STPD 2013 Sejarah Dan Falsafah Sains:
Sains Tak Perlu Kepada Agama?
Pensyarah
ROZIDAWATI BINTI AWANG
WAN FUAD @ TUAH BIN WAN HASSAN
WAN MOHD AIMRAN BIN WAN MOHD KAMIL
MOHD. YUSOF BIN HJ. OTHMAN
BAHARUDIN BIN YATIM
Nama
Muhammad A’asry Bin Muhammad
A134174
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
A134245
1.0 PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kertas kerja ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka. Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua kami yang telah mendidik dan mengasuh kami dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t.
Seterusnya kepada semua para asatizah dan guru-guru yang pernah dan yang masih mengajar kami. Kepada Wan Mohd Aimran Bin Wan Mohd Kamil, koordinator yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada kami untuk meneruskan usaha menyudahkan kertas kerja ini.
Seterusnya kepada sekalian rakan-rakan dan teman yang telah membantu menjayakan kertas kerja ini. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Kegiatan sains telah dilakukan oleh manusia semenjak dahulu lagi seperti yang terdapat dalam Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun China dan sebagainya. Tamadun Islam telah belajar daripada tamadun silam seperti Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun Parsi dan Tamadun China, menambah dengan karya-karya mereka sendiri dan juga melakukan inovasi sehingga berjaya muncul sebagai peneraju sains selama 700 tahun lamanya (diantara 700 hingga 1400 tahun Masihi). Kemerosotan sains dalam Tamadun Islam disusuli oleh kemunculan Tamadun Barat moden telah mengubah keadaan manusia sejagat di mana perubahan yang berlaku kepada tamadun kebendaan manusia selama 200 tahun semenjak revolusi industri hingga sekarang terlalu besar, menghasilkan pelbagai ciptaan dan teknologi baru sehingga manusia dapat menerobosi langit yang jauh dan menerokai alam dan manusia juga belum pernah berlaku sebelum ini.
Kebimbangan manusia kepada kemusnahan alam sekitar dapat dilihat di dalam Deklarasi Montreal, Rio dan juga Protokol Kyoto. Kejayaan manusia membina tamadun kebendaan yang begitu hebat sekali diumpamakan oleh Roger Garaudy @ Rija’ Garaudy, seorang ahli falsafah Perancis sebagai menggali kubur sendiri (Garaudy R. 1966).
3.0 OBJEKTIF
5.1 Membudayakan ilmu sains berlandaskan konsep ketuhanan.
5.3 Melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan, berkepimpinan dan mempunyai jati diri yang unggul.
4.0 METOD KAJIAN
4.1 Buku, artikel dll
4.2 Internet
5.0 KANDUNGAN
5.1 Sekularisasi Sains dan Teknologi
5.1.1 Pengenalan
Kemunculan peradaban bandar dan keruntuhan agama tradisi disifatkan sebagai dua ‘mercutanda’ zaman moden yang amat berkaitan antara satu sama lain. Urbanisasi adalah satu proses perubahan dalam tatacara manusia hidup bersama sebagai masyarakat dan ini terjadi dengan pencapaian-pencapaian manusia dalam bidang sains dan teknologi, yang mana ia bertitik tolak dari kemusnahan pandangan-pandangan hidup tradisional. Menurut Harvey Cox, sekularisasi sebagi pembebasan manusia pertama-tamanya daripada agama dan kemudiannya daripada kawalan metafizik ke atas akal-budi dan bahasanya. Ianya bukan bertujuan untuk menghukum agama sebaliknya melangkaui dan memintas agama dengan menghadkan ia sebagai sesuatu yang bersifat peribadi. Yang mana sekularisasi menerangkan keadaan manusia bergerak ke arah kematangan dan menghuraikan konteks dimana proses itu berlaku.
Tiga elemen penting yang menjadi asas kepada sekularisasi adalah:
- ‘disenchantment of nature’
- Yang mana ia dihuraikan sebagai penyediaan alam tabi’i menjadi pentas yang mutlak untuk pembangunan disiplin sains tabi’i
- ‘desacralization of politics’
- Membuang unsur-unsur atau menyingkirkan pentauliahan kerohanian dari wibawa politik
- ‘doconsecration of values’
- Penghapusan makna rohani dari nilai-nilai yang terdapat dalam fikiran dan kelakuan insan
5.1.2 Isu-isu Etika Dalam Sains dan Teknologi
Isu etika seringkali menjadi tajuk perdebatan antara golongan saintis dengan golongan agama mahupun budayawan. Manusia sebagai makhluk social hidup dalam aturan susila dan sentiasa beraktiviti. Sains dan teknologi adalah hasil aktiviti manusia yang tidak terlepas daripada isu etika.
Etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘ethico’ iaitu moral. Secara definisinya, etika disini bermain pada persoalan moral yang bermaksud persoalan praktikal yang berkaitan dengan betul atau salah, benar atau tidak. Pertimbangan moral seseorang sebahagiannya bergantung kepada suasana atau keadaan ia dibesarkan, system social atau kelas ia hidup atau agama yang dianutinya.
Etika umumnya mengkaji tiga persoalan utama manusia iaitu:
- ‘Apakah kebaikan dan keburukan?’,
- ‘Apakah criteria untuk mengukur baik atau buruk?’ dan
- ‘Persoalan motif atau niat di sebalik tingkah laku manusia?’
Etika pada pandangan pemikir dan aliran falsafah barat ialah kebaikan berkisar pada ilmu, kebahagiaan, kesempurnaan, keseronokan yang diingini oleh manusia.
5.1.3 Isu sejarah sekularisme dalam sains dan teknologi
Isu ini timbul apabila Barat terkongkong dalam persepakatan Gereja hingga bertindak memisahkan antara gereja dan agama. Pada zaman pertengahan ketamadunan Islam, wujud interaksi antara Barat dengan tamadun Islam. Barat melihat orang Islam menggunakan kebebasan akal untuk maju. Oleh kerana itu, Barat terima hakikat keunggulan akal dan cuba memisahkan hakikat akal dengan agama. Maka lahirlah tokoh ilmuan Barat seperti Copernicus dan Galilio Galili dan pengaruh mereka telah melahirkan suatu revolusi pemikiran pada dunia Barat.
Sekularisme sains ini ditegaskan bahawa sains itu hanya ilmu yang berasaskan kajian emperikal bukannya kerohanian. Hakikatnya ia bermatlamat bahawa sains dan teknologi ini tertakluk kepada akal budi manusia sahaja.
Aliran Empirikal
Meletakkan ukuran kemajuan atas sesuatu yang bersifat fizikal atau material yang boleh dibuat ujikaji.
- Hidup manusia hanya tertumpu pada kebendaan.
- Hal kerohanian dan ketuhanan di luar bidang kajian kerana sukar dibuktikan.
5.1.4 Isu penyalahgunaan Etika Dalam Sains dan Teknologi
Pengklonan dan Kejuruteraan Genetik
· Tujuannya adalah bagi menghasilkan produktiviti pertanian dan penternakan, perindustrian dan perubatan. Pelopor awal adalah dari ahli embriologi Scotland – Ian Wilmut – yang menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly.
· Ia menular kepada pengklonan manusia – yang mana ia melanggar fitrah manusia. Antara kesan buruk pengklonan manusia:
o Masalah hokum kekeluargaan
o Hubungan psikologi
o Pertimbangan moral
o Pertimbangan keamanan dan keselamatan
o Membazir dana dan kewangan
· “Pengklonan manusia haram dan perlu dihalang dengan apa cara sekalipun. Ia menjadikan manusia yang asalnya sebagai hamba yang dimuliakan disisi Allah, terhina apabila dijadikan objek penyelidikan yang akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan” ~ Majlis Fatwa al-Azhar
Penyalahgunaan IT
· Pemalsuan kos keselamatan
· Merompak institusi kewangan
· Terbitan bahan lucah
· Sebar fitnah dan virus melalui internet
· Budaya meng’hack’ akaun
Perlumbaan Senjata
· Dengan menghasilkan senjata yang tercanggih dan member kesan yang menggerunkan. Menyebabkan ia memusnahkan manusia dan alam sekaligus dan memberi kesan jangka masa panjang. Contoh; Bom Atom, Teknologi Nuklear, senjata biologi, senjata kimia
Racun kimia, pembangunan tidak terkawal
· Menyebabkan banjir dan lain-lain bencana alam. Ia juga menyebabkan isu kerosakan dan kepupusan flora dan fauna – jejas keseimbangan ekologi selain member kesan buruk pada kesihatan dan kehidupan manusia.
5.2 Sains Perlu Kepada Ketuhanan
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, tapi kita harus sedar akan keterbatasan kemampuan akal manusia yang dikurniakan Allah. Terdapat pelbagai perkara di dunia yang kita tidak mampu perjelaskan atau huraikan dan itu semua terangkum dalam kekuasaan Allah untuk memperlihatkan kuasaNya yang tidak ada tolok bandingnya kepada hamba-hambaNya. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam Islam, wahyu melangkaui akal kerana wahyu itu datang dariNya manakala sains pula hadir dari pengamatan, pemerhatian dan ilham yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa jua kesimpulan yang dibuat yang selari dengan syarak, boleh diterima, manakala yang bertentangan dengan syarak harus ditolak agar tidak berlaku kesalahfahaman terhadap ajaran islam yang merupakan Kalamullah. Perkara ini dapat dilihat dalam surah Al-Jathiyah ayat 20 yang bermaksud;
“Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”
Syariat akan mencantikkan sains yang terhasil. Sains itu sebenarnya memiliki dua sisi bergantung kepada penggunanya. Dengan menggunakan pisau sebagai contoh, sebilah pisau biasa digunakan untuk urusan harian di dapur, namun pada suatu hari rumah tersebut dipecah masuk perompak yang menggunakan pisau tersebut untuk membunuh tuan rumah. Realitinya sains harus digunakan oleh orang yang betul di jalan yang betul. ADIL. Jika dilihat definasi adil itu sendiri ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Mana mungkin kita berlaku tidak adil dengan memisahkan sains dari agama bak kata Albert Einstein “Science without religion is blind, Religion without science is lame”. Orang yang betul pula harus diasuh dan diterapkan dengan pendidikan berteraskan agama agar tidak melanggar syariat dan hanya berteraskan nafsu yang ingin mengejar nikmat dunia semata-mata. Jadi kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud,
“Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah)
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism dan ini telah ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999. Mereka rasakan bahawa sains harus dipisahkan dari agama agar daya kreativiti mereka tidak terbatas oleh limitasi dalam agama walhal agama itulah yang akan membentuk penemuan sains yang menakjubkan.
Barat dilihat terlalu taksub dengan sains kerana pada mereka sains mampu membawa mereka jauh merentasi keajaiban alam yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka selama ini. Mereka ingin mengorak langkah melintasi sempadan manusia itu sendiri setelah mereka mampu meleperkan gunung-ganang, mampu mengalihkan aliran sungai dan sebagainya. Sayangnya mereka gagal menemui kebesaran Allah disebalik ciptaanNya tetapi sebaliknya yang ditemui hanyalah rasa megah dan khayal akan nikmat duniawi yang kononnya tiada sempadan. Pada mereka pencapaian ilmu sains itu haruslah bersifat material dan bukannya nilai-nilai yang terhasil contohnya Tauhid kepada Allah.
Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia.
Pada ayat-ayat al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil.
Matlamat jangka panjang sains itu sendiri ialah untuk mengagungkan dan membesarkan Allah. Jika kita merujuk Al-Qur’an dan memikirkan proses penciptaan manusia kita akan terkejut dengan kebenaran yang dipamerkan didalamnya. Hal ini terpamer dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud;
“Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah(percampuran air mani) itu alaqah(segumpal darah). Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah(seketul daging). Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.”
Dr. KeithL. Moore ialah seorang profesor dalam bidang Anatomi di Universiti Toronto, kanada. Beliau pemah dianugerahkan dengan J.C.B. Grant Award pada tahun 1984, dan telah menulis lebih kurang 150 artikel dalam bidang anatomi dan embriologi. Dalam buku The Developing Human: Clinically Oriented Embryology, beliau menyatakan kekaguman beliau dengan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang ilmu embriologi. Dalam pendahuluan bukunya The Developing Human: Clinically Oriented Embryology (Third Edition) ini, beliau berkata, "Selama tiga tahun saya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Embriologi di Universiti Abdul Aziz Jeddah, untuk membantu mereka menginterpretasikan ayat-ayat Quran dan Hadis yang berkaitan dengan kejadian manusia dalam rahim. Saya amat kagum dengan ketepatan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan pada abad ketujuh Masihi ini dibandingkan dengan penemuan ¬penemuan semasa, sedangkan ketika itu bidang sains embriologi masih belum wujud. Selama ini saya tidak pemah tahu isi-isi yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah."
Ketika membentangkan kertas kerjanya di Kaherah berhubung dengan embriologi dan Al-Quran, beliau berkata: "Saya berasa amat gembira kerana berpeluang terlibat dengan usaha untuk menjelaskan maksud ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan pertumbuhan manusia. Bagi saya, kenyataan-kenyataan ini menunjukkan ia datang daripada Tuhan disebabkan ilmu ini tidak diketahui hingga beberapa abad Selepas itu. Ini membuktikan, Muhammad adalah seorang Utusan Tuhan."
Sains juga seharusnya membawa seseorang lebih dekat dengan tuhan. Pelbagai insiden telah dihadapi oleh para saintis barat dalam mencari kebenaran yang akhirnya membawa mereka kepada agama yang satu iaitu Islam. Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut, dan beliau merupakan seorang yang berrfokuskan didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh al-Quran.
Jacues Yves Cousteau telah mendapati bahawa bahawa terdapat kesan-kesan Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.
Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya:
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya“
[Surah Al-Furqan : 53].
“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui”
[Surah An-Naml : 61]
“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”
[Surah al-Rahman : 9:20]
Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi yakin akan kebenaran al-Quran, lantas memeluk agama Islam.
5.3 Sejauh Manakah Sempadan Sains?
Persoalan yang timbul sekarang ialah di manakah sempadan sains itu sendiri? Ketika manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan yang bersifat material , mereka cuba untuk meninggalkan agama dan seterusnya cuba mengambilalih peranan Tuhan. Jika dilihat sekarang saintis semakin rancak untuk mencari jalan melalui penyelidikan untuk mengatasi limitasi keupayaan manusia. Namun sejauh manakah terbukti keberkesanan penemuan mereka itu?
Pemanasan global telah menjadi isu yang merisaukan para saintis kebelakangan ini. Menurut Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang telah lama memantau dan membuat kajian mengenai pemanasan global, suhu dunia mungkin akan meningkat serendah 1.1°C hingga setinggi 6.4°C. Peningkatan 2°C sekalipun akan mengakibat penenggelaman kepulauan Maldives dan yang paling mebimbangkan mereka ialah kemungkinan permafrost yang meliputi ribuan kilometer sepanjang Alaska , Canada dan juga Siberia. Jumlah CO2 yang terkumpul di bawah kawasan Tundra ini dua kali ganda lebih besar berbanding jumlah CO2 di atmosfera. Jadi peleburan permafrost ini akan mengakibatkan pelepasan gas metana yang jauh lebih berbahaya berbanding gas CO2.
Letusan Gunung Pinatubo satu ketika dulu, telah melepaskan sejumlah gas sulfur dioksida. Apabila bercampur dengan air akan membentuk lapisan seakan cermin yang akan memantulkan sinar solar kembali ke langit dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bumi. Mengambil inspirasi dari kejadian tersebut, sekumpulan saintis yang bergelar SPICE (The Stratospheric Particle Injection for Climate Engineering Project)ingin mengambil inisiatif untuk melepaskan partikel sulfur dioksida ke udara. Matt Watson seorang ahli geofizik di University of Bristol cuba mengkaji apakah partikel yang paling sesuai digunakan yang akan mendatangkan impak maksimum pada objektif kajian namun mendatangkan kesan sampingan paling minimum. Masalahnya besar kemungkinan sulfur dioksida menghasilkan asid sulfuric yang akan menghancurkan atmosfera. Jadi kumpulan penyelidikannya sedang mengkaji dan mencari partikel sintetik yang paling sesuai dan mesra alam.
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah keberkesanan metod yang akan digunakan dan apakah kesan sampingan yang akan dihadapi manusia? Apakah malapetaka yang akan timbul apabila manusia cuba untuk mengambilalih peranan Tuhan? Pelepasan sulfur dioksida ini boleh disamakan seperti kebakaran hutan di Sumatera. Jerebu yang terhasil tidak hanya meliputi kawasan Sumatera tapi juga merebak ke kawasan sekitar contohnya Malaysia. Situasi sama mungkin dihadapi oleh teknik pelepasan sulfur dioksida ini. Sebarang malapetaka yang berlaku mungkin tidak terbatas kepada satu kawasan kecil sahaja, sebaliknya partikel gas tersebut mungkin tersebar dan meliputi kawasan yang luas. Ini mungkin membahayakan bukah sahaja alam sekitar , ekosistem malah manusia disekeliling kawasan tersebut. Jadi adalah mustahil untuk manusia meniru tindakan Tuhan. Tuhan Maha Menegtahui setiap kesan dan hikmah di sebalik tindakanNya tapi adakah kita ciptaanNya yang kecil ini dapat mengenalpasti dan sedar akan setiap kesan sampingan tindakan yang kita ambil?
Contoh lain yang terdapat ialah dalam bidang bioteknologi yang telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.
Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Adakah genetik yang terhasil akan berfungsi tepat sepeti yang direncanakan ataupun ia hanya akan membawa kita kepada pelbagai mudarat? Sesungguhnya kita tidak dapat mengetahui akan kesan tindakan kita sehingga tibanya hari kemudian di mana kita hanya mampu merenung dan menyesali akan kesilapan kita yang lalu. Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui setiap tindakanNya tidak seperti kita manusia yang penuh cacat cela.
6.0 KESIMPULAN
Sekularisasi terhadap sains dan teknologi adalah manifestasi dan kesinambungan daripada pertentangan yang berlaku antara agama Kristian dan kehidupan duniawi dalam tamadun Barat. Konfrontasi ini telah lama berlangusng, berpunca daripada kesilapan pihak gereja dan pimpinannya. Mereka bukan sahaja bersikap anti-estabilshment, malah cuba mengawal dan mengongkong setiap aspek kehidupan masyarakat Kristian dan diburukkan lagi dengan penyelewengan dan korupsi yang dilakukan oleh pemuka-pemuka agama tersebut. Konsep asas generik yang membuahkan semua isme ini adalah idea ‘disenchantment of nature’, diikuti oleh desakralisasi dan dekonsekrasi. Menurut Islam, semua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada lima asas iaitu tawheed uluhiyyah, tawheed rubbubiyah, khilafah, tazkiah an nafs dan al falah. Justeru ia merupakan sauatu ibadah.
Tawheed Uluhiyyah
Kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah SWT dan kemunculannya bukan berlaku secara kebetulan. Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat. Inilah yang memberi maksud serta kepentingan kewujudan di alam maya ini, dan manusia adalah sebahagian daripada alam ini. Manusia perlu menyedari bahawa semua sumber yang ada di dalam alam semesta ini adalah hak kepunyaan Allah SWT dan dengan itu ia tidak boleh digunakan sewenang-wenang atau sesuka hati untuk kepentingan diri semata-mata. Manusia hanyalah pemegang amanah sumber-sumber ini dan mereka perlu memastikan bahawa sumber-sumber ini dimanfaatkan bersama oleh manusia.
Tawheed Rububiyyah
Kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia. Dan akam membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan juga mereka p danerlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (qadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah), iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya.
Khilafah
Manusia adalah khilafah atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental dan juga sumber-sumber material untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu. Manusia secara tabiinya adalah bersifat baik dan mulia seperti dalam firmanNya,
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Al Hijr: 29)
“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Ar Rum: 30)
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At Tiin: 4)
Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya (Jaafar Sheikh Idris, 1977).
Tazkiyyah An Nafs
Ia merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Tazkiyyah an nafs melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.
Al Falah
Al Falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan menyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah SWT. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.
7.0 RUJUKAN
7.1 Buku, Artikle dll
Kasmo, Mohd. Arip. Etika Dalam Kegiatan Sains Menurut Perpektif Islam. Pusat Pengajian
Umum, UKM
Wan Ahmad, Wan Azhar. Gagasan Sekularisasi Harvey Cox: Satu Pembicaraan Awal
Berdasarkan Pengamatan Al Attas. (Al-Hikmah, Bil. 2 Tahun 7 2001)
Imam Syahid Hassan Al-Banna. Risalah Ta’lim
7.1 Internet
http://www.danialzainalabidin.com/?p=11
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=668&cmd=resetall
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4345.40
http://scaniaz.blogspot.com/2012/02/pakar-kajian-laut-dalam-perancis-peluk.html
http://w3.tbd.my/thread-8397.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan