Sabtu, 17 Disember 2011

Metodologi Dakwah


Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah :
“Tiada paksaan dalam beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan”
(Al-Baqarah : 256)

Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah :

“Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. ”
(Hadis Sahih Muslim)

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ”
(Al-Nahl; 125)

Ahli tafsir tela menghuraikan maksud tiga cara tersebut :

1. Hikmah : Iaitu keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah saw.

2. Nasihat Yang Baik (Mauizah Hasanah) : Iaitu huraian–huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam. Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati, dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

3. Berdialog Dengan Cara Yang Baik : Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar dapat mereka merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.

Khamis, 15 Disember 2011

"Boleh terangkan maksud murabbi?"

Bismillah walhamdulillah...

"Boleh terangkan maksud murabbi?"
Soalan yang ditanya oleh adik satu kursus denganku (tetapi berlainan sesi) bila saya mengposkan satu bentuk ayat yang saya taip semula daripada video 'Pertandingan Video Osem APG '11: Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata', iaitu;


"Allah SWT shows me that everybody NEED a MURABBI.

For Muhammad SAW is OUR MURABBI and Allah SWT IS 'THE MURABBI' for our prophets.
For He (Allah SWT) is the BEST MURABBI to ALL OF US."





Sejujurnya, aku cuma mengerti soal berkenaan dengan 'Ciri-Ciri Asas Para Nuqaba' dan Naqibat' sahaja yang mana ciri pertama yang perlu ada pada seorang naqib adalah ciri seorang murabbi. 

Nuqaba' adalah merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam gerak kerja Islam. Oleh kerana itu, maka sesebuah gerakan Islam tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan dalam institusi nuqaba'. Persoalan-persoalan seperti; 

'Bagaimana sesebuah gerakan Islam itu mampu memimpin ahlinya dalam gerak kerja?'
'Bagaimanakah ahli gerakan Islam itu dapat ditarbiyah rohani, jasmani serta saqafahnya?'
'Bagaimana ahli-ahli ini bersedia menghadapi kesukaran-kesukaran, mehnah dan tribulasi ketika mana mereka melaksanakan dan menyusuri liku-liku jalan dakwah ini?'

semuanya berbalik sejauh mana barisan tenaga nuqaba' itu bersedia dan mempunyai kelayakan yang cukup untuk menjadi seorang naqib kepada ahli-ahli usrahnya.


"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit."
(Surah Ibrahim: 24)

Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam gerakan Islam, naqib diumpamakan seperti sepohon pokok yang baik lagi berguna kepada manusia dan alam. Ini dapat difahami bahawa institusi nuqaba' itu sendiri dianalogikan seperti pokok-pokok yang menghiasi taman-taman sesebuah gerakan Islam itu sendiri. Untuk menghasilkan kekuatan gerakan Islam itu, maka setiap pokok itu hendaklah dirangkaikan (diikat) dengan pokok-pokok yang lain seperti;
  • ikatan iman dan amal,
  • ikatan ukhwah dan mahabbah,
  • ikatan saling hormat menghormati,
  • ikatan kerjasama dan jihad,
  • ikatan syura.
  • ikatan taaruf. tafahum dan takaful, dan
  • ikatan perasaan.
Maka, setelah itu, institusi nuqaba' ini pula bertanggungjawab sebagai;
  • 'madrasah kecil' bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahlinya
  • 'mursyid', tempat rujukan dan bernaung ahlinya dalam melicinkan perjalanan hidup mereka
  • 'cermin', untuk mengukur kekuatan dan kemantapan para ahlinya.
  • 'benteng pertama' dalam mempertahankan kekuatan ahli dari serangan dan tekanan musuh luar
  • 'jundullah', yang bertanggungjawab mengawal, mempertahankan aqidah dan tuntutan syahadah ketika menghadapi musuh aqidah itu
  • 'pengawal', yang bekerja mengawal keselamatan ahlinya daripada sebarang anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan ahlinya dalam gerak kerja Islam
Atas dasar inilah, para nuqaba' mestilah memiliki ciri-ciri asas nuqaba' bagi menjamin pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan. Ciri-cirinya adalah:
  1. Memiliki ciri-ciri seorang murabbi
  2. Memiliki ciri-ciri seorang guru atau mu'allim
  3. Memiliki ciri-ciri seorang bapa atau ibu (Al Ab wa Al Umm)
  4. Memiliki ciri-ciri al-akh al-Muslim/al-ukht ul-Muslimah

Berikut merupakan balasanku akan persoalan adikku, Muhammad Syafiq Sarkawi, itu


  • sejujurnya mencari jawapan yang konkrit dari pak cik google untuk memudahkan penerangan
  • ..
  • namun, rata-ratanya mengatakan perkara yang sama (hampir semua mengambilnya dari wikipedia atau sebaliknya atau berkongsi sesama sendiri)

  • ...

  • dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Murabbi

  • "Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
  • Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbiy berlegar di “hati”."

  • ...

  • perkongsian dari http://marwaassyahidah.blogspot.com/2011/05/maksud-murabbi.html

  • adalah berbentuk istilah..

  • MURABBI- org yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing;

  • MUADDIB -pengajar; pengasuh; pendidik . 
  • (Rujukan: KAMUS DEWAN,EDISI KE-4. 2007. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. KUALA LUMPUR. m/s 1045)

  • (Maksud Menurut Kamus Al-Miftah, B.A-B.M-B.I, terbitan Al-Azhar Media)

  • Mendidik,mengasuh = رَبَّى : رَبَّ
  • -Murabbi perkataan asalnya مُرَبٍّ kemudian المُرَبِّي :
  • Pendidik;guru =مُرَبٍّ - المُرَبِّي : مُثَقِّفٌ 
  • Yang dididik, yang diasuh = مُرَبٍّى: رُبِّيَ 
  • Yang terdidik;yang berkelakuan baik =مُرَبٍّى: مُهَذَّب : مُؤَدِّب

  • MUDARRIS/MU'ALLIM
  • Pengajar;guru = مُدَرِّسْ- مُعَلِّم

  • MURSYIDمُرْشِد = Pembimbing; guru agama; pemimpin (dlm hal rohani); baik hidupnya, taat kepada Allah 

  • *Mursyid,muaddib,mu?allim,murabbi,mudarris, adalah membawa maksud yang sama sebagai pendidik.

  • penjelasan dari http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2009/05/guru-mualim-muaddib-murabbi-mursyid-dan.html pula

  • Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

  • Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

  • Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

  • Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
  • Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

  • Utusan Malaysia pun dalam ruangan Bicara Agama (tahun 2006) ada menyebut bahawa

  • "Murabbi merupakan istilah yang digunakan dalam Islam yang memberi konotasi dan pengertian luas terhadap fungsi dan peranan mendidik yang harus disemai di dalam diri manusia. Maksud mendidik bukan sekadar mengajarkan ilmu secara konvensional tetapi lebih penting menjelmakan watak murabbi yang mampu menyemai nilai adab (ta'dib) dan menjelmakan akhlak mulia untuk diteladani.

  • Pandangan ini diasaskan kepada hadis Nabi Muhammad yang bermaksud, Tuhanku telah mendidik (ta'dib) aku dengan sebaik-baik pendidikan. Dengan memahami konsep inilah, seorang murabbi atau pendidik tidak hanya terbatas di kalangan mereka yang bergelar guru atau pensyarah yang selama ini pun telah banyak menyumbang dan harus kekal berperanan membangunkan generasi terpelajar."

  • Kesimpulannya,
  • Murabbi/murabbiah itu merupakan seorang yang mempunyai sahsiah yang unggul, sentiasa bersemangat dan memberi semangat, mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiyah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup mereka yang dipimpin olehnya. Proses itu sehinggakan mereka mampu memikul amanah (membenarkan aqidah dan syahadah) pada semua peringkat. Murabbi/murabbiah ini orang-orang yang tidak kenal putus asa dan bertanggungjawab dalam menghadapi tugas-tugas pentarbiyahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah SWT.

(^_^)
Allahualam.. Penjelasan diperlukan lagi..

.:GharibItuIndah:.