Sabtu, 24 Mac 2012

cicak owh cicak.....sungguh jahat dirimu.....

by Mawaddah Raihanah on Sunday, 23 January 2011 at 15:05 


Mengapa kita dbenarkan membunuh cicak, tetapi tidak binatang lain????

1. Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi  sollallahu alaihi wasalam menyuruhnya membunuh cicak"

2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:"Sesungguhnya nabi  sollallahu alaihi wasalam menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah" 

3. Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi sollallahu alaihi wasalam :
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya "Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api, sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.  

Hadith :
 Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) rodiallahuanhu katanya:”Sesungguhnya nabi sollallahu alaihi wasalam  telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.
  Huraian:
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim alaihi salam semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannyaberulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanyakepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik,sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan apiitu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadilebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Di dalam riwayat al-Imam al-Bukhari ada dinyatakan:“Cicak itu meniup (utk menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim Alaihi Salam.”

Kesimpulannya, biarlah ada sedikit usaha walaupun kita tahu probability sesuatu itu sungguh tipis....
at least, kita ada rasa takut menghadapi Allah, lantas menegakkan yg haq...
jadi, marilah kita berpesan2  la kpd kebaikan, dan bersam mencegah kemungkaran...
haiya ummah,...Ata'murunannasabil ma'ruf, watanhauna a'nil munkar.......

*tiba-tiba berada dalam keadaan 'excited state' bila search picture cicak (^_^)






[Nota Lama] Harap masih segar dan belum kita terlupa

by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Thursday, 22 April 2010 at 12:57 

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SELURUH ALAM.
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM...

Islam bukan sekadar agama yang berkisar isu ibadat, nikah kahwin, halal haram, syurga neraka, azab kubur dan sebagainya sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang Islam.

Timbulnya kesilapan dalam memahami ajaran Islam berpunca daripada fahaman-fahaman yang ditanamkan oleh musuh-musuh Islam yang cuba meleburkan ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Pelbagai cara dan tipu helah demi menghapuskan Islam di atas muka bumi ini. Cuma persoalannya adakah kita sedar dan memahami akan cara dan tipu helah yang ditanam dalam diri umat Islam kini?

Sejak kejatuhan umat Islam pada abad ke-13 (yang mana pada pandangan saya selepas kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh menakluk kota Constantinople yang mungkin juga menyebabkan ramai umat Islam lalai dan berbangga-banga dengan kejayaan itu) hinggalah abad ke-20, umat Islam berada dalam kondisi jumud dan statik. Apabila disebut 'Islam', mereka sekadar membayangkan bahawa Islam ini terhad kepada persoalan ibadat semata-mata. Seolah-olah urusan hidup di dunia yang melibatkan sektor ekonomi, politik, kemasyarakatan, pemerintahan dan kenegaraan tiada hubung kait langsung dengan agama Islam.

Lantaran itu, negara-negara Islam telah dijajah berkurun-kurun lamanya dan rakyat di negara tersebut terbiar dalam keadaan jahil dan miskin. Segala sumber kekayaan di negara umat Islam dijarah dan dipunggah ke negara barat. Keadaan ini berlarutan sehingga lebih dari tujuh abad panjangnya sebelum kesedaran di kalangan para intelektual dan mujahid Islam muncul pada akhir kurun ke-19 dan pada awal kurun ke-20. Tokoh-tokoh seperti Solehuddin al-Ayubi, Jamaluddin al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan yang lainnya mempelopori gerakan kebangkitan Islam.

Di zaman yang penuh cabaran ini, khalayak sibuk memperincikan perihal tamadun (hadharah) dan sering memutar belitkan sebutannya dengan mengatakan 'Islam Tamadun'. Ia seolah-olah menggambarkan tamadun yang melahirkan Islam. Hakikatnya penggunaan bahasa dan maksud tersebut adalah salah. TAMADUN tidak melahirkan ISLAM sebaliknya ISLAM yang melahirkan TAMADUN.

Usah dilupakan bahawa manusia di dunia diuji dengan 2 perkara:
1. Mengingati Allah dan mengikut petunjuk-Nya
2. Terlupa kepada Allah akan sesat hidupnya.
(Sesungguhnya Allah mengingati setiap hamba-Nya setiap waktu tetapi PERSOALANNYA adakah kita mengingati Allah setiap detik dalam hidup kita? Tiap kali bangkit dari tidur yang lena, adakah ungkapan pertama kita adalah 'Ya Allah'?)

Sabda Rasulullah SAW:
"Islam itu tinggi, tiada yang boleh mengatasi ketinggiannya."
~Kitab Sunan ad-Daruqutni, hadis no. 3663

Sekiranya tiada penemuan dan penyelidikan umat Islam di abad silam nescaya seluruh manusia sama ada di barat mahupun di timur lebih jauh ketinggalan berabad-abad di belakang dan barangkali mereka tidak pernah mengenal apa itu tamadun.

Perkataan tamadun itu diambil daripada bahasa Arab berdasarkan kata kerja Tamaddana. Perkataan sinonimnya adalah Hadharah dan lawannya Badawah yang bermaksud tidak bertamadun, jahiliah.

Kedatangan Islam itu sendiri yang melahirkan tamadun. Islam mengharamkan arak, judi, riba, zina, rasuah, mendedah aurat, hiburan serta apa sahaja yang melampaui batas Islam dan lain-lain yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ini termasuk isme-isme sekular yang dibawa oleh segelintir manusia. Pemikiran mereka begitu mundur sehingga berani berhujah bahawa kehidupan bertamadun hanyalah terbatas kepada politik dan bermasyarakat, tanpa segan silu menafikan peranan nilai-nilai agama (Islam) dalam kehidupan.

Untuk melahirkan individu yang sedar terhadap kehadiran Allah SWT, setiap saat dalam hidup bukanlah kerja yang mudah. Ia bukan kerja main-main. Gesaan dasar ayat Al-Quran terukir di dalam doa Iftitah yang sering kita ulangi dalam solat berbunyi:
'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam'

Semakin tinggi keimanan umat Islam di atas kesedaran ini, maka semakin tinggilah pencapaian tamadun. Pencapaian tamadun tidak hanya mengfokuskan aspek pencapaian material semata-mata. Ini kerana tamadun harus diukur dari 2 unsur iaitu rohani yang merupakan pendokong tamadun dan keagaman fizikal kemajuan yang digapai.

Semoga kesedaran ini akan membangkitkan kekuatan dalaman kita semua demi sebuah kebangkitan semula yang sentiasa kita nantikan. Wallahualam..

~Hadaman ilmu daripada buku 'Keagungan Tamadun Islam: Sejarah Yang Digelapkan'

[Nota Lama] Hembusan Kebahagiaan dalam Bersama Kaum Sufi yang Berpegang dengan Al-Qur'an dan Sunnah (Sufi Sunni Muhaqqiq)

by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Monday, 26 July 2010 at 12:52 

Adapun sudut kesufian Imam Hasan Al-Banna, maka pengalaman kecintaan Imam Hasan Al-Banna terhadap kesufian dan golongan sufi yang sangat mendalam turut beliau kongsikan dalam buku Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah. Antaranya, beliau berkata:

وظللت معلق القلب بالشيخ حسنين الحصافى رحمه الله حتى التحقت بمدرسة المعلمين الأولية بدمنهور مدفن الشيخ وضريحه وقواعد مسجده الذى لم يكن تم حينذاك , و تم بعد ذلك , و كنت مواظبا على الحضرة فى مسجد التوبة فى كل ليلة , وسألت عن مقدم الإخوان فعرفت أنه الرجل الصالح الشيخ بسيونى العبد التاجر , فرجوته أن يأذن لى بأخذ العهد عليه ففعل ووعدنى بأنه سيقدمنى للسيد عبد الوهاب عند حضوره , ولم اكن إلى هذا الوقت قد بايعت احدا فى الطريق بيعة رسمية وإنما كنت محبا وفق إصلاحهم
Maksudnya:
"Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk sekolah Al-Mu'allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa mengikut Hadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid) Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga.

"Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai'ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai'ah tersebut), mengambil bai'ah daripada mana-mana murobbi tarikat dengan bai'ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka."



Lalu beliau berkata lagi:


وحضر السيد عبد الوهاب - نفع الله به - إلى دمنهور و أخبرنى الإخوان بذلك فكنت شديد الفرح لهذا النبأ , وذهبت إلى الوالد الشيخ بسيونى و رجوته أن يقدمنى للشيخ ففعل . وكان ذلك عقب صلاة العصر من يوم4 رمضان سنة 1342 هـ , وإذا لم تخنى الذاكرة . فقد كان يوافق الأحد حيث تلقيت الحصافية الشاذلية عنده وأذننى بأورادها ووظائفها
Maksudnya:
"Ketika As-Sayyid Abdul Wahab semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman-teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho'ifnya (yang mana wazho'if ini dikenali sebagai Ma'thurat oleh Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan).
[Muzakkirat Ad-Da'wah wa Ad-Da'iyyah: 25]


Kerinduan hati dan kecintaan seseorang kepada kelompok sufi khususnya yang berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah adalah antara tanda seseorang itu mendapat bantuan Allah s.w.t. untuk melalui proses tarbiah sufi yang mempunyai dasar dan manhaj tarbiah yang bersambung silsilah tarbiah mereka sehingga kepada Rasulullah -shollaLlahu `alaihi wasallam-.

Hal ini sangat jelas sebagaimana menurut Imam Hasan Al-Banna r.a., beliau mencari seorang mursyid murobbi sufi yang benar-benar berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Beliau sangat tertarik dengan Sheikh Murobbi sufi bernama Sheikh Al-Hasanain Al-Husofi. Namun, beliau tidak sempat mengambil tarbiah daripada sheikh tersebut kerana sheikh tersebut sudah meninggal dunia. Namun, beliau mengambil tarbiah sufi daripada anaknda Sheikh Al-Hasanain bernama Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi r.a. yang mengikut jejak langkah ayahndanya yang sangat berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiah.

Inilah isyarat Allah s.w.t. dalam diri Imam Hasan Al-Banna. Sebagaimana mujaddid-mujaddid terdahulu yang bermula dengan tarbiah sufi, seperti Imam Al-Ghazali r.a., Imam Fakhruddin Al-Razi, Imam Abdul Qadir Al-Jailani r.a. dan sebagainya, Imam Hasan Al-Banna juga mendapat kemanisan ditarbiah oleh murobbi sufi yang mempunyai rantai izin tarbiah yang jelas bersambung kepada Rasulullah -shollaLlahu `alaihi wasallam-. Ini membolehkan Imam Hasan Al-Banna mendapat tarbiah daripada sumber tarbiah utama dalam masyarakat Islam sejak zaman salaf lagi.

Imam Hasan Al-Banna mengakui keagungan manhaj tarbiah sufiyyah yang tidak akan dapat diganti oleh mana-mana manhaj lain sebagaimana dalam perkataan beliau dalam buku yang sama:

"Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai martabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi)."

Hal ini menunjukkan betapa Imam Hasan Al-Banna, biarpun sudah menubuhkan suatu jemaah yang banyak berperanan dalam masyarakat, namun masih mengakui bidang tarbiah khusus adalah bidang golongan sufi (muhaqqiqin), malah merekalah ahli tarbiah yang mana manhaj tarbiah mereka tidak dapat dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan golongan sufi.

Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna sangat mementingkan aspek kerohanian ini ditarbiah oleh murobbi yang sempurna khususnya dari kalangan golongan sufi muhaqqiqin. Dalam ungkapan lain, beliau berkata:

"Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi" [ibid]

Imam Hasan Al-Banna juga memberi ruang luas kepada pengikutnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi sufi yang kamil. Malah, Imam Hasan Al-Banna juga mempunyai idea yang sangat jelas dalam dakwah iaitu, tidak terlalu pentingkan nama jamaah. Baginya, siapa sahaja yang sama fikrah dengan Ikhwan adalah dari kalangan Al-Ikhwanwalaupun bukan dari kalangan ahli Al-Ikhwan. Malah, siapa sahaja yang tidak mempunyai fikrah sebenar ikhwan dianggap bukan daripada Al-Ikhwan walaupun berada dalam jemaah tersebut.

Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna mempunyai ramai rakan karib khususnya dari kalangan para ulama'. Beliau sendiri tidak menjauhi ulama' dan merasakan diri boleh berdakwah tanpa bantuan mereka, namun beliau sentiasa mengharapkan kerjasama khusus daripada golongan sufi dan ulama' Al-Azhar (khususnya di Mesir), agar dakwah mereka terus berkembang.

Antara ulama' tersebut yang beliau dampingi (khususnya sejak dari awal usia) beliau adalah seperti Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi, Sheikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan sebagainya. Ini menyebabkan pada awal dakwah Al-Ikhwan, ramai ulama' Al-Azhar membantu dalam menyebarkan risalah dakwah tersebut. Ini disebabkan eratnya hubungan Imam Hasan Al-Banna dengan ulama' tradisional di Mesir (kalau di Malaysia, ulama'-ulama' pondok-lah).

Biarpun Imam Hasan Al-Banna membentuk jemaah dakwah yang baru, namun beliau tetap beriltizam dengan zikir-zikir yang telah beliau ambil daripada tarikat husofiyyah. Sheikhu Sheikhna Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi berkata dalam menceritakan tentang Imam Hasan Al-Banna:

"وقد حدثني كبار رجاله و خواص أصحابه أنه بقى متمسكا بهذة الأأشغال و الأوراد إلى آخر عهده
Maksudnya: "Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya (Imam Hasan Al-Banna) memberitahuku bahawasanya beliau (Imam Hasan) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Husofiyyah) sehingga akhir usianya [At-Tafsir As-Siyasi lil Islam: 130]

Malah, jemaah ikhwan juga dikaitkan dengan sufi sebagaimana diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dengan slogannya antaranya "hakikat sufiyyah" dan dijadikan antara dua intipati utama jemaah Ikhwan iaitu "Sufi `Askari".

[Nota Lama] MASLAHAH DHARURIYYAH

by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Thursday, 29 July 2010 at 12:46

Dalam kitab Al Muwafaqat karangan Imam As Syatibi dinyatakan bahawa maslahah dharuriah perlu didahului bertujuan untuk menjaga agama dan perihal dunia. Sekiranya tidak dilaksanakan maka akan timbul pelbagai kerosakan dan kematian. Dalam erti kata lain suatu maslahah yang mesti dilaksanakan kerana terpaksa oleh kumpulan manusia ramai atau individu tertentu untuk mengelakkan dari kemusnahan hidup mereka.

Ulama' telah meletakkan garis panduan dalam mengambil maslahah ini untuk dilaksana dalam menetapkan aulawiyyat yang ditetapkan oleh syara'.

Menjaga agama 
Agama merupakan perkara utama yang perlu dijaga dalam menjaga kefardhuan dalam agama untuk dilaksanakan oleh manusia atau diistilahkan sebagai حفظ الايجابsementara dari sudutحفظ العدم-دفع الخطر Islam telah meletakkan garis panduan tertentu untuk menjaga agama dari segala kerosakan umpamanya disyariatkan jihad untuk mempertahankan agama, menetapkan hukuman bunuh kepeda mereka yang murtad dan sebagainya. Dalam kedua-dua perkara ini, Islam mendahulukan kaedah pengawasan dari perkara lain untuk mengekalkan maqasid syara'.

Menjaga diri
Islam menetapkan penjagaan terhadap Bani Insan untuk terus melaksanakan tuntutan agama. Agama tidak dapat diteruskan dengan sempurna apabila keadaan diri manusia lemah. Islam membenarkan segala perkara yang dapat memelihara kehidupan mereka tanpa berlebihan begitu juga dalam perkara yang merosakkan keadaan mereka. Islam juga meletakkan hukuman seumpama qisas, diat dan sebagainya.

Memelihara akal
Islam mewajibkan manusia supaya menuntut ilmu untuk menjaga gerak kerja akal dari terpesong dan melarang keras dari perkara yang menyebabkan kerosakan umpama meminum arak, merokok dan yang berkaitan dengannya.

Menjaga keturunan
Menjaga keturunan atau dalam erti kata lain mempertahankan maruah dari dicemari merupakan maslahah yang perlu dijaga dalam memelihara maksud syara'. Sebab itulah Islam menekankan proses perkahwinan supaya tidak lari dari dasar-dasar syara' demi mengekalkan keturunan yang baik. Perkara-perkara yang menyebabkan maruah tercemar seumpama zina diharam dan disediakan hukuman yang sewajarnya.

Menjaga harta
Islam amat berhati-hati dalam etika perniagaan khususnya dalam proses pengaliran harta kepada pihak-pihak yang tertentu supaya tidak terlibat dengan rasuah, tipu dan sebagainya dalam perkara jual beli, sewa menyewa, wadiah dan lainnya. Untuk mengawasi dari berlaku perkara-perkara tersebut Islam meletakkan hukuman tertentu dalam kes-kes kecurian, rompakan dan perkara yang merosakkan harta benda orang lain demi menjaga hubungan sesama manusia.

Maqasid Syariah>>Dharuriyyah

[Nota Lama] Dimensi Hidupku

by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Friday, 31 December 2010 at 02:43 

Aku belajar...
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda sama,
tetapi kadang-kadang dari sudut pandangan yang berbeza...

Aku belajar...
bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki
tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya...

Aku belajar...
bahawa orang yang aku sangka jahat,
adalah orang yang membangkitkan semangat hidupku serta begitu prihatin...

.:Adikku, Siti Amira Syarina:.

[Nota Lama] Mengapa Perlu Tawadhuk?? .:belajar dari seorang sahabat:.





by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Tuesday, 11 January 2011 at 07:17



Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya.

Rasulullah saw bersabda:
“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Abuya Syeikh Ashaari berkata:
“Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.”

Maksudnya di sini, orang tawadhuk itu ialah orang yang tidak membesarkan diri atas kelebihan atau keistimewaan yang ada padanya. Baginya segala macam kelebihan dan keistimewaan itu bukan dari hasil usaha atau kepandaiannya. Dirasakan semuanya itu kerja Tuhan semata-mata. Lagi, orang tawadhuk ini mengetahui dan merasakan yang dia itu hamba Tuhan. Sebagai hamba, dia itu bekerja atau berbuat untuk Tuhan. Majikannya adalah Tuhan. Kalaupun ada kuasa, harta atau kepandaian pada dirinya, itu adalah dalam ertikata pinjaman, kerana nak selesaikan kerja Tuhan. Dia dapat semuanya itu kerana ada peranan atau kerja yang ingin Tuhan mahu dia berbuat.

Malangnya orang sombong ini ada rasa memiliki. Bila ada rasa memiliki, timbullah rasa lebih daripada orang lain. Timbullah rasa orang lain itu kurang. Timbullah rasa orang lain tak sama dengan dia. Walhal, dia tak faham Tuhan dan apa yang Tuhan nak dia buat atas kelebihan yang Tuhan bagi padanya. Orang tawadhuk tidak begitu sebaliknya merasakan yang dirinya itu dimiliki Tuhan. Termasuk segala apa yang ada bersamanya adalah milik Tuhan. Dia tidak ada apa-apa.

Kalaulah faham Tuhan dan peranan Tuhan, mudah. Kalau tak faham, maka jadilah seperti yang kita lihat hari ini. Ramai orang sombong-sombong. Asas kesombongannya adalah kejahilan. Jahil tentang Tuhan dan peranan Tuhan. Inilah masalah besar umat hari ini. Tak boleh buang sifat sombong. Bila ada sombong, daripada sombongnya itu, timbullah perpecahan. Timbullah krisis. Engkau-engkau, aku-aku. Masyarakat jadi kelam-kabut dibuatnya. Inilah akibat yang perlu ditanggung bersama.


Mari kita lihat beberapa contoh sifat orang tawadhuk sebagai panduan untuk kita:

1. Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.

2. Dia sangat sabar dalam perbincangan. Dia tidak mudah marah atau emosional. Dia lebih mahu menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.

3. Dia tidak memilih-milih kawan. Dia boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, dia boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.

4. Kalaupun dia berjawatan, dia menghormati orang bawahannya. Kalaupun dia kaya, dia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang dia itu ada kelas tersendiri.
5. Dalam pergaulan, dia lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Dia tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.

6. Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, dia suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.

7. Kalau dia minta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, dia tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, dia lapang dada dan tidak berkecil hati.

8. Dia mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.

9. Kalau dia yang bersalah, dia akan cepat-cepat minta maaf. Sekalipun orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.

10. Dia tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.

11. Bila bercakap, dia tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.

Moga-moga Tuhan membantu kita menjadi orang yang tawadhuk. Sekian.

Khamis, 1 Mac 2012

Masih Lagi Mencari Erti Hidup

Semasa aku didatangi jemaah tabligh (kali ke-3 dalam hidupku) di Surau An Nur, Kolej Ibrahim Yaakob, UKM. Aku cuma mahu mendengar sahaja, dengan pemahamanku ketika itu bahawa aku telah mengikuti, yakin telah mengikuti jalan yang benar, jalan yang syumul, jalan yang terbaik yang bolehku capai semasa aku berada di bumi semenanjung ini. Di ajaknya aku ke Petaling, tetapi aku tidak mahu ikut.

"Abang, saya dah ikut sesuatu dan dah ada pegangan sendiri."

Dua tahun kemudian....

"mungkin ilmu kami sangat sedikit nk dibandingkan degn yg abang ada. trima kasih atas penerangan. kami hanya menerangkan pegangan kami. tiada yang maksum kecuali Rasulullah."


Ia kembali berlaku kepadaku....
Apabila seseorang ingin membawaku, (perkara yang 'simple' tapi susah orang nak faham) belajar untuk beramal, aku tolak dengan mengatakan bahawa aku telah ada pegangan sendiri.

Sewaktu aku menceritakan kisah ini kepada salah seorang naqibku di UKM, Fariq Fitri Bin Mohd Salleh a.k.a. Serban Terbang, aku menceritakan bahawa ada orang hendak menarik aku sedangkan pada ketika itu aku (dengan dipengaruhi oleh media massa ketika itu) berpendapat bahawa mungkin ia kurang manfaatnya kepadaku. Pemahamanku pada ketika itu akan adab menuntut ilmu, adalah salah.

"nta pergi je lah ikut diorg. Belajar. Tak semestinya semua perkara itu buruk, belajar. Tak semua ilmu itu hanya kami sahaja boleh dapat. Ambil semangat bagaimana mereka tegar untuk pergi berdakwah, untuk dapat redha Allah. Banyak yang di ajar itu boleh kita jadikan sebagai amalan kita. Kita bukan menolak mereka, tapi kita serap ilmu mereka untuk kita guna pakai sebagai keperluan diri kita. Tak guna nta berkobar-kobar semangat nak jadi pejuang tetapi ruh nta rapuh. Asas kita pun adalah ruh, mungkin dengan belajar dari yang lain, boleh menambah saqafah kita lagi."


.....

Ahad lepas, sewaktu menghadiri satu acara tahunan yang penting (ketika mana semua orang sedang lena memanfaatkan cuti dengan aktiviti masing-masing), yang mana hakikatnya aku berasa rugi juga.
(Semalamnya aku ada usrah di Melaka, tetapi aku tidak dapat hadirkan diri. Minggu ini sepatutnya ada bedah buku 'Maza Yakni Intima' Bil Islam' yang dibedah oleh Ustaz Hasrizal di UKM juga. Dan satu event besar di Putrajaya anjuran ISMA, dengarnya agak menarik, tapi bila ditanya kepada mereka agak susah nak jawab sebaliknya berhazar).


Sedang menghayati sunnah nabi, dialuni qasidah yang menggetarkan jiwa, kemudian perbahasan demi perbahasan (walaupun pada peringkatku, ia tidak sepanas tahun sebelumnya), diterangkan oleh Ustaz Shukor LIMA PERKARA yang perlu ada apabila kita diterapkan dalam diri apabila berkata-kata, beriltizam untuk menegakkan kalimah Allah SWT di tempat tertinggi.

Pertama adalah FAHAM
Kedua adalah IKHLAS
Ketiga adalah MELAZIMI MENZIARAHI ORANG-ORANG TUA (konteks yang dimaksudkan adalah ulama')
Keempat adalah WALA' & THIQAH
Kelima adalah SENTIASA BERTAUBAT DAN MEMOHON DOA DAN KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT


*persoalan tiba-tiba muncul kerana sejak beberapa hari ini asyik berlegar-legar soal bidaah, qasidah tu bidaah ke?

*Diri ini ada pernah mendengar hadis (asalnya dah taip mafhumnya mengikut kefahaman sendiri, tetapi telah delete kembali atas maslahat dan mafsadah yang mungkin berlaku), bahawa Rasulullah SAW bersabda mengatakan bahawa setiap perbuatan untuk memuji Baginda dan mencapai redha Allah SWT bukan bidaah sebaliknya digalakkan. Allahualam.. Diri ini kena rujuk kembali, hadis itu daripada orang yang memperkatakannya

*Adakalanya sesuatu yang mungkin berlainan dengan norma individu itu, tidak bermaksud bahawa segala yang dibawa oleh orang lain itu salah. Mengambil ibrah kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., suatu perkara sebelum kita menyatakan pendapat kita (macam berat ayat ini), perlu kita fahami kenapa ia berlaku sebelum kita 'jump to conclusion'.