Isnin, 12 November 2012

Kuasa Kepimpinan Illahiah: Muhammad Hasan Al Basri

Salam'alaik,

Sejujurnya dah lama juga tak beli buku. Buku yang mengandungi ilmu. Ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Satu buku yang dibeli semalam, Kuasa Kepimpinan Ilahiah, Muhammad Hasan Al-Basri. Keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd., tahun 2012 (baru sedar ia terbitan baru dari PTS).

Boleh dapatkan dipasaran dgn harga RM15 (semenanjung Malaysia)

Menjiwai keperibadian Ulul Azmi
Menelusuri khalifah yang disegani
Meneladani empat wanita terpuji...

Buku ini mengungkap sedikit sebanyak berkenaan 'perjalanan rohani' manusia. Yang mana ianya bermula dengan Nabi Nuh a.s. yang melambangkan 'perjalanan rohani seorang 'bayi' atau 'anak kecil', Nabi Ibrahim a.s. melambangkan 'anak remaja', Nabi Musa a.s melambangkan 'pemuda perkasa', Nabi Isa a.s. melambangkan 'orang tua yang lembut' dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. yang melambangkan kesempurnaan keperibadian menyeluruh daripada semua 'pengkhususan' watak penugasan para rasul sebelum baginda S.A.W.

Kepimpinan itu pula diteruskan pula yang diwarisi oleh Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Ali Talib yang mana mereka menggambarkan kepimpinan yang patut dihayati dan dijiwai.

Empat wanita termulia, Khadijah, Maryam, Asiah dan Fatimah az-Zahra pula adalah sebaik-baik penghuni syurga sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.

Buku ini juga mendalami perjalanan mendalami taubat seperti taubatnya Nabi Adam a.s. selepas terpedaya dengan godaan Iblis laknatullah, mempelajari dan mendalami teknologi tinggi dan perihal bersyukur seperti Nabi Sulaiman, mendalami dan merenung seni keindahan dan amalan seni Islam Nabi Daud, ilmu pengurusan dan ekonomi seperti Nabi Yusuf, keadilan dalam berdagang daripada Nabi Shuib, ilmu kedoktoran yang illahiah amalan Nabi Isa dan banyak lagi..

Selamat membaca~

12 November 2012
Presint 11, W. P. Putrajaya

Jumaat, 9 November 2012

** Asasnya Adalah Islam, Tiangnya Adalah Solat, Puncaknya Adalah Jihad **


Amal Islami tidak hanya dalam ibadat ritual sahaja (cth: solat, zakat, puasa dll) tetapi perlu difahami dalam konteks yang lebih syumul ke arah melahirkan individu muslim, keluarga, masyarakat dan negara yang tunduk kepada Allah SWT.


Wajib Sudut Prinsip
- Islam agama teori dan praktikal (deen)
- Islam nikmat paling bernilai, perlu dijaga dan dipertahankan
- Islam agama untuk semua manusia, tiada hak eksklusif


Wajib Sudut Hukum
- Tidak tertegaknya syariat Allah dan penguasaan ideologi/undang-undang ciptaan manusia mewajibkan umat Islam untuk bekerja mengembalikan ia semula
- Banyak kewajipan syariah bergantung pelaksananya kepada khalifah/imam/pemimpin. Kewajipan tersebut tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara/pemerintahan yang teguh atas dasar-dasar Islam
- Wajib ada usaha untuk mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip Islam yang sebenar.


Wajib Sudut Tuntutan/Darurah
- Cabaran dan serangan musuh Islam semakin hebat, fahaman sekulas, aties, liberal.. Adalah menyedihkan apabila musuh itu adalah orang Islam sendiri.
- Gejala maksiat, songsang syariat, hiburan...berleluasa.
- Kezaliman sistem dan pemerintahan terhadap rakyat- Banyak negara (umat) Islam dan masyarakat Islam dikuasai musuh, ditindas...tiada pembelaan sepatutnya.
- Semua itu, menuntut umat Islam mesti bekerja keras (berjihad) untuk menjelaskan kefahaman Islam sebenar dan membina kekuatan dari pelbagai sudut (politik, ekonomi, sosial...) agar dapat berdepan dengan cabaran-cabaran tersebut.


Wajib Sudut Ganjaran/Kelebihan
- Jihad amalan paling afdal dalam Islam
- Ganjaran tertinggi (syahid), kedudukan istimewa di sisi Allah
- Setiap amalan dan pengorbanan 'fi sabilillah' dikurniakan pahala berlipat kali ganda seperti sehingga 700x ganda, pahala sebulan qiyam dan puasa,...infaq..dll
- Dalil Al Quran:
"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar ." (An Nisa': 95)


"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (At Taubah: 19-20)


** Asas adalah Islam, tiangnya adalah solat, puncaknya adalah jihad **


Wajib Secara Individu/Berkumpulan
- Wajib taklifi ke atas individu sama seperti kewajipan yang lain di akhirat, masing-masing (secara fardhi) akan dipertanggungjawabkan apa yang telah dilaksanakan.- Dari sudut pelaksanaan, wajib secara jamaie, kerana:
i. Tanggungjawab yang berat (ubah/sistem/cara hidup)
ii. Perjuangan Rasulullah SAW secara berjamaah@berkumpulan (sirah)
iii. Ketersusunan organisasi musuh dan kehebatan kakitangan mereka memerlukan kualiti tanzim haraki/gerakan secara berorganisasi
- Dalil Al Quran dan As Sunnah banyak menekankan aspek bekerja secara berkumpulan


Harakah Islamiyah
Ciri-ciri harakah Islamiyah
- Gerakan rakyat yang bukan hanya dengan kata-kata dan tulisan tetapi dengan tindakan
- Lahir atas kesedaran, kerelaan sendiri atas dasar keimanan kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripadaNya
- Gerakan berkumpulan dan bertanzim (mempunyai organisasi) supaya segala keputusan yang diambil atas jalan syura/perbincangan, ada pihak yang mengeluarkan arahan dan wajib dilaksanakan oleh ahli
- Gerakan khairriyah, dakwah, tarbiyah dan siyasah (Rujuk As Saff: 4)