Muqadimah
Lama rasanya tak menaip dekat blog ni (rasanya kerap sangat cakap benda ini). Disebabkan ke'sibuk'an dan urusan lain lagi mungkin penyebab malas atau takde masa nak menaip. Irregular.. Itu yang mampu aku katakan (kejap saya kejap aku..). Akui...nak capai ke sepuluh per sepuluh Muwasofat Tarbiyah itu memang payah (dalam kes ini.. munadzomun fo syu'unihi iaitu urusan yang teratur, masih lagi kurang berjaya dalam diriku). Tetapi ia tidak bermakna usaha itu tiada sebaliknya sebagai seorang muslim, perlu kita lebih berusaha untuk memperbaiki diri kita and constantly applied what we learn in our daily practises.
Agaknya bila dah kerja dan kahwin macam mana pulak ye...? (^^,) |
Pada 1 Jun lepas, sejujurnya, aku (with Syahid, Mikael, Arrahum dan Taufiq - ini baru satu kereta, ada lagi 2 kereta tapi tak perlu kut semua) pergi ke satu program dekat Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kami sampai lewat sikit, kesian dekat Syahid yang nak sangat pergi kuliah UAI masa tu dek singgah menziarah rumah Aizat dan keluarganya yang spoting.
Habis sahaja berprogram di sana, kami sempat berjalan-jalan ke gerai-gerai (booth) yang dibuka sekitar stadium itu. Sampai di suatu sudut, agak (memang pun) penuh dengan gerai-gerai yang menjual buku-buku rujukan, haraki, perbincangan, soal jawab berkenaan dengan agama. "Wow!" bisikku dalam hati. Berbekalkan duit RM100+, aku membeli dua buah buku sahaja, kerana RM100 tu nak bayar hutang, lebihan dalam RM30 untuk perjalanan seterusnya. Pendek cerita beli dua buah pun sebab satu buku tu nak bagi dekat seorang muslimat semasa bergerak kerja dalam Fiesta Inspirasi Islam (takde apa2 ye. Sebab bagi dia pinjam satu buku, kebetulan dia kata nak beli buku tu jugak. Cari dekat Kedai Buku Syabab dekat PKNS Bangi, tak jumpa. Dah alang-alang jumpa dekat sana, beli je la untuk dia). Dan satu lagi buku sebagai 'cenderamata' di sana (based on experience jalan2 sebelum ni, cenderamata seperti key-chain dll cepat sangat rosak, baik beli buku atau penanda buku - 2 in 1 benefit..and maybe 3).
Isi Penting
Dari buku karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, 'Sehingga Para Pemuda Mengerti' (terjemah bahasa melayunya), yang diterjemahkan oleh para Al Ghuraba' dari Jundi Resources, amat menitik beratkan soal merealisaikan slogan yang sering kali kedengaran pada mulut para ahli harakah iaitu;
Isi Penting
Dari buku karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, 'Sehingga Para Pemuda Mengerti' (terjemah bahasa melayunya), yang diterjemahkan oleh para Al Ghuraba' dari Jundi Resources, amat menitik beratkan soal merealisaikan slogan yang sering kali kedengaran pada mulut para ahli harakah iaitu;
"Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, al Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah cita tertinggi kami."Slogan ini pada hakikatnya berat, ia mungkin tidak akan berinteraksi dengan hati oleh si penyebutnya dan apatah lagi sekiranya ia tidak meninggalkan kesan ke dalam jiwa si penyebutnya. Contoh terbaik mereka yang merealisasikan kata-kata atau slogan ini tidak lain adalah para ashab madrasah Rasulullah SAW (para sahabat). Apabila kesatuan diantara kata-kata dari mulut ini diterjemahkan dengan tindakan, sepadu dengan realiti kehidupannya, dengan izin Allah, akan tertegakknya kesatuan dan daulah Islamiyah (bak kata penulis...ia bukanlah perkara yang sukar bagi Allah SWT).
Mari kita soroti setiap satunya....
1.0 Syiar Pertama: Allah Matlamat Kami
1.1 Mengikhlaskan bagi Allah di dalam setiap percakapan dan perbuatan, setiap ibadah dan juga jihad
1.2 Beri'tikad di dalam lubuk hati bahawa syariat Allah itulah petunjuk, penyelamat, sempurna lagi kekal abadi
1.3 Berserah, penyerahan yang cukup sempurna kepada setiap arahan yang diperintahkan Allah SWT dan setiap larangan yang ditegahNya
1.4 Meyakini dari dasar hatimu bahawa Allah SWT adalah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan
1.5 Menjadikan redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai target dan matlamat hidup
2.0 Syiar Kedua: Rasulullah Ikutan Kami
2.1 Tauladan ibadat Rasulullah SAW
2.2 Tauladan sifat zuhud Rasulullah SAW
- Baginda ingin mengajarkan generasi Islam dengan sifat zuhudnya ini makna kasih sayang, pengorbanan dan mengutamakan orang lain
- Baginda ingin menjadi contoh kepada generasi Islam dengan hidup yang sederhana dan berpada-pada
- Baginda ingin memahamkan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati, golongan munafik, missionari dan musuh Islam yang lain, bahawa baginda tidak pernah berniat untuk mengumpulkan harta duniawi lebih daripada dakwah
2.3 Tauladan sifat tawadu' Rasulullah SAW
2.4 Tauladan sikap pemaaf Rasulullah SAW
2.5 Tauladan kekuatan tubuh badan Rasulullah SAW
2.6 Tauladan sifat keberanian Rasulullah SAW
2.7 Tauladan kepintaran baginda SAW dalam politik dan menguruskan perkara
2.8 Tauladan keteguhan baginda SAW dalam berprinsip
2.9 Tauladan kefasihan lidah dan adab-adab berbicara Nabi SAW
3.0 Syiar Ketiga: Al Quran Perlembagaan Kami
3.1 Ciri-ciri dan keistimewaan Al Quran sebagai perlembagaan umat Islam
- Rabbaniyah (Ketuhanan)
- Alamiyyah (Menyeluruh kepada seluruh alam)
- Syumul (Merangkumi setiap aspek kehidupan)
- Ata' wa tajaddud (Memberi manfaat dan kontemporari)
- Adlu mutlak (Keadilan yang mutlak)
4.0 Syiar Keempat: Jihad Jalan Kami
4.1 Untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi dan menghapuskan segala thagut yang menghadang di tengah-tengah jalan dakwah
4.2 Pada pandangan Islam ada beberapa jenis jihad iaitu:
- Jihad harta benda
- Jihad menyampaikan dakwah
- Jihad mengajar (ilmu dan hukum hakam Islam)
- Jihad politik
- Jihad berperang
5.0 Syiar Kelima: Mati Di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami
Semoga perkongsian dalam coretan yang sedikit ini memberi manfaat.
Assalamualaikum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan