Jumaat, 17 Februari 2012

Penyakit Hati Di Jalan Dakwah 1.0

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat kebaikan." (Al A'raf: 56)
Daripada Abu Abdullah an-Nu'man bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (itu pun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat) perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat, (maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat, dia akan jatuh kepada perkara yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya. Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bismillah walhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t...

Entah kenapa tangan ini, hati ini sentiasa ingin menaip. Rindu agaknya. Bayangan kata-kata guruku, Pn Fauziah, di Sekolah Menengan Sains Teluk Intan (fakta: 100hari sahaja di sekolah itu),

"Cikgu dulu pun pernah hadapi ujian dari Allah, menghadapi kerenah keluarga yang penuh asam garam. Jujur, memang cikgu rasa tertekan. Daripada cikgu menzahirkannya dalam bentuk perbuatan, cikgu terjemahkannya dalam bentuk penulisan. Sampai sekarang, cikgu suka menulis..."

Ya Allah, Engkau berilah rahmat kepada guruku ini...

[Situasi semasa]
- sunyi dirumah, pergi kerja dan sekolah
- diluar tingkap, nampak agar berjerebu, ke kabus sebenarnya?
- satu jam lagi sebelum bertolak (ada temu janji bersama sahabat)
- rupanya semalam mak buat kek...lapis (kut... die kek, tapi bukan macam kek lapis sarawak atau kuih lapis, cuma bercorak-corak bila kita potong kek tu) dan puding. Kata mak, nak bawa ke office.
- cuba menghayati apa yang terlintas difikiran; "kuatkan perasaan takut kepada Allah SWT apabila kita berada dalam keadaan sihat dan kuatkan perasaan berharap apabila kita berada dalam keadaan sakit atau terdesak." (Ya! Aku dalam keadaan terdesak. Ampunkanlah aku, Ya Allah kerana tidak menjadi hambaMu yang baik)

[PENYAKIT HATI DI JALAN DAKWAH]

1. 'Ujub (Kagum Dengan Diri Sendiri)

"Katakanlah (Muhammad), "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung."
(Al Maidah: 100)

Kebanyakkan penyakit-penyakit hati bermula dengan 'ujub. Bila tak dikawal boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain. Jika tidak dapat dikawal, maka ia boleh jadi ghurur.

2. 'Urur (Terpedaya Dengan Diri Sendiri)

"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka."
(An Nisa': 120)


Membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Tak dikawal boleh membawa kepada takbur.

3. Takbur (Pandang Rendah atau Hina Pada Orang Lain)

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir."
(Al Baqarah: 34)


Mulalah untuk menghina orang lain.

4. Riak

"yang berbuat riak, dan yang enggan (memberikan) bantuan."
(Al Ma'un: 6-7)



Melakukan perbuatan kebaikan tidak untuk mencari keredhaan Allah sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk kelebihan diri demi mendapat perhatian dan kekaguman orang lain.

5. Sum'ah

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfaqkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi, Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dan apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."
(Al Baqarah: 264)


Masa buat kebaikan dia ikhlas, tetapi lepas itu dia sebut-sebut (memperdengarkan) apa kebaikan yang telah dilakukannya.

6. Su'u al-Dzhon (Prasangka Buruk)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubah, Maha Penyayang."
(Al Hujurat: 12)



Boleh merosakkan ukhwah. Oleh yang demikian;
1. Jangan timbulkan prasangka dalam diri orang lain
2. Jangan prasangka terhadap orang lain
3. Jangan cepat percaya cerita prasangka tanpa siasat

7. Futur

"Dan milikNya siapa yang dilangit dan dibumi. Dan (malaikat-malaikat) yang disisiNya, tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembahnNya dan tidak (pula) merasa letih. Mereka (malaikat-malaikat) bertasbih tidak henti-henti malam dan siang."
(Al Anbiya': 19-20)



Bahasa matematik mudah;

Bermalas-malasan dalam berdakwah>>>(menyebabkan)>>>gerak kerja dakwah diperlahankan>>>(menyebabkan)>>>gerak kerja dakwah berhenti.


.:GharibItuIndah:.
9.58 am, 17 Februari 2012
Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya

p/s:
1. Akan bersambung...


2. Tarbiyah itu satu proses ilmu dari Allah SWT


3. Bagaimana mendapatkan keampunan daripada dosa yang telah dilakukan?
- Berdoalah dengan diiringi harapan agar dimakbulkan
- Fokus serta konsentrasi ketika meminta doa
- Ketaatan yang sungguh-sungguh kepada Allah SWT
- Penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan
- Tidak terburu-buru mengharapkan doa segera dimakbulkan Allah SWT
- Makanlah rezeki yang halal (^_^)

4. Allah! Allah! Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan