Rabu, 25 Julai 2012

Hati Ini Takut, Adakah Pemiliknya Seorang Yang Penakut?

"Ya Allah...kuatkanlah imanku dan hatiku berdepan dengannya walaupun bermesej sahaja.
Aku malu............."

Kama Din: klau reti jg hati is indicator utk layak kawen, xder la org kawen yg cerai berai fattah......

Abdul Fattah Abd Hafidz: masalahnya a Kama Din.. ini soal saya tak reti jaga hati ppuan la. saya buat sorg ppuan kecik hati sbb cara saya komen poster dia buat. takde kaitan pun nak kahwin. dan nampak sangat saya tak layak kahwin (kalau nak dikaitkan).

perkara yg saya komen tu betul, Insha Allah. tp mungkin pd lelaki ia biasa je ayat dan intonasinya. tapi ppuan pandang ia lain.

*ana amat sedih a Din sbb ana mcm ni..

Kama Din: ‎Abdul Fattah Abd Hafidz..ana nk share smtg..ana pun dulu tegur sorg pempuan, classmate..ana tegur dgn statement brgurau jer, pasal pakai baju muslimah..first2 die komen elok jek, tetibe die komen smula dgn statement yg agak mnmpakkn kemarahannye..mula2 ana rase sgt bersalah..ana mesj mohon maaf pd die dn inform yg statemnt ana tue juz bergurau..pastu ana terfikir smula, knape bodoh sgt aku nie, merayu2 mohon maaf padahal ape yg aku nyatakn adalah kebenaran..kalau betul pun die tersinggung, jgn blame sgt pd diri sbb apa yg kt smpaikan itu adalh kebenaran, dan sememgnye die pahit..wanita tue sempoi, boleh buat brgurau laa..tp bile soal cam nie, nape nk amek serious sgt..tue la die..tersentak sbb mgkin sebelom nie tiade yg tegur die..jadikan nie suatu pengajarn dan pengalamn dlm berdakwah fattah, kite x perform, nk org suke jer apa yg kt nyatakn..yg pentg, kt ikhlas dgn cara dan tahap kefahamn yg kt ade about dakwah..teruskn dan jgn serik utk berdakwah....la tahzan fattah

Norhinas Ibrahim: eh,, jangn la gitu.. yg post pasal Abdul Fattah Abd Hafidz tegur tu ea. jangan kecil hati. ambil ianya sebagai cabaran dan peluang. sabar ye.

..........

"Hai Tuhanku, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMu dan kebesaran kekuasaanMu. Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku. Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya dan seberat timbangan 'arasyNya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui. Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang diciptakan. Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang."

..........

Assalamualaikum wbt...

Perenggan pertama adalah komen dari 'facebook'ku berkenaan 'status' di atas.
Perenggan kedua adalah zikir al ma'thurat yang biasa diamalkan setiap pagi dan petang.

Mungkin seminggu telah berlalu. Tetapi mungkin ia berbekas pada jasad ini. Untuk beberapa ketika aku cuba mengkaitkan bagaimana hasil tindakan seseorang itu dipacu oleh imannya. Mungkin pada pandangan sahabat-sahabat ia adalah 'simple' tetapi pada aku tidak. Kita boleh dengan mudahnya berkata-kata dari sudut teori, tetapi secara praktikalnya agak susah. Dan perlu diakui, realiti kehidupan kita bukannya sentiasa tenang. Kadang kala langit nampak cerah dan dengan yakinnya kita mengatakan perjalanan bahtera kita akan selamat dari segala petaka. Hakikatnya dalam ketenangan itu juga sebenarnya kita akan menjadi semakin leka dan lalai dalam mengukuhkan kekuatan bahtera tersebut akan ribut yang bakal melanda.

Aku akui, sejak memilih jalan ini sejak dua-tiga tahun kebelakangan ini, aku amat sukar hendak memahami apa yang cuba disampaikan dari kuliah Tasawwur Tarbiyyah Islamiyyah. Apabila diminta terangkan, mungkin aku antara yang mengelak untuk menerangkannya kerana aku takut jika tersalah memberikan ilmu itu kepada mereka yang aku diamanahkan. Pernah dahulu suatu ketika apabila aku diminta untuk mengetuai usrah dan diminta untuk membawa tajuk berkenaan dengan tafsir Al Fatihah. Aku tidak bersedia dan terus membawa kepada bagaimana hendak menguruskan organisasi itu.

Haha... Takutnya aku hendak menyampaikan sesuatu yang belum aku bersedia untuk menerangkannya. Takut jika apa yang aku katakan itu salah lagi menyimpang. Tapi ia hakikatnya semasa aku dalam perjalanan pulang, menjadi satu cabaran kepadaku untuk menguasainya. Realitinya pula, aku mengambil masa dua tahun untuk bersedia menyampaikannya. Dan satu perkara yang menjadi panduan aku akhirnya adalah kata-kata yang diucapkan oleh sahabatku, Siti Radhiah apabila kami ber'meeting' untuk menetapkan bagaimana cara terbaik untuk menterjemahkan kefahaman berdasarkan kuliah terbabit. "Lontarkan dahulu apa yang kita faham, kemudian berbincang bersama. Memang sukar untuk kita faham, tetapi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) memang akan membantu kefahaman kita akhirnya."

Ramadhan adalah bulan penuh hikmah. Penuh dengan barakah. Perbanyakkan bacaan Al Quran. Andai anak kecil gembira tika si ibu memberikannya susu, andai sang ikan gembira berenang-renang dikala air sungainya jernih lagi bersih, maka apakah pula yang mampu menggembirakan hati kita jika tidak peringatan-peringatan dan nasihat-nasihat yang datangnya dari Maha Pencipta sendiri kepada hamba-hambaNya. Bertaqwalah, bersyukurlah. Dan apabila diseru, maka sahutlah panggilanNya.

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
5 Ramadhan 1433 bersamaan 25 Julai 2012

p/s: Tarikh kalendar Hijr dekat handphone macam mana nak betulkan ye? Handphone ni dia set 6 Ramadhan 1433.

Rabu, 18 Julai 2012

[Peace Excerpt]

Assalamualaikum wbt..

Semalam semasa di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Sahabatku, Haziq Asyraf, mengambil sebiji batu yang membentuk jeram-jeram di sungai terbabit. Lalu ditunjukkan kepadaku hidupan Allah SWT yang hidup dicelah-celah batu, mencari rezeki kurniaan Allah SWT. Ia membuatkan aku terfikir betapa hebatnya suatu ciptaan itu. Ianya berserta hikmah yang mungkin tidak tergambar oleh kata-kata, tidak terucap oleh pandangan mata. Akal manusia itu terlalu 'limited'. Ianya seperti setitik dakwat pen di helaian kertas. Tompokannya kecil di kertas yang lebarnya berkaki-kaki. Bak kata seorang sahabatku dari UPM, dakwat tadi itu pun kita cuma dapat lihat apa yang kita nampak di muka kertas itu, tetapi, muka belakang helaian itu belum tentu tercakup oleh kelebihan manusia yang tidak diberi kepada makhluk Allah SWT yang lain, akal.

Itu kisah semalam, hari ini pula mungkin ia sedikit sebanyak mengajarkan aku erti hikmah kejadian seorang wanita. Jujur, aku tidak akan dapat memahami wanita itu dan apatah lagi masyarakat seperti Imam Syafie. Dan Imam Syafie pun perlu berkahwin dengan berpuluh-puluh wanita agar dapat diungkap rahsia kejadian Allah SWT ini.

Hawa itu diciptakan dari tulang rusuk Adam. Fitrah tulang rusuk manusia itu bengkok, bukannya lurus. Andai hendak meluruskan sesuatu yang bengkok, maka ianya perlu dibelai perlahan-lahan dan ianya juga adalah satu proses yang lama. Andai di'express'kan tulang itu menjadi lurus, patah dan pecahlah tulang itu berserpihan.

Sungguh, aku memiliki sejarah itu. Hakikatnya, ia memberi kesan atau luka yang hebat kepadaku. 'Fragment-fragment' serpihan itu tertusuk dihatiku. Salah aku. Akui.. Salah aku. Aku berusaha untuk tidak beremosi dan sentiasa gembira dengan tiap tindak tandukku. Rasional dalam memberikan hujah. Tidak meleret-leret. Dan aku didik juga untuk menjaga ikhtilat. Pernah dahulu aku kemukakan persoalan, 'antara ikhtilat vs ukhuwah: adakah di'liberal'kan hubungan antara lelaki dan perempuan'.


Salah aku. Salah aku.....

Tetapi, aku bersyukur. Akibat salahku dalam hubungan dengan wanita semasa di Kolej Matrikulasi Melaka, aku dipertemukan dengan jalan juang ini. Telah aku berbaiah untuk mengikat hati aku dengan jalan ini demi mengelakkan wanita itu dan wanita-wanita lain yang belum sah kepadaku. Jalan ini 'zaujah' aku.

Realitinya, aku berdepan lagi dengan ujian. Salah aku kerana salah membuat percaturan. Salah aku. Aku setiap kali itu gagal menjaga hubunganku dengan manusia yang bernama 'wanita', dalam bergerak kerja hinggalah ke perkara yang melibatkan integriti atau amanah.

Hari ini, ironinya wanita yang menjadi antara faktor aku berjumpa dan mengikat janji setia akan jalan ini telah mengikat janji setianya pada jalan ini juga. Aku mengharapkan agar ia lebih baik dari sebelum ini, perhubunganku dengan manusia ini.

Aku terlalu 'careless'. Risiko liabiliti bak kata pensyarahku. Aku tidak mengambil faktor respon aku terhadap sesuatu yang dibuat olehnya itu bahawa hakikatnya dia merupakan seorang manusia bergelar 'wanita'. Salah aku. Aku tidak menunjukkan rasa penghargaan, walhal sebenarnya aku gembira dengan usahanya, aku cuai.

RECONCILIATION. Itu harapanku. Jujur. Aku sedih. Apabila setiap bait kata-kataku merupakan panahan-panahan berbisa kepada hawa. Aku jujur ingin katakan, aku tak reti memujuk tanpa melibatkan emosi dan perasaan aku. Jujur. Denganmu wahai kaum hawa, aku tak nak campurkan emosi dan perasaan aku. Aku tak akan campurkan dan aku akui, aku akan terus sakiti kalian. Aku belum mampu untuk memastikan kalian tidak berasa sakit dengan kata-kataku. Aku tidak tahu berkata-kata manis seperti lelaki-lelaki lain. Dan itu juga benteng aku untuk mengelakkan daripada kalian, wahai muslimat. Maafkan aku di atas kekurangan aku ini.

Maafkan aku sahabat. Wallahualam..

"Aku sedih...aku belum mampu berjiwa murabbi.."

Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
18 Julai 2012