Salam'alaik,
Lama tak 'update' blog ini. Hati terasa nak menconteng sedikit di sini. Mungkin nak membuka perbincangan, mungkin juga sekadar nak luahkan isi hati.
Dalam masa sejam,
Sebuah organisasi boleh menghasilkan satu perancangan gerak kerja yang teratur, tersusun lagi kemas rancangan perlaksanaannya andai kata ahli organisasi tersebut (3 Perkara):
1. Berlapang dada di antara satu sama lain (menerima segala kekurangan atau kelebihan di antara satu sama lain dalam konteks memberi kritikan mahupun menerima kritikan).
2. Memainkan peranan yang aktif bukannya pasif dalam kelompoknya (sama ada secara "de bono's Hat" mahupun jobskop amanah yang ditaklifkan kepadanya).
3. Ahli perbincangan memahami dengan jelas VMO perbincangan dan setiap ahli berusaha untuk menghayati VMO tersebut dan merealisasikannya.
Sejam je cukup sebenarnya...
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Bandar Baru Bangi, Selangor
23 Oktober 2012
*sejam... 4 poly-bag Cili Bangi boleh terjual, 6 orang pelawat dapat diterangkan mengenai Nuklear dan Radiasi, Cili Bangi, Roselle, Coklat UKM, Mikrob-mikrob dalam kehidupan, klasifikasi Zoologi dan eksperimen "Home-made bullet-proof vest" - (macam lagu Cucur Adabi. Tepung jagung tambah air, adun sebati 'goreng' dan sedia. Tepung Cucur Adabi rasanya) (^_^) **realitinya tak pakai pun tepung Adabi. 'goreng' = ....cakap je apa2 yg terlintas dalam pemikiran**
Selasa, 23 Oktober 2012
Isnin, 27 Ogos 2012
Dogma...? [3]
Salam'alaik, berikut adalah komen aku sendiri dari 'facebook' seorang ustaz yang mencetuskan perbincangan yang menarik perhatian aku untuk beberapa hari ini. Menarik. Hinggakan aku terlupa akan 'exam' hari Selasa akan datang. Namun, perbincangan yang menarik ini mengundang beberapa orang lain. Lantas berlaku perselisihan di antara 'pengomen' (if that is the exact word for it) menyebabkan perbincangan itu tersasar sedikit, tetapi masih ada kaitan, cuma ia jadi tak tentu arah bila dah melampau sangat komen-komen diorg. Dah jadi macam berdebat dengan orang-orang pro-UMNO (yg kurang ajar je. Respect pada yang masih lagi menggunakan bahasa-bahasa yg baik).
Puncanya aku dah komen panjang dah, tapi ter'delete' dek 'setting facebook' ni yg membuatkan aku terkeliru kejap. Lalu...hehe...akui, salah aku...ter'comment'lah perkataan 'BOD*H'.
Ustaz tersebut telah menegur aku. Sesuatu yang baik. Mungkin aku ini berniat sahaja nak dapatkan perhatian para 'pengomen' itu agar dapat 'point' yang aku nak cakap nanti (dekat bawah ini, memang 'copy paste' dari apa yang dah di'comment' dekat 'post' ustaz tu. Kembali menge'post' ke blog sebagai dokumentasi untuk aku muhasabah di masa akan datang.
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
27 Ogos 2012
*memang sengaja tidak diletakkan 'link facebook' itu. tidak mahu kalian yang membaca untuk mengapi-apikan perbincangan itu. akan datang, Insha Allah, kita akan tahu keputusannya. Lebih baik biarlah ia berlalu.
**satu lagi, murabbiku pesan,
"Polemik jgn sampai xbuat amal Islami..ckuplah sbagai pbahasan ilmiyyah..para penzalim bgembira sbb mreka xdisentuh..para da'ie bsedih kerana kbingungan ..para mad'un terus mnerus dlm kejahilan.."

Semoga bermanfaat (umum kepada semua, khusus kepada saya) akan datang.
saya tak berkata kepada ustaz, maafkan saya.
taipan saya sudah panjang sebelum ini. tetapi saya terdelete. ia satu bentuk ringkasan.
komen2 di atas amat memalukan gerakan-gerakan Islam. ada pihak yg bersifat provokatif, ada pihak yg menganggap merekalah yg benar.
memalukan. apabila menggunakan malah mengulangi ayat 'min husni Islam al-mar’i tarkuhu ma la ya’nih' dan menggunakan ayat-ayat lain, kemudian terbawa-bawa ketika berhujah hingga tidak dapat mengawal emosi, lantas, hujah2 itu ada sudut kepentingan peribadi.
memalukan. apabila memiliki semangat yg baik utk meletakkan Islam ditempat yg tertinggi dan meyakini tiada yg lebih tinggi dari Islam, tetapi semangat yg berkobar2 itu didorongi oleh nafsu tanpa mengiringi dgn ilmu dan akal yg dikurniakan oleh Allah.
memalukan. apabila memiliki ilmu yg baik dan mantap, tetapi adanya menyalah guna, ada yang tersilap guna. kemudian sudahlah tersilap guna, kemudian mempertahankan kesilapan itu.
memalukan. seharusnya gerakan-gerakan Islam yg ada ini menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. terimalah hakikat, buat masa ini, tak semua perkara sesebuah gerakan Islam itu mampu melakukan semua perkara. Perlunya gerakan-gerakan Islam itu saling bantu membantu antara satu sama lain.
memalukan. apabila matlamat umum gerakan-gerakan Islam itu adalah sama, yg diyakini oleh 'underlings' dalam sesebuah gerakan, tetapi tidak memiliki rasa hormat yg berterusan dan beradab dalam berhujah. berkata agar berlapang dada, namun diri sendiri sempit dalam penerimaan.
memalukan. andai ahli perbincangan ini mendahului provokasi dari perbincangan, lantas hilanglah Islam mereka, bertempik sorak musuh-musuh yg halus ini. memalukan. mengakui zalim itu adalah zalim, mengakui kezaliman itu bukan cara Islam tetapi tidak bersama-sama dgn gerakan-gerakan Islam lain utk menghentikan kezaliman itu.
gerakan Islam itu sifatnya sentiasa memperbaiki kelemahan dan berusaha utk menegakkan syariat Islam. sedang gerakan-gerakan Islam yg lain sedang berusaha untuk bersatu bagi membentuk satu kesatuan, berlandaskan matlamat yg sama, timbul insan-insan yg cemburu akan kesatuan itu dan merasakan ianya suatu ancaman, berusaha utk memecah belahkan 'wehdah' tersebut dan berusaha menjatuhkan individu atau gerakan Islam itu, dengan nama Islam. memalukan.
maka bertempik soraklah kegembiraan para Yahudi Zionis, para kuffar, para munafiq, para musyrikin melihat usaha-usaha perancangan yang cukup halus itu membuahkan hasil. beruntunglah para pendukung dan penggerak mereka, tanpa perlu mereka mengeluarkan peluh, sesetengah umat Islam yg terpedaya itu menjadi buah-buah catur dalam menyegerakan matlamat akhir mereka dalam menghapuskan Islam itu sendiri.
Malulah kalian para ahli perbincangan dan para pencinta Islam dan ilmu, andai dikatakan 'revert', saya pun 'revert'. tetapi saya tak menggunakan sgt ayat2 Allah utk memuaskan ketidakpuashatian saya terhadap perbincangan ilmu ini yg sudah dimasukkan emosi, kepentingan peribadi mahupun kepentingan 'sayang sgt pd gerakan anda'. saya yakin, akan ada yg akan membalas komen saya dgn menggunakan hujah2 yg amat meyakinkan utk membuatkan ianya lebih keliru.
saya amat sygkn Islam. namun, saya amat sedih apabila mereka yg bijak pandai dari australia, dari yaman, dari mesir dan sebagainya berdebat, berteori semata tetapi tak nampak usaha utk penyatuan. nampak tidak berfokus matlamat tersebut sebaliknya lebih kepada mempertahankan agenda.
dan memalukan juga, apabila menarik freshies sekadar utk perkaderan ahli utk meneruskan agenda gerakan masing2 dan mendoktrin utk menolak gerakan2 Islam yg lain. jgnlah berniat sebegitu.
**naqib saya pernah berkata, ambillah ilmu dari setiap gerakan Islam yg ada. jgn menyalah2kan gerakan-gerakan Islam yg ada, jgn membangkit2kan kelemahan mereka. andai mereka ada sedikit kelemahan, jgn dihentam kelemahan itu! jgn mewujudkan puak2 lain utk mengatasi kelemahan itu! itulah punca perpecahan!
***kemudian, andai anda yakin gerakan satu lagi itu adalah gerakan Islam, dan yg satu lagi itu adalah gerakan Islam juga, jgnlah jadi org yg meratah daging saudaranya sendiri (ya, betul, hadis itu..atau ayat itu, yg saya nak kata. yg berkaitan dgn fitnah atau mengumpat itu. saya terlupa mafhumnya). ya, saya akui kalian yg belajar di australia, di yaman, di mesir dsbg itu lebih ariff akan itu lebih dari saya. saya cuma belajar dkt UKM je pun. tak habis degree lg. namun, gerakan2 Islam dkt sini boleh co-exist bersama, sbb kami faham waqi' dan kami boleh bertolak ansur dalam menyampaikan dakwah. dan kami boleh bersatu dalam sesuatu isu. namun, knp kalian begini?
****justeru saya memohon, utk berfokus pada perbincangan.
saya tidak mahu hanya menujukan ssorg itu agar mendapat rahmat dari Allah. sebaliknya mendoakan agar semua mendapat rahmat dari Allah, mendapat redho Allah. itu yg utama pada pandangan saya.
harapan saya, semoga setiap ahli perbincangan ini, berfokus pada matlamat sebenar utk menegakkan Islam itu sendiri. perlu akui, PAS adalah gerakan Islam yg bermatlamat utk menegakkan Islam ttpi mereka tidak mampu utk bergerak bersendirian tanpa sokongan gerakan2 Islam yg lain. dakwah itu dituntut kpd semua gerakan Islam. jd kewujudan IKRAM, ISMA dsbg adalah perlu untuk memenuhi tuntutan tersebut. satu gerakan Islam sahaja tidak mampu untuk jaga satu Malaysia nie. sbb itu jgk tuntutan utk gerakan2 Islam lain utk bersatu itu perlu. bukannya menjadi pemecah belah kepada kesatuan gerakan2 Islam yg sedia ada. ajak mad'u anda utk berfikiran terbuka. bukannya taksud pd individu, pd gerakan2, pd agenda, pd nafsu. jgn sesekali timbulkan percikan utk timbulnya penyakit2 hati. kelak boleh membawa kepada futur.
salam'alaik. (^_^)
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
Presint 11, W. P. Putrajaya
27 Ogos 2012
*memang sengaja tidak diletakkan 'link facebook' itu. tidak mahu kalian yang membaca untuk mengapi-apikan perbincangan itu. akan datang, Insha Allah, kita akan tahu keputusannya. Lebih baik biarlah ia berlalu.
**satu lagi, murabbiku pesan,
"Polemik jgn sampai xbuat amal Islami..ckuplah sbagai pbahasan ilmiyyah..para penzalim bgembira sbb mreka xdisentuh..para da'ie bsedih kerana kbingungan ..para mad'un terus mnerus dlm kejahilan.."
Sabtu, 25 Ogos 2012
Dogma...? [2]
Bismillah walhamdulillah...
Andai semalam bacaan berkaitan dengan Ulama' UMNO, hari ini pula berkisar dengan ISMA pula. Asalnya seorang akhi dari Mesir (satu matrikulasi juga dulu), meng'post'kan satu gambar (muka hadapan buku) dan sedikit huraian terhadap gambar tersebut. Tulisan Hisyam Soqr, Iman dan Harakah: Pengajaran Hadis Ghulam, Ahli Sihir dan Rahib.
Sedikit komen yang dibaca dari satu 'post' di 'facebook' berkenaan buku ini. Ianya dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, jamaah IKRAM.
Hakikatnya sepanjang saya dikelilingi sahabat-sahabat dari gerakan Islam ini, mereka adalah baik. Dakwah yang mereka nak bawa adalah baik. Cumanya kadang-kadang ada sesetengah dari mereka yang tegar bersifat retorik. Maaf.
Hairan apabila kebanyakkan gerakan Islam lain bersatu tetapi ada pula yang mengasingkan diri mereka dari kesatuan itu. Hakikat yang perlu disedari, gerakan-gerakan Islam yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi semua tuntutan yang telah disyariatkan. Atas dasar itu, gerakan-gerakan Islam ini perlu saling bekerjasama antara mereka. Perlu untuk keselarasan pembahagian gerak kerja agar ianya berfokus. Namun apa yang mengecewakan apabila sesuatu gerakan Islam itu menjadi penambah onak dan duri kepada gerakan-gerakan Islam yang lain. Sekaligus, menjejaskan usaha gerak kerja dakwah itu dan juga gerak kerja dalam melaksanakan syariat. Andai kata mahu menjadi sekadar '3rd force' sekalipun, ia bukannya lesen untuk mengharuskan kritikan yang merugikan gerak kerja Islam itu sendiri. Segala pensyariatan yang hendak dilaksanakan mestilah ada proses-proses penerangan dan kefahaman atas sebab apa sesuatu pensyariatan itu perlu dilaksanakan. Andai kata proses penerangan itu pun ditambah dengan serangan-serangan dari gerakan Islam itu sendiri, ia adalah sesuatu yang merugikan. Sepatutnya kita membina '1st impression' yang baik kenapa pensyariatan terbabit perlu dilaksanakan, lantas ia membuka ruang untuk penerimaan.
Satu perkara lagi yang menarik dari perbincangan yang di'share' oleh akhi Afuza tadi, mengambil masa yang lama untuk membacanya (apatah lagi untuk cuba memahaminya). Cuma mungkin ada sedikit hujah itu telah diketahui sebelum ini, maka ia memudahkan. Hakikatnya panjang lagi perkara yang hendak dicoretkan. Berhenti seketika sebelum ianya menjadi lebih panas.
Persoalan: Apa kandungan buku ini sebenarnya hingga menyebabkan ramai yang terpengaruh? Dan kenapa qiyadah ISMA merujuknya pada awalnya? Banyak kisah-kisah sejarah tidak sampai 10-60 tahun lepas tidak habis diketahui.
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
W. P. Putrajaya
25 Ogos 2012
Sedikit komen yang dibaca dari satu 'post' di 'facebook' berkenaan buku ini. Ianya dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, jamaah IKRAM.
"Semuanya ini ada susur galurnya. Pernah baca tulisan Hisyam Soqr- iman & Harakah (Pengajaran Hadis Ghulam, Sahir dan Rahib). Syeikh Hisyam Saqr ini telah mempengaruhi ribuan pemuda ikhwan termasuk di Azhar sehingga mereka dipengaruhi. Akhirnya pimpinan ikhwan mesir meminggir/memecat hisyam saqr dari tanzim. Hisyam Saqr inilah menjadi rujukan qiyadah ISMA. Ketika Syeikh Jum'ah Amin Naib Mursyid Ikhwan dijemput oleh IKRAM. Pd masa yg sama ISMA menjemput Hisyam Saqr utk menandingi Naib mursyid Ikhwan. Syeikh Hamid el liwa' yg berada di Malaysia menceritakan betapa beliau telah berjumpa dgn pemuda-pemuda yg dipengaruhi oleh Hisyam Saqr (seorang demi seorang) utk memulihkan mereka dan kembali di dalam tanzim ikhwan , sebahagiannya dapat disedarkan. (Hadis Ghulam dan Sahir ini ditafsir dgn sewenangnya utk melukiskan gambaran yg dihadapi oleh golongan seumpama mereka)."Berkenaan dengan gerakan Islam bernama ISMA ini, ikut pengalaman, gerakan Islam ini agak serabut, tak jelas sangat gerak kerja mereka. Risau apabila para pengikutnya bertaklid semata. Tak dinafikan, ada sebahagian tenaga penggerak ISMA ini adalah baik. Tetapi kadang-kadang 'statement' dari qiyadah mereka meragukan dan selalu sangat menyelar gerakan-gerakan Islam di Malaysia yang lain.
Hakikatnya sepanjang saya dikelilingi sahabat-sahabat dari gerakan Islam ini, mereka adalah baik. Dakwah yang mereka nak bawa adalah baik. Cumanya kadang-kadang ada sesetengah dari mereka yang tegar bersifat retorik. Maaf.
Hairan apabila kebanyakkan gerakan Islam lain bersatu tetapi ada pula yang mengasingkan diri mereka dari kesatuan itu. Hakikat yang perlu disedari, gerakan-gerakan Islam yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi semua tuntutan yang telah disyariatkan. Atas dasar itu, gerakan-gerakan Islam ini perlu saling bekerjasama antara mereka. Perlu untuk keselarasan pembahagian gerak kerja agar ianya berfokus. Namun apa yang mengecewakan apabila sesuatu gerakan Islam itu menjadi penambah onak dan duri kepada gerakan-gerakan Islam yang lain. Sekaligus, menjejaskan usaha gerak kerja dakwah itu dan juga gerak kerja dalam melaksanakan syariat. Andai kata mahu menjadi sekadar '3rd force' sekalipun, ia bukannya lesen untuk mengharuskan kritikan yang merugikan gerak kerja Islam itu sendiri. Segala pensyariatan yang hendak dilaksanakan mestilah ada proses-proses penerangan dan kefahaman atas sebab apa sesuatu pensyariatan itu perlu dilaksanakan. Andai kata proses penerangan itu pun ditambah dengan serangan-serangan dari gerakan Islam itu sendiri, ia adalah sesuatu yang merugikan. Sepatutnya kita membina '1st impression' yang baik kenapa pensyariatan terbabit perlu dilaksanakan, lantas ia membuka ruang untuk penerimaan.
Satu perkara lagi yang menarik dari perbincangan yang di'share' oleh akhi Afuza tadi, mengambil masa yang lama untuk membacanya (apatah lagi untuk cuba memahaminya). Cuma mungkin ada sedikit hujah itu telah diketahui sebelum ini, maka ia memudahkan. Hakikatnya panjang lagi perkara yang hendak dicoretkan. Berhenti seketika sebelum ianya menjadi lebih panas.
Persoalan: Apa kandungan buku ini sebenarnya hingga menyebabkan ramai yang terpengaruh? Dan kenapa qiyadah ISMA merujuknya pada awalnya? Banyak kisah-kisah sejarah tidak sampai 10-60 tahun lepas tidak habis diketahui.
Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz
W. P. Putrajaya
25 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)