Minta maaf lama tak update blog. Pageview makin bertambah, tapi tak pernah nak usaha post sesuatu dalam blog ini.
Hidup ini menarik! Kalau dulu kita bayangkan perjalanan hidup kita seperti satu garisan lurus yang ada titik mula dan titik akhir, hari ini kita perlu ubah mindset ini dengan menghargai dan mengakui ianya adalah daripada banyak titik-titik pemula yang saling berkait antara satu sama lain dan akhirnya menjadi apa yang kita tahu, kenal dan selami pada hari ini.
Connecting the dots!
Lapan bulan yang bermakna dalam hidup aku. Siapa sangka, hari ini akulah owner, akulah juga operating manager (self-proclaimed) pada dua syarikat berbeza. Semuanya berbekalkan ilmu dan pengalaman semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan persatuan mahasiswanya. 11 Ogos nanti, akan aku mendaftar pula di Universiti Sains Malaysia. Asalnya berdua dengan ayahku, tetapi komitmennya sebagai Setiausaha Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia memaksanya untuk melakukan mesyuarat bersama semua Presiden Tuntutan Tribulan Pengguna seluruh Malaysia.
Kisahnya usai menunaikan solat tarawih di Masjid Sultan Ahmad, Kuala Lipis, Pahang. Isu berkaitan dengan usahawan bumiputera dan kekuatan ekonomi umat Islam sering saja dibangkitkan. Terdetik hati aku, dengan berbekalkan tanah dua ekar setengah, sekurang-kurangnya aku memiliki beberapa buah perniagaan yang secara tidak langsung bertujuan untuk memantapkan lagi ekonomi ummah. Antaranya ialah memiliki perniagaan yang menjual buku bersifat keilmuan, perniagaan bersifatkan pemakanan yang bersih dan halal, perniagaan yang menjual sesuatu yang berbentuk raw material kepada pengguna. Aku memandang perniagaan yang boleh maju dan berdaya saing adalah sesuatu yang bersifat core akan sesuatu perniagaan lain. Sebagai kesimpulannya adalah petroleum yang menjadi sumber tenaga yang penting pada kita sekarang dan bulan November 2013, aku hampir mencapai persetujuan untuk pemilikan portable pump station berjenama Petronas. Tetapi dasar kerajaan ketika itu ingin menaikkan jenama Buraq Oil sebagai pembekal petroleum kecilan di luar bandar, maka cadangan portable pump station itu ditangguhkan.
Untuk beberapa bulan sebelum ini, aku amat mengagumi mantan Naib Canselor UPM, Prof Dato' Ir Dr Radin Umar Bin Radin Sohadi. Beliau adalah pakar dalam bidang pengajian tinggi dan juga perintis kepada kajian yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya di Malaysia dan pengasas kepada MIROS. Memoirnya kadangkala mengingatkan aku tentang apa hala tuju aku dan bagaimana prinsip yang ditekankan pada dirinya sungguh meninggalkan kesan pada aku. Aku ini insan biasa, walaupun tidak sehebat orang lain, tetapi masih lagi memiliki tanggungjawab kepada ummah walaupun kehadiran kita ini tidak dipandang mahupun diraikan. Tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah lebih penting walaupun hasil keringat kita dibuang, dipandang rendah oleh orang lain. Pentingnya hidup ini berprinsip.
Terima kasih kepada ayahku yang memberikan buku ini
Hari ini hari ke-13 dalam bulan Ramadhan. Hari ini aku bermusafir. Hari ini adalah penghulu segala hari. Jalan hidup aku (mungkin) masih panjang. Dengan bedilan peluru oleh rejim Israel ke atas saudara muslimku di Gaza sangat menikam-nikam hatiku. Menitik air mataku memikirkan masih lemahnya aku ini. Tika kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Islam disana menidakkan keperluan sumber manusia sebaliknya keperluan seperti dana yang diperlukan mereka. Mungkin pada mereka yang tidak mengerti ianya adalah satu gerakan yang mementingkan kebendaan bersifatkan terrorism. Namun tiap individu dari Brigede Izzudin al Qassam itu jauh lebih mulia dari kemuliaan yang kita terima di bumi Malizi ini.
"MARALAH WAHAI PEMUDA AL QASSAM! PENJAGA-PENJAGA PALESTINE!"
Dengan Al Quran sebagai senjata, segera menyahut teriakan Brigade Izzudin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan