Khamis, 16 Februari 2012

[Muhasabah 1.0]

Bismillahi walhamdulillah...

Agak lama juga tidak menjadikan post di laman blog sebagai satu dairi hidupku. Hari ini entah kenapa teringin menaip sesuatu. Kemungkinan pemangkin itu pelbagai. Sambil ditemani adikku, Abdul Hakim Fiqri Bin Abd Hafidz, yang semakin kerap tidur dikamarku. Aku memahami niatnya. Ada kalanya aku ingin bertegas dengan berkata 'tidak', tapi hendak juga aku berlembut dengannya. Dia merupakan salah seorang adikku. Mengistimewakannya dari adik-adikku yang lain, dia adalah adikku yang bongsu dan merupakan satu-satunya anak lelaki kepada kedua bonda dan ayahandaku selepas aku. Istimewanya dia kepadaku kerana dialah adik lelakiku yang pertama sejak 14 tahun aku dilahirkan ke dunia.

[gambar diambil 8 November 2011, Alamanda Putrajaya]

Sambil diiringi 'Binnabil Huda' dari blog http://singgahsahur.blogspot.com/,
sambil berbicara sesama sahabat-sahabat Kelab Perkim UKM (siri soal jawab dan penyiasatan ala-ala Detective Conan menjejaki kembali laporan program, belanja MFC, cerita Princess Atsu di TV AlHijrah, Syria...berat nak cerita disini),
sambil ditiupi angin dari luar, dibasahi air dari langit,
sambil merintih harap kepada Illahi agar dipermudahkan perjalanan dikemudian hari, jalan-jalan sebelum menghadapi kiamat kecil, mendiami sementara di liang lahad hingga dihimpunkan di Padang Masyar.

Hari-hari berlalu, fokusku kali ini adalah sepanjang perjalanan cutiku. Allah...
Adakah ia sesuatu yang menarik untuk dibicarakan?
Adakah ia boleh memberikan kebaikan kepada yang membaca?
Apakah tahap imanku?
Apakah nilai ikhlas pada pandanganku?

Sepanjang hari cuti, rasa seronok dapat mengembara berseorangan. Baru terasa asing di tempat yang asing. Tetapi seronok lagi apabila bersama sahabat-sahabat.
Pengembaraan bermula dengan mengikuti persatuan mahasiswa fakulti ke Nur Bukit Unggul.




Banyak kenangan ketika itu, persoalan-persoalan yang kadang kala aku tidak mampu untuk menjawabnya dengan jujur. Kadang-kadang, tapisan itu perlu agar tidak disalah tafsir. Lantas, berdiam diri adalah satu resolusi yang terbaik.

Perjalanan seminggu dua selepas itu lebih menumpukan kepada 'markas tarbiyah'ku yang pertama. Kembalinya aku ke sana mengimbau memori-memori silam. Kadang kala aku berfikir sendirian, apabila tiba suatu permasalah, kenapa dahulu tidakku ambil tindakan itu? Kenapa itu pilihanku? Kenapa aku mengikuti pilihan ini akhirnya?









Lantas, singgahan memori silam diintegrasikan dengan konflik semasa ketika aku disana, mungkin membuatku ragu-ragu dengan keputusanku. Namun, aku suka konflik itu. Konflik yang kritikal, membuatkan pemikiran kita bertambah kritikal untuk mencernakan dan melaksanakan 'counter-measure' yang bertepatan dengan keadaan itu. Itulah pilihan aku. Dan aku yakin, aku perlukan ia dijadikan satu pengajaran. Kerana, semasa aku hendak menempuhi konflik itu, aku tiada panduan atau manual khusus 'bagaimana hendak aku hadapi konflik ini?' Maka ijtihad peringkat diriku ketika itu, "maka tempuhilah apa kiranya permasalah berlaku, dengan ilmu yang telah diberikan Allah melalui pelbagai perantaraannya, hadapilah. Yakinlah kepada Allah SWT kebaikan itu datang dariNya dan kelemahan itu datangnya dari diriku. Sungguh...bukan aku meringankan amanah itu. Semoga wujudnya manual yang mantap dalam menghadapi konflik itu.

Dalam perjalananku, kadang kala terlintas dalam fikiran akan suatu tempat dimana aku mula mempelajari Islam dari seorang guru yang tidak terikat dengan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempat di mana aku mula mengenali insan yang memberi kuliah ini,

[Kelibat sahabatku, Almeseiry dihadapan Ustaz Zul, aku bersebelahan dengan Rahman]


http://www.youtube.com/watch?v=5Q4G8KA2-VU&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=hUb4NSaBqyk&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=31eBsYDSgj8&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=_7e8exZUu2c&list=UU2gLreCan_O-ElqNlXqBuOw&index=12&feature=plcp

http://www.youtube.com/watch?v=4lFaWhiZJbc&list=UU2gLreCan_O-ElqNlXqBuOw&index=11&feature=plcp

dan aku teringin lagi....

Tarbiyah sejak kecil oleh nendaku, allahyarham Hj A Rahim Bin Hj Rais dan allahyarhamah Hjh Yang Bt Hj Jamil mengisi hidupku sehingga kini. Walaupun pernah aku cuba meninggalkannya, namun ia masih dekat dihatiku. Mungkin tidak setanding seperti saqafah sahabat-sahabatku yang lain. Aku cuba menambah pemahaman dan meningkatkan praktikaliti itu.

Hari-hariku sehingga kini banyak berjalan, ke sana, ke mari mencari pengertian kewujudan diri ini sebagai abdi kepada pencipta. Tanggungjawabnya. Hak-haknya. Sekelilingnya.

Dengan bermodalkan baucar yang ku yakini pemberinya memiliki agenda (ayahku sendiri memberi 'hint'), ku manfaatkan sebaiknya. Berbondong-bondong naskah ku bawa pulang. Bersama adikku, Nurul Jannah Bt Abd Hafidz, kami manfaatkan untuk kepentingan adik-adik (walaupun mereka juga menerima intensif tidak seberapa-syukur juga menerimanya) yang bakal menduduki PMR dan SPM pada tahun 2012 ini. Lebihannya adalah untuk diri kami sendiri. Si kakak membeli bahan bacaan bersifatkan keprofesionalan sesuai dengan pengajiannya, si abang pula koleksi bahan rujukan agama yang jauh sekali tidak menyentuh soal radiation. Keperluan (baginya) dalam menempuh alam yang serba mencabar aqidah. Dan dengan koleksi-koleksi ini, semakin dekatlah impianku untuk memiliki bilik perpustakaanku sendiri semasa membina baitul muslim apabila menempuhi lautan ancaman dengan berbahterakan ilmu yang bermanfaat dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Hari-hariku tidak lekang dengan membaca kertas-kertas kerja, nota-nota kuliah dasar, Solusi, bahan dakwah di facebook dan internet, laporan-laporan aktiviti berpersatuan dan sebagainya, kamus-kamus dan tidak ketinggalan, penyebar agenda paling berpengaruh, surat khabar.




[and many more..]

 [Strategi Barat Mengekang Islam (Kajian Laporan Yayasan RAND 2007)]
-Dr. Basem Khafaji

Ia membuatkan ku tercipta satu quote, "sebanyak mana buku walau dapat ku habis seharian (tak semua habis), berapa kalikah kita berjaya khatamkan Al Huda, Al Rahmah, Al Furqan, Asy Syifa', Ar Ruh, An Nuur  .. Al Quran Al Karim..

(^_^)
Jika kita hendak mendapatkan kebaikan kepada diri kita, hendaklah kita melakukan kebaikan juga sahabat...

Hobi lainku, alhamdulillah, sudah menghijau laman rumah bonda dan ayahandaku. Walaupun tidak sempurna, aku mengharapkan doa dari kalian. Usahaku tidak akan pernah sempurna untuk membalas jasa kalian. Sebab itu akanku cuba untuk berusaha lagi. Sesungguhnya anakmu ini selalu derhaka kepada kalian. Ampunkanlah.. Ya Allah, tempatkanlah kedua ibubapaku ke dalam syurgaMu. Ampunilah segala dosa mereka. Kerana mereka, aku dilahirkan ke dunia ini untuk mengagongkan diriMu, Ya Allah. Untuk meletakkan Islam itu ditempat tertinggi, Ya Allah. Harapanku semoga aku tidak digantikan dan aku sentiasa 'tetap' dalam jalan ini.

Setiap makhlukNya sentiasa memuji-muji sang Pencipta. Kenapa tidak aku berbakti kepada makhluknya juga, agar setiap siraman, bajaan, salinan dari pasu-ke-pasu yang lain merintis doa si makhluk untuk memohon kebaikan kepada diriku?

Allah... Rahmatilah dan beri petunjuk kepadaku dalam menghadapi hidup ini..

[Ungu - Para PencariMu]

PARA PENCARIMU

Menjalani hitam putih hidupku membuatku mengerti
Arti hadirMu dalam setiap langkah-langkahku berarti

Melewati setiap detik waktuku bersama takdirMu
Membuatku mengerti hanyalah padaMu ku kembali
[Ku bersujud kepadaMu memohon ampunanMu
Adakah jalan untukku tuk kembali padaMu?

Akulah para pencariMu Ya Allah
Akulah yang merindukanMu Ya Rabbi

Tunjukkan ku jalan yang lurus
tuk ku tambatkan langkahku

Akulah para pencariMu Ya Allah
Akulah yang merindukanMu Ya Rabbi

Hanya tanganMu Ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku]

.:GharibItuIndah:.
3.12 am, 16 Februari 2012
Presint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya

p/s:
1. Semoga sahabat memberikan sedekah kepada abahya penulis (bapa saudara @ abang ipar bondaku @ suami arwah kakak bondaku) yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari yang lepas. Semoga ruhnya tenang menemui Illahi. Ameen.


2. Gambar buku-buku yang sedang dicari...dengan 'limited source of money'.









dan banyak lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan