Sabtu, 24 Mac 2012

[Nota Lama] Dimensi Hidupku

by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Friday, 31 December 2010 at 02:43 

Aku belajar...
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda sama,
tetapi kadang-kadang dari sudut pandangan yang berbeza...

Aku belajar...
bahawa tidaklah penting apa yang aku miliki
tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya...

Aku belajar...
bahawa orang yang aku sangka jahat,
adalah orang yang membangkitkan semangat hidupku serta begitu prihatin...

.:Adikku, Siti Amira Syarina:.

[Nota Lama] Mengapa Perlu Tawadhuk?? .:belajar dari seorang sahabat:.





by Abdul Fattah Sadiq Bin Abd Hafidz on Tuesday, 11 January 2011 at 07:17



Mengapa perlu tawadhuk? Tawadhuk adalah salah satu sifat mahmudah. Tawadhuk ialah lawan kepada sifat sombong. Orang yang ada sifat sombong itu dibenci Tuhan. Jika tidak dibuang sifat sombong tersebut dalam dirinya, dan dia mati membawa sifat itu, maka neraka lebih layak baginya.

Rasulullah saw bersabda:
“Tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

Abuya Syeikh Ashaari berkata:
“Orang sombong itu ialah orang yang membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan.”

Maksudnya di sini, orang tawadhuk itu ialah orang yang tidak membesarkan diri atas kelebihan atau keistimewaan yang ada padanya. Baginya segala macam kelebihan dan keistimewaan itu bukan dari hasil usaha atau kepandaiannya. Dirasakan semuanya itu kerja Tuhan semata-mata. Lagi, orang tawadhuk ini mengetahui dan merasakan yang dia itu hamba Tuhan. Sebagai hamba, dia itu bekerja atau berbuat untuk Tuhan. Majikannya adalah Tuhan. Kalaupun ada kuasa, harta atau kepandaian pada dirinya, itu adalah dalam ertikata pinjaman, kerana nak selesaikan kerja Tuhan. Dia dapat semuanya itu kerana ada peranan atau kerja yang ingin Tuhan mahu dia berbuat.

Malangnya orang sombong ini ada rasa memiliki. Bila ada rasa memiliki, timbullah rasa lebih daripada orang lain. Timbullah rasa orang lain itu kurang. Timbullah rasa orang lain tak sama dengan dia. Walhal, dia tak faham Tuhan dan apa yang Tuhan nak dia buat atas kelebihan yang Tuhan bagi padanya. Orang tawadhuk tidak begitu sebaliknya merasakan yang dirinya itu dimiliki Tuhan. Termasuk segala apa yang ada bersamanya adalah milik Tuhan. Dia tidak ada apa-apa.

Kalaulah faham Tuhan dan peranan Tuhan, mudah. Kalau tak faham, maka jadilah seperti yang kita lihat hari ini. Ramai orang sombong-sombong. Asas kesombongannya adalah kejahilan. Jahil tentang Tuhan dan peranan Tuhan. Inilah masalah besar umat hari ini. Tak boleh buang sifat sombong. Bila ada sombong, daripada sombongnya itu, timbullah perpecahan. Timbullah krisis. Engkau-engkau, aku-aku. Masyarakat jadi kelam-kabut dibuatnya. Inilah akibat yang perlu ditanggung bersama.


Mari kita lihat beberapa contoh sifat orang tawadhuk sebagai panduan untuk kita:

1. Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.

2. Dia sangat sabar dalam perbincangan. Dia tidak mudah marah atau emosional. Dia lebih mahu menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.

3. Dia tidak memilih-milih kawan. Dia boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, dia boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.

4. Kalaupun dia berjawatan, dia menghormati orang bawahannya. Kalaupun dia kaya, dia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang dia itu ada kelas tersendiri.
5. Dalam pergaulan, dia lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Dia tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.

6. Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, dia suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.

7. Kalau dia minta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, dia tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, dia lapang dada dan tidak berkecil hati.

8. Dia mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.

9. Kalau dia yang bersalah, dia akan cepat-cepat minta maaf. Sekalipun orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.

10. Dia tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.

11. Bila bercakap, dia tidak mengangkat diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.

Moga-moga Tuhan membantu kita menjadi orang yang tawadhuk. Sekian.

Khamis, 1 Mac 2012

Masih Lagi Mencari Erti Hidup

Semasa aku didatangi jemaah tabligh (kali ke-3 dalam hidupku) di Surau An Nur, Kolej Ibrahim Yaakob, UKM. Aku cuma mahu mendengar sahaja, dengan pemahamanku ketika itu bahawa aku telah mengikuti, yakin telah mengikuti jalan yang benar, jalan yang syumul, jalan yang terbaik yang bolehku capai semasa aku berada di bumi semenanjung ini. Di ajaknya aku ke Petaling, tetapi aku tidak mahu ikut.

"Abang, saya dah ikut sesuatu dan dah ada pegangan sendiri."

Dua tahun kemudian....

"mungkin ilmu kami sangat sedikit nk dibandingkan degn yg abang ada. trima kasih atas penerangan. kami hanya menerangkan pegangan kami. tiada yang maksum kecuali Rasulullah."


Ia kembali berlaku kepadaku....
Apabila seseorang ingin membawaku, (perkara yang 'simple' tapi susah orang nak faham) belajar untuk beramal, aku tolak dengan mengatakan bahawa aku telah ada pegangan sendiri.

Sewaktu aku menceritakan kisah ini kepada salah seorang naqibku di UKM, Fariq Fitri Bin Mohd Salleh a.k.a. Serban Terbang, aku menceritakan bahawa ada orang hendak menarik aku sedangkan pada ketika itu aku (dengan dipengaruhi oleh media massa ketika itu) berpendapat bahawa mungkin ia kurang manfaatnya kepadaku. Pemahamanku pada ketika itu akan adab menuntut ilmu, adalah salah.

"nta pergi je lah ikut diorg. Belajar. Tak semestinya semua perkara itu buruk, belajar. Tak semua ilmu itu hanya kami sahaja boleh dapat. Ambil semangat bagaimana mereka tegar untuk pergi berdakwah, untuk dapat redha Allah. Banyak yang di ajar itu boleh kita jadikan sebagai amalan kita. Kita bukan menolak mereka, tapi kita serap ilmu mereka untuk kita guna pakai sebagai keperluan diri kita. Tak guna nta berkobar-kobar semangat nak jadi pejuang tetapi ruh nta rapuh. Asas kita pun adalah ruh, mungkin dengan belajar dari yang lain, boleh menambah saqafah kita lagi."


.....

Ahad lepas, sewaktu menghadiri satu acara tahunan yang penting (ketika mana semua orang sedang lena memanfaatkan cuti dengan aktiviti masing-masing), yang mana hakikatnya aku berasa rugi juga.
(Semalamnya aku ada usrah di Melaka, tetapi aku tidak dapat hadirkan diri. Minggu ini sepatutnya ada bedah buku 'Maza Yakni Intima' Bil Islam' yang dibedah oleh Ustaz Hasrizal di UKM juga. Dan satu event besar di Putrajaya anjuran ISMA, dengarnya agak menarik, tapi bila ditanya kepada mereka agak susah nak jawab sebaliknya berhazar).


Sedang menghayati sunnah nabi, dialuni qasidah yang menggetarkan jiwa, kemudian perbahasan demi perbahasan (walaupun pada peringkatku, ia tidak sepanas tahun sebelumnya), diterangkan oleh Ustaz Shukor LIMA PERKARA yang perlu ada apabila kita diterapkan dalam diri apabila berkata-kata, beriltizam untuk menegakkan kalimah Allah SWT di tempat tertinggi.

Pertama adalah FAHAM
Kedua adalah IKHLAS
Ketiga adalah MELAZIMI MENZIARAHI ORANG-ORANG TUA (konteks yang dimaksudkan adalah ulama')
Keempat adalah WALA' & THIQAH
Kelima adalah SENTIASA BERTAUBAT DAN MEMOHON DOA DAN KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT


*persoalan tiba-tiba muncul kerana sejak beberapa hari ini asyik berlegar-legar soal bidaah, qasidah tu bidaah ke?

*Diri ini ada pernah mendengar hadis (asalnya dah taip mafhumnya mengikut kefahaman sendiri, tetapi telah delete kembali atas maslahat dan mafsadah yang mungkin berlaku), bahawa Rasulullah SAW bersabda mengatakan bahawa setiap perbuatan untuk memuji Baginda dan mencapai redha Allah SWT bukan bidaah sebaliknya digalakkan. Allahualam.. Diri ini kena rujuk kembali, hadis itu daripada orang yang memperkatakannya

*Adakalanya sesuatu yang mungkin berlainan dengan norma individu itu, tidak bermaksud bahawa segala yang dibawa oleh orang lain itu salah. Mengambil ibrah kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., suatu perkara sebelum kita menyatakan pendapat kita (macam berat ayat ini), perlu kita fahami kenapa ia berlaku sebelum kita 'jump to conclusion'.