Jumaat, 17 Februari 2012

Peta Hidup 1.0


"Saya menyesal kerana tidak didedahkan dengan semua ini sejak awal lagi. Jua, saya akan menyesal seandainya melepaskan hidayah dan kesedaran yang Allah berikan kepada saya ketika ini. Tidak timbul sebenarnya soalan apakah saya menyesal apabila turun ke medan dakwah ini. Jika dinilai daripada keduniaan, ya... orang akan nampak saya terlalu banyak alami kerugian. Tetapi, apabila mengenangkan akhirat, saya tidak akan berundur kembali"
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : "Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya : "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu? " Allah berfirman : "Sesungguhnya, Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : ayat 30)

Da'ie tidak akan berpatah balik..
Da'ie tidak gentar dengan musuh..
Kerana Allah ada bersama kita..
Biar sengsara di dunia...
Allah menjanjikan kebahagian di akhirat..

Da'ie tidak akan berpatah balik..Da'ie tidak gentar dengan musuh..Kerana Allah ada bersama kita..Biar sengsara di dunia...Allah menjanjikan kebahagian di akhirat..
Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t..

Kata-kata di atas diambli dari seorang adik, saya percaya juga dari Kolej Matrikulasi Melaka dalam satu group facebook. Sekadar perkongsian kepada sahabat-sahabat.


[Situasi semasa]
- ditemani adik lelaki (dah tidur atas katil ini)
- menghadap tingkap, diluar nampak tenang, tidak hujan, sekadar bunyi cengkerik
- sambil cuba belajar menggunakan Sistem Pembangunan Insaniah


(berguru dengan Izati Othman dalam TEAM ESMA 12")


- di aluni bacaan Surah Al Kahfi, oleh Mishary Rashid Alafasy


- sambil mendengar sesuatu proses penghasilan ATP (Adenosine TriPhosphate) dalam bentuk makanan didapur
- sambil tersenyum kepuasan melihat orkid (baru beberapa hari salin dalam pasu tanah liat kecil dari induk asal) di atas meja yang segar menghijau. Tapi meja berselerak dengan buku, pen dan sebagainya.

.....

[HADIS 4: TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA KETENTUAN KESUDAHANNYA]

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW yang jujur, benar lagi dibenarkan telah bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian mejadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menulis empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, dia pun masuk ke dalam syurga."

(Riwayat al-Bukhari no. 3208 dan Muslim no. 2643 (1))

Mudahnya ada buku Hadis 40 Imam Nawawi dari Telaga Biru. Berserta huraian pencerahan dari intisari hadis tersebut oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Zakaria.


Memahami diri ini tidak berautoriti dalam membicarakan mengenai hadis, cuma ingin 'related'kan huraian hadis dalam buku ini dengan perkara yang akan dikatakan kemudian.

[Daripada buku terbitan Telaga Biru ini (ms25)] 
Kalimah Tiga 
Kalimah "Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli syurga..." secara jelasnya menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu kurang daripada satu hasta. 
Malangnya dia terhalang untuk memasuki syurga kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka. 
Akan tetapi, apabila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah hadis yang bermaksud: "Segala amal perbuatan itu perhitungannya bergantung pada amal terakhirnya." 

 .....


4 perkara telah ditetapkan kepada setiap hamba Allah iaitu:

1. Rezeki
2. Ajal
3. Amal perbuatan
4. Sengsara atau bahagia

Video ini menjadi fokus perbicaraan, agak geli hati apabila menonton video ini, antara pelakonnya merupakan insan yang agak rapat juga di alam kampus. Semasa sedang menaip post ini, mungkin saya telah dipengaruhi oleh post sahabat-sahabat samada di facebook mahupun di blog masing-masing. Semuanya tidak lari dari membincangkan soal perkahwinan.



Sebelum ini saya belajar, Fardhi Muslim>>Baitul Muslim>>Masyarakat Muslim>>Daulah Islamiyah>>Khilafah Islamiyah.

Jadi hendak dikata disini sebelum menempuh alam baitul muslim ini perkara pertama wajib diketahui, difahami oleh mereka yang bakal mendirikan rumah tangga adalah 'asas pembinaan insan' itu sendiri. Asas pembinaan fardhi muslim ini merangkumi soal aqidah, ibadah dan akhlak. Wow!

Merujuk kepada 'Manual Pasangan Suami Isteri Bahagia' keluaran Tasnif Publications (jangan tanya dari mana saya dapat), sebelum menerjah ke perkara atau soal seperti hubungan dalam keluarga, komunikasi, pengurusan dan sebagainya, perlunya bagi seseorang individu itu berusaha untuk menguasai 'basic' komponen-komponen Islam; aqidah (Islam, Iman, Ihsan), ibadah dan akhlak. More you study about it and do more practical with the knowledge you got, more you are closer to Allah SWT. Masha Allah~ Tabarakallah~


[APA PERANAN AQIDAH DALAM RUMAH TANGGA??]

1. Merupakan benteng apabila menghadapi masalah (subjektif sangat kalau nak dibicara soal masalah)
2. Membina pergaulan baik diantara suami isteri (boleh tengok contoh-contohnya dalam video di atas)
3. Menjadi asas kepada pengurusan keluarga (mendidik isteri, anak dalam menghayati hidup bersyariat-pokoknya)
4. Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap keluarga
5. Menjana semangat untuk terus berusaha
6. Melahirkan rasa syukur dan qana'ah dalam kehidupan

[APAKAH PERANAN IBADAH DALAM RUMAH TANGGA??]


Perlu sedia maklum ibadah dari segi bahasa bermaksud merendah diri serta tunduk. Dari segi istilah ialah satu pengabdian yang dilakukan dengan cara tunduk dan merendahkan diri, dilakukan dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT menurut cara yang ditentukan oleh syarak. Pembahagian ibadah ada dua (umum dan khusus). Peranan ibadah dalam rumah tangga adalah:

(individu)
1. Untuk menguatkan iman
2. Untuk mengawal diri
3. Pemangkin untuk menguatkan rohani
4. Mendapat rahmat dari Allah SWT
5. Menjana pembentukan akhlak mulia...(^_^)

(keluarga)
1. Membawa rahmah dari Allah SWT
2. Membina kasih sayang
3. Memperoleh ketenangan
4. Menghindarkan diri dari melakukan maksiat
5. Membina disiplin dan akhlak mulia
6. Menjadikan keluarga bahagia~



[Jodoh dan Takdir]

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk ku luahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
Tidak ku harap yang hartawan
Bukan jua kerana kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerana paksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan

.:GharibItuIndah:.
3.34am, 17 Februari 2012
Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya

p/s:
1. Penulisan di atas adalah sekadar refleksi penulis

2. Kualiti penulisan terganggu atas beberapa faktor tertentu (penulisan yang tidak berterusan, input-process-output yang berbeza pada waktu-waktu yang berbeza)

3. Hari ini hari Jumaat, surah al kahfi jom!

4. Penulis kadang-kadang bila hendak menaip penulisan ini, agak terganggu dengan memori-memori silam. Selalu kita lihat daripada keburukan, seseorang insan itu menjadi seorang yang baik. Jarang sekali kita melihat sesuatu yang vice versa. Penulis mengharapkan doa semoga bukanlah menjadi 'orang yang jarang' itu.

5. Bila bicara soal 'status', ramai salah anggap. "I'm already someone's else husband. But I'm not find my bride yet. It's already written."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan