Selasa, 22 November 2011

Selepas Di'hacked'

Assalamualaikum w.b.t...

Selepas berbulan-bulan, pada fikiranku mungkin 2 bulan sudah berlalu sejak blog lamaku, abdulfattahsadiq.blogspot.com di'hack' sebanyak DUA kali oleh insan-insan yang.....bertanggungjawab*.

Hendak dikatakan artikle aku sebelum di dalam blog lama sebelum ini berkisar sesuatu yang sensitif, aku rasakan tidak. Mungkin aku bernasib baik kerana di'hacked' DUA kali. Jarang pemilik blog yang aku dengar di'hacked' DUA kali.

Mungkin 'post' permulaanku ini sekadar untuk meraikan kedatanganku (personally) ke dunia blog sekali lagi. Mungkin hari-hari mendatang bakal indah dan coretanku semakin mendapat tempat. Siapa tahu?

Akhir kata, Allah adalah Tuhanku, Rasulullah SAW adalah rasul ikutanku, Islam agamaku.

.:GharibItuIndah:.

*bertanggungjawab untuk meningkatkan 'security' blog pengguna (I assume...they appointed themselves)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan