Siapalah kita tanpa keluarga yang menjadi acuan kepada didikan dan cara hidup Islam?
Siapalah kita tanpa sahabat yang menjadi cermin diri ke arah kebaikan?
Siapalah kita tanpa guru-guru yang menyuluh dan membimbing ke arah kecemerlangan?
Siapalah kita tanpa taufiq, hidayah, rahmat dan keberkatan daripadaNya?

Tuesday, 28 February 2012

Generasi Yang Kuat dan Mulia (Pemuda Islam Yang Dijanjikan)

"Sesiapa yang menghendaki kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah) kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka akan hancur."
(Al Fatir: 10)


"Aku, sekiranya aku hidup, aku bukanlah hidup tidak berezeki,
Andainya aku mati, aku bukanlah mati tidak berkubur!
Hemah aku adalah seperti hemah para raja, sedang jiwaku..
Adalah jiwa yang merdeka, ia melihat kehinaan itu sebagai satu kekufuran!

Apabila aku telahpun berpada dengan makanan seumur hidupku,
MAKA KENAPAKAH AKU PERLU TAKUT KEPADA MEREKA SELAIN ALLAH SWT!!

ALLAHU AKHBAR!!"

0 comments:

Post a Comment