rd force' sekalipun, ia bukannya lesen untuk mengharuskan kritikan yang merugikan gerak kerja Islam itu sendiri. Segala pensyariatan yang hendak dilaksanakan mestilah ada proses-proses penerangan dan kefahaman atas sebab apa sesuatu pensyariatan itu perlu dilaksanakan. Andai kata proses penerangan itu pun ditambah dengan serangan-serangan dari gerakan Islam itu sendiri, ia adalah sesuatu yang merugikan. Sepatutnya kita membina '1st impression' yang baik kenapa pensyariatan terbabit perlu dilaksanakan, lantas ia membuka ruang untuk penerimaan.
Satu perkara lagi yang menarik dari perbincangan yang di'share' oleh akhi Afuza tadi, mengambil masa yang lama untuk membacanya (apatah lagi untuk cuba memahaminya). Cuma mungkin ada sedikit hujah itu telah diketahui sebelum ini, maka ia memudahkan. Hakikatnya panjang lagi perkara yang hendak dicoretkan. Berhenti seketika sebelum ianya menjadi lebih panas.
Persoalan: Apa kandungan buku ini sebenarnya hingga menyebabkan ramai yang terpengaruh? Dan kenapa qiyadah ISMA merujuknya pada awalnya? Banyak kisah-kisah sejarah tidak sampai 10-60 tahun lepas tidak habis diketahui.
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
W. P. Putrajaya
25 Ogos 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan